Salam,1. Pilihanraya kecil untuk ketiga-tiga tempat telah selesai....hasil keputusan amat mengecewakan. Diantara 3 tempat yang dipertandingkan Batang Air sahaja yang menang manakala Bkt Selambau dan Bkt Gantang kita kalah.
2. Usaha juga telah dibuat. Semua barisan Exco dan MT juga datang berkempen. Kempen berterusan yang dihadiri oleh calon-calon yang kalah dalam perhimpunan Pemuda yang lalu juga hadir untuk membantu , malahan Tun Mahathir juga datang untuk berkempen...Tetapi hasilnya amat menduka citakan...
3. Kalau dulu kita kata rakyat menolak Pak Lah, sekarang Pak Lah bukan PM lagi, kenapa kita tetap kalah pilihanraya kecil? Adakah rakyat sudah menyampah dengan BN? sehinggakan Tun Mahathir datang berkempen pun boleh kalah...
4. Oleh itu, di atas keputusan pilihanraya kecil ini, saya menyeru kepada semua KP,NKP dan AJK Pemuda Bahagian-Bahagian, selepas ini kita mesti mengumpul seramai ahli baru yang mungkin yang terdiri dari belia dan kita daftar terus sebagai ahli UMNO dan SPR...
5. Jangan kita pedulikan sekatan dari cawangan yang ingin menahan keahlian ahli...diantara punca orang benci UMNO adalah disebabkan sekatan keahlian..mereka ingin berkhidmat dalam UMNO, tetapi Ketua Cawangan menyekat...
6. Didalam bahagian saya, saya telah merancang beberapa program keahlian diantaranya setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 10 ahli baru serta akan didaftarkan di SPR...Di Bahagian saya terdapat 62 cawangan, ini bererti ada 620 ahli baru yang berdaftar menjadi ahli dan boleh mengundi.
7. Saya amat yakin sekiranya keahliaan tidak disekat diperingkat cawangan dan ahli bertambah disetiap cawangan di Malaysia ini....maka UMNO akan terus relevan...
Salam Perjuangan.....