Thursday, April 23, 2009

DAP MENGHINA BELIA MELAYU...

Salam,

1. Hari ini merupakan hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka. Ketua Pembangkang yang dihalau keluar Dewan telah dibenarkan masuk untuk bersidang semula.

2. Persidangan bermula dari pagi jam 9.30 pagi tadi. Setelah jam 11.30 pagi tadi sidang dewan bermula dengan perbahasan usul. Terdapat 3 usul untuk hari ini.

3. Usul yang pertama telah dibawa oleh wakil rakyat DAP iaitu masalah Mat Rempit. Mereka meminta agar PDRM mengambil tindakan tegas teradap MAt Rempit yang semakin mengganas di Melaka. Mereka meminta agar PDRM membuat sekatan jalan pada malam hari dan menangkap belia yang terlibat dengan Mat Rempit, tetapi janganlah PDRM menggunakan kekerasan untuk menangkap mereka.

4. Didalam perbahasan usul tersebut wakil rakyat DAP juga ada mengatakan bahawa Mat Rempit ini terdiri dari belia-belia yang tiada pelajaran dan terdiri oleh kaum Melayu, dan mereka ini dipergunakan oleh pihak UMNO untuk PRU dan PRK.

5. Dengan tindakan bijak Wakil Rakyat Barisan Nasional dapat mencelah didalam usul tersebut dan dapat menidakkkan yang mengatakan Belia Melayu tidak berpelajaran dan membangkang sekeras-kerasnya bukan UMNO sahaja mempunyai kumpulan bermotor semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, PKR,PAS dan DAP juga ada.

5. Jelas kita dapat lihat bahawa DAP cuba menghina belia-belia Melayu dengan mengatakan mereka ini tidak berpelajaran dan memandang bangsat kepada kita. Maka, sedarlah wahai bangsaku...mereka telah berani menghina kita dalam keadaan kita berkuasa apatah lagi kalau sekiranya kuasa kita hilang nanti, saya yakin bukan sahaja hina malahan mereka akan usir kita(melayu). Kalau nak harapkan PKR, bukan mereka ingin menjaga bangsanya tetapi mereka berasa bangga dapat rakan kongsi sebegini...

Salam Perjuangan..............

Wednesday, April 22, 2009

Ketua Pembangkang Diarah Keluar Dewan


Salam,
1. Sidang Dewan Undangan Dewan Negeri Melaka yang berjalan selama 4 hari ini dapat diperlihatkan gelagat wakil rakyat DAP dan juga Barisan Nasional.
2. Wakil rakyat DAP cuba membawa isu-isu provokasi dan juga perkauman semasa sidang Dewan dijalankan.
3. Diantara provokasi yang cuba diketengahkan oleh pihak pembangkang mereka menuduh wakil rakyat MCA membodek UMNO. Ini menyebabkan wakil rakyat MCA menjadi marah dan keadaan agak tegang sedikit.
4. Hari ini sekali lagi mereka cuba provok kepada Speaker Dewan Undangan Negeri untuk membuat satu usul tergempar. Setelah diarahkan oleh Speaker untuk duduk, Y.B Goh Leong San (Adun Kesidang) tetap berkeras dan menghina dewan. Lantaran itu Speaker Dewan Undangan Negeri mengarahkan Ketua Pembangkang keluar Dewan.
5. Kesimpulan dari Sidang Dewan selama 2 hari ini, aku dapat lihat bahawa DAP hanya perjuangkan satu kaum sahaja, mereka banyak membawa isu kaum mereka sahaja. Itupun orang Melayu PKR dan PAS tak sedar juga....
Salam Perjuangan.....

Monday, April 20, 2009

PKR, DAP DAN PAS TIDAK RELEVAN DI MELAKA

Salam,

1. Hari ini Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka telah sempurna dirasmikan oleh TYT Negeri Melaka.

2. Kesemua Exco dan Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri hadir di dalam acara perasmian pagi tadi.

3. Walaupun keadaan di dalam Dewan pagi tadi nampak tenang tetapi pihak PKR, DAP dan PAS berusaha untuk memalukan kerajaan. Mereka telah merancang untuk penyokong mereka agar berkumpul di Seri Negeri dan mendesak agar DS Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

4. Mereka telah berusaha agar suasana di luar Dewan akan menjadi hura-hara tetapi malangnya tiada sambutan untuk mereka bagi rakyat Melaka.

5. Sekadar nak beritahu kepada mereka (PKR, PAS dan DAP): usahlah kamu semua ingin membuat Melaka huru-hara sepertimana kamu semua telah buat....Jangan jaga tepi kain orang...Pergilah desak Elizebeth Wong untuk letak jawatan sebelum ingin mendesak DS Ali.

Salam Perjuangan!

MELAYU HARUS HAYATI TITAH SULTAN AZLAN....


KUALA KANGSAR, 19 April (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara."Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara."Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, Ahad.Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa."Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara."Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan"."Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara"."Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah."Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat."Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi," titah baginda.Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain."Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan Perak...

Thursday, April 16, 2009

UMNO DAN PAS PERLU FOKUS MELAYU....


Salam,


Aku amat tertarik dengan statement yang dikeluarkan oleh kedua tokoh ini, iaitu Y.B Datuk Ibrahim Ali dan Y.B DS Khir. Hari ini melayu sekali lagi di cabar oleh parti komponen BN iaitu MIC yang ingin menambahkan lagi kerusi kabinet dari MIC. Oleh itu kita semua kena sedar bahawa pelbagai tuntutan telah oleh kaum lain dan kini dilihat semakin keterlaluan. Maka insaflah wahai bangsaku dengan situasi politik semasa yang kini boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Mengikut kata Y.B Datuk Ibrahim Ali :"Jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah orang Melayu dan ia cukup untuk membina kerajaan berasaskan wakil rakyat melayu semata-mata dan jesteru itu kerajaan harus memenuhi apa jua kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti. PArti Melayu akan kuat apabila Melayu dijaga, UMNO perlu fokus kepada Melayu. Oleh itu UMNO perlu kuat dan sekiranya Melayu itu kuat maka BN juga secara outomatik menjadi kuat kerana bangsa lain akan mengikut."

Pandangan Ds Khir pula berkata : "Hak orang Melayu tidak perlu dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhui hasrat pelbagai kaum. Biar ujud situasi menang-menang. Kita tidak perlu biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita hendak penuhi apa yang mereka mahu, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita."

Oleh itu, dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan pelbagai cabaran. Maka bersatulah UMNO dan PAS untuk memajukan Melayu itu sendiri..

Salam Perjuangan.....

Wednesday, April 8, 2009

GERAK KERJA MEMASTIKAN UMNO MASIH RELEVEN...

Salam,

1. Pilihanraya kecil untuk ketiga-tiga tempat telah selesai....hasil keputusan amat mengecewakan. Diantara 3 tempat yang dipertandingkan Batang Air sahaja yang menang manakala Bkt Selambau dan Bkt Gantang kita kalah.

2. Usaha juga telah dibuat. Semua barisan Exco dan MT juga datang berkempen. Kempen berterusan yang dihadiri oleh calon-calon yang kalah dalam perhimpunan Pemuda yang lalu juga hadir untuk membantu , malahan Tun Mahathir juga datang untuk berkempen...Tetapi hasilnya amat menduka citakan...

3. Kalau dulu kita kata rakyat menolak Pak Lah, sekarang Pak Lah bukan PM lagi, kenapa kita tetap kalah pilihanraya kecil? Adakah rakyat sudah menyampah dengan BN? sehinggakan Tun Mahathir datang berkempen pun boleh kalah...

4. Oleh itu, di atas keputusan pilihanraya kecil ini, saya menyeru kepada semua KP,NKP dan AJK Pemuda Bahagian-Bahagian, selepas ini kita mesti mengumpul seramai ahli baru yang mungkin yang terdiri dari belia dan kita daftar terus sebagai ahli UMNO dan SPR...

5. Jangan kita pedulikan sekatan dari cawangan yang ingin menahan keahlian ahli...diantara punca orang benci UMNO adalah disebabkan sekatan keahlian..mereka ingin berkhidmat dalam UMNO, tetapi Ketua Cawangan menyekat...

6. Didalam bahagian saya, saya telah merancang beberapa program keahlian diantaranya setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 10 ahli baru serta akan didaftarkan di SPR...Di Bahagian saya terdapat 62 cawangan, ini bererti ada 620 ahli baru yang berdaftar menjadi ahli dan boleh mengundi.

7. Saya amat yakin sekiranya keahliaan tidak disekat diperingkat cawangan dan ahli bertambah disetiap cawangan di Malaysia ini....maka UMNO akan terus relevan...

Salam Perjuangan.....

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."