
Salam,
Perhimpuanan Agung Pemuda telah selesai...segala proses pengundian juga telah selamat dilaksanakan...dan sekarang Y.B Sdr Khairy Jamaluddin telah dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Alhamdulillah sebagai perwakilan, aku telah menunaikan amanah dari peringkat akar umbi..dan nasib tidak menyebelahi kepada kedua-dua calon DSKT dan MM...
Tahniah aku ucapkan kepada kedua-dua tokoh ini kerana walaupun kekalahan yang diterima mereka tetap memperjuangkan agama, bangsa dan negara...mereka akur dengan segala keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan tempohari...
DSKT dan MM hari ini membuat sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru YB Khairy...DSKT berkata " Selagi KJ tidak menlencong beliau akan bersama memperjuangkan agama, bangsa dan negara" begitu juga kata-kata dari MM " beliau akan juga memberi pandangan kearah penambahbaikan jika diminta berbuat demikian dan tetap menyokong KJ"
Syabas sekali lagi kepada DSKT dan MM...Proses kempen dan pemilihan telah selesai maka sama-sama kita contohi kedua-dua tokoh ini agar kita sama-sama merapatkan saf untuk memastikan UMNO akan tetap relevan di tanah air kita....
Syabas dan tahniah DSKT & MM..........................