Tuesday, March 31, 2009

KEARAH SATU KIBLAT....


Salam,

Perhimpuanan Agung Pemuda telah selesai...segala proses pengundian juga telah selamat dilaksanakan...dan sekarang Y.B Sdr Khairy Jamaluddin telah dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Alhamdulillah sebagai perwakilan, aku telah menunaikan amanah dari peringkat akar umbi..dan nasib tidak menyebelahi kepada kedua-dua calon DSKT dan MM...

Tahniah aku ucapkan kepada kedua-dua tokoh ini kerana walaupun kekalahan yang diterima mereka tetap memperjuangkan agama, bangsa dan negara...mereka akur dengan segala keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan tempohari...

DSKT dan MM hari ini membuat sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru YB Khairy...DSKT berkata " Selagi KJ tidak menlencong beliau akan bersama memperjuangkan agama, bangsa dan negara" begitu juga kata-kata dari MM " beliau akan juga memberi pandangan kearah penambahbaikan jika diminta berbuat demikian dan tetap menyokong KJ"

Syabas sekali lagi kepada DSKT dan MM...Proses kempen dan pemilihan telah selesai maka sama-sama kita contohi kedua-dua tokoh ini agar kita sama-sama merapatkan saf untuk memastikan UMNO akan tetap relevan di tanah air kita....

Syabas dan tahniah DSKT & MM..........................

Saturday, March 21, 2009

BARU KENAL SAMADA BUKU DAN RUAS...

Salam,

Sekali lagi aku amat puas hati apabila golongan belia/pemuda UMNO,MCA,MIC dan Gerakan bersatu menentang pekhianat negara..Kami bersatu mempertahankan negeri kami apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan yang pernah dikepung oleh Pemuda UMNO dua hari lalu dan terkencing di dalam seluar akibat kepungan tersebut dan hari ini dia cuba memperalatkan masjid di Ayer Keroh sebagai tempat dia bermula perhimpunan tengahari tadi...

Hari ini sebangsat itu telah dilemparkan dengan kata-kata kesat orang Melaka dan dia berasa takut lantas beredar dari tempat tersebut apabila melihat belia/pemuda sudah mula berhimpun....Aku rasa kali ini bukan sahaja dia terkencing malahan dia mesti terkencit pulak...

Aku beri ingat pada penyokong PKR!...di negeri lain ko boleh buat tetapi di negeri Melaka ini kau orang jangan nak tunjuk handal..Kau orang jangan fikir kau orang dah berjaya demostrasi di Perak kau nak cuba di Melaka pulak...kami dari Melaka tak akan beri peluang pada kaurang semua untuk nak buat seperti negeri lain...

Salam Perjuangan !

Thursday, March 19, 2009

PERHIMPUNAN PEMBANGKANG

SALAM BLOGERS,

ESOK JAM 2 PETANG DI MASJID MITC ADA SATU PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG....MEREKA DUK SIBUK NAK MENJAGA TEPI KAIN ORANG TETAPI DIRI SENDIRI TAK TERJAGA...SELESAIKAN MASALAH SELANGOR DULULAH...BARU BOLEH DATANG MELAKA.....

KALAU SDR/SDRI INGIN TENGOK PEMBANGKANG DI MELAKA MASIH RELEVAN ATAU TIDAK HADIRLAH DI TEMPAT TERSEBUT....SAYA YAKIN TIADA SAMBUTAN YANG AKAN DITERIMA DIMELAKA....

SALAM PERJUANGAN

Wednesday, March 18, 2009

PAKATAN RAKYAT TIDAK RELEVAN DI MELAKA



Salam,

Puas hati aku apabila melihat begitu setianya pemuda/belia di Negeri Melaka membuat satu perhimpunan aman yang berjaya dikumpulkan dalam masa satu jam seramai 450 orang dihadapan Pejabat SPRM Negeri Melaka.

Tepat pada jam 12 tengahari aku dimaklumkan bahawa PKR akan membuat satu laporan terhadap Ketua Menteri Melaka di Pejabat SPRM yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan, dan dengan berasa bertanggungjawab kami Pemuda/Belia Negeri Melaka terus berhimpun secara aman dan memberitahu kepada pihak PKR agar "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG BIAR KAMI SELESAIKAN DI DALAM KELUARGA KAMI" dan .."MASALAH DALAMAN PKR SELESAIKAN DULU....."

Perhimpunan ini selesai pada jam 300 petang dan pihak Angkatan Muda PKR telah mendapat cemohan dan kritikan oleh 450 pemuda/belia Melaka...Yang paling aku puas hati apabila melihat kereta yang dibawa oleh pemimpin PKR di simbah dengan air...

Terima kasih kepada belia/Pemuda Melaka yang menolak Pakatan Rakyat...

Wednesday, March 4, 2009

KERAJAAN PASIR DUA BUTIR...


Salam,


Aku rasa Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang patut di beri gelaran Tun, kerana mungin allahyarham boleh forcast perkara-perkara yang mungkin akan berlaku di kalangan orang-orang melayu...sebagai contoh seperti cerita Sarjan Hassan dan Laksmana Do Re Mi...

Kalau kita lihat senario politik hari ini, Anwar Ibrahim boleh kita samakan seperti watak Salih Kamil di dalam cerita Sarjan Hassan yang menggilakan Sa'diah sehingga sanggup menjadi dalang untuk kehancuran melayu itu sendiri...

Semalam di kejutkan lagi satu cerita yang boleh kita kaitkan dengan Kerajaan Perak seperti di dalam tayangan Laksmana Do Re Mi...yang mana seorang Raja Negeri Pasir Dua Butir negerinya telah dirampas kuasanya oleh menteri Pasola...dan akhirnya Raja Negeri Pasir Dua Butir terpaksa berselindung dibawah sebatang pokok untuk memerintah..

Agaknya kalaulah allahyarham Tan Sri P Ramlee ini masih hidup, pasti allahyarham akan ketawa terbahak-bahak melihatkan senario politik hari ini menjadi kenyataan walaupun lakonan beliau merupakan cerita dogeng....

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."