Cadangan daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO supaya sayap-sayap UMNO dimansuhkan adalah satu perkara yang mustahil. Idea yang dilontarkan beliau itu supaya UMNO dapat menyusun semula pertubuhan politik yang dianggotai oleh lebih 3 juta ahli dan gejala politik wang didalam parti boleh dibendung jika pemilihan parti dapat dikurangkan.
Pemimpin ahli UMNO janganlah mudah lupa kepada jasa dan sumbangan sayap-sayap UMNO. Jangan disebabkan UMNO dihimpit masalah kekurangan pengaruh orang Melayu, sayap-sayap ini dijadikan tempat melongokkan kelemahan dan kesalahan parti. Perasaan barisan pelapis perlu dijaga. Kesetiaan mereka menyertai UMNO tidak perlu dipertikaikan.
Bagi saya, UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan menghapuskan sayap-sayap UMNO. Kerana kita harus bimbang satu hari nanti tiada lagi golongan muda yang mendekati UMNO.Trend pengundi muda boleh kita lihat didalam PRU12 tempohari, pengundi muda lebih cenderong kepada parti pembangkang. Jadi UMNO perlu mendekati golongan muda dan memahami apa kehendak mereka, bukan mengenepikan mereka atas perbuatan politik wang golongan lebih senior daripada mereka.
Oleh itu kesimpulan dari itu, politik wang harus dihapuskan, tetapi bukan dengan cara memusnahkan sayap-sayap........SALAM PERJUANGAN!