Friday, October 31, 2008

pemimpin MCA jgn cuba mencuit hati melayu





Datuk liow Tiong Lai Naib Presiden MCA kononnya ingin menjadi wira bagi kaumnya dengan menuntut pelbagai benda yang tidak masuk akal diantaranya beliau meminta agar 30% ekuiti bumiputra di dalam syarikat senarai awam dihapuskan dan beliau juga cuba menuntut agar mengwujudkan 2 jawatan Timbalan Pengerusi BN dan satu darinya diisi oleh MCA.

Perbuatan Naib Presiden itu, merupakan perbuatan yang gelojoh dan melampau yang ingin mencuit hati orang melayu dan tidak menghormati prinsip setiakawan dalam BN.Dengan kata-kata Naib Presiden MCA, itu menunjukkan seolah-oleh kerajaan tidak berlaku adil dengan kaum cina dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

Kalau kita lihat pada PRU12 yang lalu kita dapat lihat bahawa pengundi cina lah yang mebuat kemerosotan, oleh itu pemimpin MCA sepatutnya membuat perkara-perkara yang boleh menambah keyakinan pengundi kepada BN agar mereka bertambah yakin pada BN dan bukan menuntut perkara-perkara yang boleh membakar semangat orang melayu dan menyentuh mengenai hak dan keistimewaan orang melayu kerana ianya telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya amat berharap agar MCA jangan terikut-ikut rentak pembangkang dengan menggunakan sentimen kaum dan agama untuk kepentingan politik.

Thursday, October 30, 2008

DEB:Anwar berdiam?....

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.”
“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti, saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” kata DS Najib
-----------------------------------------------------------------------------------
Satu ketika dahulu pihak yang menentang sekiranya DEB dikaji semula adalah PAS. kononnya mereka mengatakan UMNO mahu mengadaikan maruah melayu, dan mereka juga mendakwa bahawa merekalah yang memperjuangkan agama dan bangsa....

Kenyataan Ds Najib kita dapat lihat bahawa beliau bukan sahaja ingin menagani hati kaum melayu sahaja dan dalam masa yang sama beliau terpaksa juga membantu kaum lain, ada juga bantuan yang diberi kepada kaum lain yang betul-betul memerlukan.

Hari ini kita dapat lihat, langkah pertama yang diambil oleh kerajaan DAP di penang ialah menghapuskan DEB yang telah diperjuangkan oleh datuk nenek moyang kita dahulu.Tiada kelebihan untuk bumiputra baik dari segi kuota tender,pendidikan, pinjaman dan lain-lain...

Dari ucapan Ds Najib saya dapat lihat bahawa orang melayu memang perlu dibantu tetapi tidak boleh berterusan, orang melayu mesti ada jati diri dan daya saing untuk menjalankan apa jua perniagaan.Sekiranya bantuan diberi secara berterusan, orang kita tidak akan kretif dan hidup mereka lebih suka bergantung.

Oleh itu saya tak menyokong sekiranya DEB ingin dihapuskan tetapi untuk memperkasakan lagi DEB ini, saya mencadangkan pihak kerajaan dapat mengubal beberapa ciri-ciri yang boleh memberi munafaat kepada melayu dan memastikan melayu mempunyai daing saing dan kretiviti di tanah melayu sendiri....

Anwar Ibrahim kenapa tak ulas apabila kawan sejawat mereka (Lim Guan Eng) ingin menghapuskan DEB?.....

Wednesday, October 29, 2008

nasi dah jadi bubur....

MDM LOW SIEW MOI
general manager PKNS

saya merasa amat kecewa dan sedih apabila saya melihat seorang pemimpin melayu di selangor yang mentadbir kerajaan negeri selangor hari ini terasa tertekan untuk meraih sokongan kaum-kaum lain sehinggakan menteri besar sanggup mengadaikan maruah bangsanya sendiri dengan melantik mdm low siew moi sebagai pemangku pengurus besar pkns.
ekoran dari perlantikan ini, enam persatuan kakitangan pkns telah menyerahkan memorandum kepada menteri besar agar di tarik balik perlantikan itu, kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan pkns bagi membantu meningkatkan ekonomi bumiputra...
p/s pegawai-pegawai kerajaan.....kalau nak menyesal pun dah tak guna lagi,....nasi dah jadi bubur...
oleh itu, ini merupakan pengajaran bagi kita semua, bahawa mereka (PEMBANGKANG) ini semua sanggup mengadaikan maruah agama dan bangsa untuk perjuangan politiknya sendiri...

Tuesday, October 28, 2008

pengajaran kepada semua.........



Sejak dari dahulu Pulau Pinang sudah terkenal sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini walaupun papan tanda jalannya menggunakan bahasa Malaysia.
Malah suatu ketika pelancong lebih mengenali pulau Mutiara itu daripada Malaysia yang mana ia menunjukkan bukan bahasa pada papan tanda jalan yang menjadi ukuran kepada kedatangan pelancong.
Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa untuk tujuan pelancongan adalah tidak munasabah.
P/S: BEGITULAH NASIB PEMBANGKANG DI PULAU PINANG, HANYA KATA-KATA SAHAJA DAPAT DILUAHKAN...KERAJAAN PUSAT PUN TAK BERANI NAK BUAT APA-APA, HANYA KELUARKAN STATEMENT SAHAJA...APA NAK BUAT, PEMBANGKANG LA KATAKAN...PBT PULAU PINANG HANYA MENJADI PAK TURUT DALAM HAL INI, BOS KATA PASANG, DEPA PUN PASANG...BOS DIA PEDULI APA ORANG KATA...NEGERI INI SUDAH AKU YANG PUNYA! SATU PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA SEKIRANYA PEMBANGKANG YANG BERKUASA INILAH JADINYA BUKAN PAPAN TANDA SAHAJA DIA TUKAR KALAU BOLEH SEMUA DIA AKAN TUKAR...

Friday, October 24, 2008

DEMI MASA DEPAN


Adakah kita harus berbangga dan berpuashati sahaja dengan kejayaan kita dalam Pilihan Raya Umum yang lalu?

Adakah kita harus berbangga melihat prestasi UMNO dan BN sejak kebelakangan ini?

Adakah kita hanya berbangga menjadi anak merdeka hasil dari perjuangan UMNO sejak sekian lama?

Kemerosotan prestasi UMNO dilihat sebagai kejayaan besar buat parti pembangkang. Kelemahan UMNO telah memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang.

Kelebihan undi yang kelihatan memihak kepada pembangkang digembar-gembur sebagai tanda UMNO akan berkubur. Mereka dengan megah membuat pengistiharan akan menawan Malaysia berpandukan Teori Dominonya.

Tarikh 16 September 2008 meletakkan harapan palsu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang sebagai tarikh kejatuhan BN dan tarikh kebangkitan suara rakyat, kononnya.

Mereka kini terus bermimpi, mereka terus memasang cita-cita, mereka terus memberikan harapan agar Malaysia jatuh ke tangan mereka.

Tetapi, sekiranya kita alpa dan lalai, percayalah bahawa mimpi, cita-cita dan harapan pakatan pembangkang untuk menguburkan UMNO dan BN, pasti menjadi realiti.

Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sakit mata memandang, walaupun pekak telinga mendengar... kita harus terima hakikat bahawa masyarakat khususnya orang muda mahu melihat satu pembaharuan, UMNO perlu berubah jika mahu kembali diterima.

Namun, beranikah kita untuk berubah, tepuk dada tanyalah hati kita sendiri?

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."