Thursday, January 29, 2009

JANGAN HAPUSKAN SEMANGAT PELAPIS UMNO

Salam,

Cadangan daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO supaya sayap-sayap UMNO dimansuhkan adalah satu perkara yang mustahil. Idea yang dilontarkan beliau itu supaya UMNO dapat menyusun semula pertubuhan politik yang dianggotai oleh lebih 3 juta ahli dan gejala politik wang didalam parti boleh dibendung jika pemilihan parti dapat dikurangkan.

Pemimpin ahli UMNO janganlah mudah lupa kepada jasa dan sumbangan sayap-sayap UMNO. Jangan disebabkan UMNO dihimpit masalah kekurangan pengaruh orang Melayu, sayap-sayap ini dijadikan tempat melongokkan kelemahan dan kesalahan parti. Perasaan barisan pelapis perlu dijaga. Kesetiaan mereka menyertai UMNO tidak perlu dipertikaikan.

Bagi saya, UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan menghapuskan sayap-sayap UMNO. Kerana kita harus bimbang satu hari nanti tiada lagi golongan muda yang mendekati UMNO.Trend pengundi muda boleh kita lihat didalam PRU12 tempohari, pengundi muda lebih cenderong kepada parti pembangkang. Jadi UMNO perlu mendekati golongan muda dan memahami apa kehendak mereka, bukan mengenepikan mereka atas perbuatan politik wang golongan lebih senior daripada mereka.

Oleh itu kesimpulan dari itu, politik wang harus dihapuskan, tetapi bukan dengan cara memusnahkan sayap-sayap........SALAM PERJUANGAN!

Tuesday, January 27, 2009

KERAJAAN BN MELAKA MASIH KUAT


Salam,

Walaupun kita kehilangan satu wakil rakyat Dun Bota di Perak tetapi saya amat yakin keputusan adun tersebut adalah keputusannya sendiri dan bukan keputusan rakyat. Y.B Datuk Nasaruddin Hashim Adun Bota itu difahamkan bahawa beliau merajuk di atas keputusan pemilihan Umno di Bahagian beliau, yang mana beliau telah kalah untuk menjadi Ketua Umno Bahagian tersebut, oleh itu beliau membuat keputusan untuk menyertai PKR. Si bodoh ini bukanlah seorang pejuang sejati, beliau adalah pejuang yang ingin kedudukan.

Walaubagaimana sekalipun saya amat berbangga dengan Ketua Menteri Melaka yang bekerja keras di Melaka ini. Jangan kita duk hiraukan yang wakil rakyat Bota itu, keputusan beliau adalah keputusan perseorangan dan bukan seperti di Musai Bukit Baru Melaka yang mana keputusan berkumpulan di mana 40 orang ahli PAS telah menyertai Umno yang diketuai oleh Sdr Ismail Bin Tompang. Sdr Ismail telah menyertai PAS selama lebih 20 tahun dan hari ini beliau berasa hampa dengan perjuangan PAS yang tiada hala tuju itu.

Sebagai anak Melaka saya amat yakin di bawah kepimpinan Y.A.B Ketua Menteri Melaka sekiranya berlaku ombak perubahan seperti PRU 12 tempohari, Melaka akan tetap dibawah kerajaan BN. Rakyat Melaka amat terhutang budi dengan kerajaan BN dengan pembangunan dan kemakmuran yang ada di negeri ini. sekiranya tuan-tuan ke Melaka, sdr bolehlah saksikan sendiri kehebatan pembangunan yang dihasilkan oleh kerajaan BN Melaka, saya yakin sdr akan datang untuk kali kedua.

Pantun wajib negeri Melaka:



"KAPAL DAGANG DARI SEBERANG,
BAWA MUATAN KAYU MERANTI,
DARI JAUH TUAN-TUAN DATANG,
KAMI ORANG MELAKA SEDIA MENANTI"

Salam perjuangan!

Wednesday, January 21, 2009

PAS TERPEDAYA OLEH DAP

BAKAL-BAKAL USTAZ DAP

Salam,

Samada PAS sedar ataupun tak sedar, selepas ni Menteri Besar di Perak dan Selangor terdiri dari orang DAP. Semalam Presiden DAP telah mengumumkan bahawa, selepas ini mereka akan membanyakkan lagi pembukaan cawangan di kalangan orang melayu dan mereka juga akan memperbanyakkan lagi calon-calon wakil rakyat dari kalangan Melayu dan juga dikalangan ustaz.

Kalau kita melihat statistik keputusan PRU 12 tempohari, kedudukan PAS bukanlah kuat sangat pun. Keputusan PRU12 tempohari di Dewan Undangan Negeri:

Perak (BN=28 ;PAS=6 ; DAP=18 ;PKR=7)
Selangor (BN=20 ; PAS=8 ; DAP=13 ; PKR=15)

Saya yakin selepas ini Pakatan Rakyat akan meninggalkan PAS yang selama ini menjadi tungangan DAP semata-mata. Ini merupakan strategik DAP untuk mereka menerajui negeri-negeri dan DAP sedar bahawa Menteri Besar hendaklah dikalangan Melayu dan Islam, oleh itu mereka sangup meletakkan calon yang akan bertanding nanti dari kalangan melayu dan ustaz, yang penting misi penubuhan Republik Malaysia akan tercapai. Saya juga tertarik dengan statement yang dikeluarkan bahawa sekarang ini terdapat seorang ustaz yang akan menyertai DAP dan ini menunjukkan bahawa ustaz ini bersetuju dengan DAP yang selama ini tidak menerima hukum hudud dan qisas dan tidak mahu mengujudkan negara ini berkonsepkan islam.....

Terfikir sejenak dengan kata-kata Y.B Dato' Seri Khir Toyo, apabila beliau menerima keputusan PRU 12 tempohari. Beliau telah mencadangkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali agar PAS dan UMNO digabungkan di Selangor, dan beliau mahu jadikan Selangor merupaka negeri contoh yang pertama penyatuan Melayu. Y.B Dato' Seri Khir juga telah menawarkan agar sekiranya bergabung Menteri Besar dikalangan PAS. Malangnya kerana PAS terlalu sayangkan DAP, mereka tidak pedulikan penyatuan Melayu. Sekarang saya yakin, barulah PAS sedar permainan licik yang dilakukan oleh DAP...

Sekian...Salam Perjuangan




Tuesday, January 20, 2009

PAS DERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


Salam,

Pada minggu lepas Raja Dr Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap penempatan semula kampung-kampung baru yang telah mencuri hak tanah kepunyaan melayu. Titah Raja Nazrin bahawa penempatan semula yang melibatkan seramai 400,000 penduduk cina setinggan menimbulkan perasaan kurang senang terhadap Raja-Raja Melayu kerana orang-orang Melayu sendiri masih banyak lagi tidak bertanah.

Jelas kita dapat lihat bahawa Menteri Besar Perak tidak memperdulikan langsung titah dari Raja Muda Perak itu. PAS sanggup mengadaikan ketuanan Melayu kerana inginkan pengaruh DAP atau PAS hanya boneka DAP sahaja. HAri ini PAS tidak boleh mengawal exco kerajaan Perak walaupun titah Raja-Raja Melayu telah disuarakan. MB Perak memberi alasan bahawa ini adalah keputusan exco dan kita semua sedia maklum bahawa exco kanannya merupakan kaum cina dari DAP yang ingin sangat menghancurkan Melayu.....

Kalau setakat nak jadi MB tapi hidung ditindik oleh orang Cina, apa kah maknanya?.................

Monday, January 19, 2009

NASIB POLITIK MELAYU DICATUR OLEH BANGSA LAIN


Salam,


Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu telah selesai. Alhamdulillah sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku di sana. Barisan Nasional hari ini menerima hakikat kemenangan di pihak PAS dan BN akur dengan kehendak rakyat pada hari ini. PRK ini juga boleh dijadikan batu pengukur untuk kedua belah pihak, samada PAS ataupun UMNO. Yang pastinya yang menang akan mengatakan yang mereka bertambah kuat tetapi yang kalah pula dikatakan parti itu ditolak oleh masyarakat.


Sepanjang pemerhatian saya semasa PRK Kuala Terengganu ini bahawa samada kita sedar ataupun tak sedar bahawa setiap kali PRU atau PRK terdapat dalang yang menjadikan ini sebagai sumber mereka mencari rezeki. Mereka memperjudikan keputusan pilihanraya ini.

PENYOKONG PAS BANGSA CINA MEMAKAI IKAT KEPALA YANG TERTULIS KALIMAH "LAILAHAILLAH"

Untuk makluman pembaca sebelum saya ke Kuala Terengganu tempohari, saya telah pergi ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta saya. Semasa menunggu tayar kereta saya di tukar, saya didatangi oleh seorang berbangsa cina. Beliau bercerita keadaan politik di PRK Kuala Terengganu, dan beliau berani mengatakan kepada saya yang PRK Kuala Terengganu akan dimenangi oleh pihak PAS kerana ramai kaum dari golongan mereka mempertaruhkan jumlah yang begitu tinggi sehingga mencicah Rm100,000.00 sekiranya kemenangan di pihak PAS. Terfikir saya sejenak, apabila mengenangkan PRU yang lalu berlaku di Parlimen Kota Melaka. Selama 35 tahun Parlimen Kota Melaka tidak pernah di menangi oleh BN tetapi dengan pertaruhan judi yang terlalu tinggi pada tahun 2004 BN menang di PArlimen Kota Melaka.


Kesimpulan dari itu, sebenarnya kemenangan pihak PAS, PKR mahu pun BN adalah disebabkan perjudian diantara kaum lain. Oleh itu, sahabat ku sekelian janganlah kita membiarkan bangsa lain mengambil kesempatan mencaturkan politik Melayu di bumi Malaysia tercinta ini. Apalagi yang ada pada kita sekarang ini, hanya politik sahaja yang akan menentukan nasib agama dan bangsa kita...Sekiranya politik orang melayu boleh dicatur oleh bangsa lain, maka satu hari nanti bukan sahaja UMNO tetapi PAS juga takkan relevan lagi di Malaysia ini.....Salam Perjuangan...........

Thursday, January 15, 2009

RAKYAT MELAKA MEMBANTAH KEGANASAN ISRAEL

Ahli-Ahli Panel Forum Kegansan Israel Terhadap Palestin

Kehadiran Rakyat Melaka melebihi 10,000orang membantah Israel




"HANCUR!HANCUR!HANCUR ISRAEL!

HANCUR!HANCUR! HANCUR YAHUDI

HIDUP! HIDUP! HIDUP PALESTIN

HIDUP! HIDUP! HIDUP GAZA

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

Salam,

Saya amat terkejut dan tergamam apabila melihat hampir 10,000 orang berkumpul di dewan MITC sambil melaungkan kata-kata mengecam Israel....Tidak disangka dengan hanya dalam tempoh tiga hari sahaja rancangan untuk berkumpul dan membantah serangan Israel terhadap Palestin mendapat sambutan diluar jangkaa
n....Acara bermula dari jam 900 pagi bermula dengan memijak bendera Israel, menendang muka Perdana Menteri Israel yang diletakkan pada belon, menanda tangan kain rentang sepanjang 70 kaki, forum membantah kekejaman Israel dan membakar bendera Israel....
Perasaan Belia Melaka yang terlalu marah terhadap Israel

Belia-belia Melaka memijak bendera dan patung gambar PM Israel



Perhimpunan ini juga mendapat sambutan dari rakyat Palestin yang menuntut di Melaka..Pelajar dari Palestin ini amat terharu dan terasa terhutang budi dengan Kerajaan Melaka di atas sokongan kepada mereka...Saya mendapat sms dari salah seorang pelajar Palestin yang mengatakan yang mereka amat terhutang budi dengan Kerajaan Melaka yang bersungguh-sungguh membantah serangan Israel terhadap Palestin. Mereka mengatakan yang mereka merasakan Melaka adalah second home mereka yang mana Kerajaan Melaka sentiasa mengambil berat masalah mereka.

Marilah kita sama-sama bertafakur sejenak dan memikirkan nasib rakyat Palestin yang sekarang ini di dalam tekanan dan sama-samalah kita berdoa agar kekejaman rakyat Israel dapat dihentikan dan kita berdoa agar negara kita tercinta dilindungi dari perkara-perkara seperti di bumi Palestin...Salam Perjuangan!

Friday, January 9, 2009

PKR PEROSAK BANGSA.........

Salam,

Saya tergelak besar apabila membaca statement si pembohong besar no 2 Malaysia iaitu Khalid Ibrahim dalam utusan malaysia m/s 24 bertajuk "PRA SEKOLAH: SELANGOR TIDAK AKAN BERI BANTUAN RM 50 " Kalau dulu dia kata kalau PKR memerintah macam-macam dia nak beri, tapi sekarang habok pun tak ada. Yang ada penyokong PKR Selangor menerima kandang babi terbesar di Asia dan Gereja terbesar di Asia. Nampak sangat si bodoh tu di permainkan dek cina DAP, tapi apa nak buat, Demi Nak Tumbangkan UMNO punya pasal, agama dan negeri pun dia sanggup gadai.

Semasa PRU12 tempohari PKR menjanjikan setiap anak-anak yang mengikuti pra sekolah akan menikmati Rm 50 dan anak-anak yang mengikuti taman asuhan akan menerima Rm 75 sebulan. Hei khalid bodoh, kalau kandang babi dan gereja kau boleh bina besar-besar, takkan masa depan anak-anak kau biarkan...dulu janji lain dah memerintah buat lain pulak...

Nampaknya kerajaan Melaka juga bagus, apa yang dia janjikan semasa PRU 12 temphari dia laksanakan...Hari ini Melaka menyalurkan Rm 2juta untuk rumah PPRT. Bukan macam PKR, orang nak jadi MB dia nak jadi MB, tapi MB yang nak bebankan rakyat...bodohlah MB Selangor 2....

Wednesday, January 7, 2009

PAS SANGGUP GUGURKAN PERJUANGAN ISLAM SEMATA-MATA INGIN PENGARUH

Salam,

Semalam saya berada di tempat penamaan calon P036 Kuala Terengganu..begitu bersemangat lagi saya dapat lihat jentera pilihanraya Barisan Nasional bekerja untuk memastikan kemenangan di Kuala Terengganu. Apa yang saya lihat, saya yakin Barisan Nasional akan menang di kawasan tersebut dengan respond yang telah diberi oleh penduduk setempat. Selama saya berada di sana, proses kempen melalui ceramah politik begitu rancak sekali dan respond penduduk setempat amat berkurangan terhadap ceramah PAS. Mereka telah bosan dengan ceramah yang hanya pandai menuduh, tidak ada pembangunan dan bertopengkan agama sebagai perjuangan. Sebagai bukti yang mereka lebih pentingkan politik dari agama boleh baca blog ini:

http://graduanmelayumuda.blogspot.com/2009/01/cadangan-saya-kepada-pas.html

Dengan feed back yang saya dapat melalui penduduk setempat, rakyat sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan PAS kerana sekarang ini perjuangan puak PAS telah lari dari landasan. Kalau dulu PAS betul-betul perjuangkan Islam tetapi kini mereka berkata PAS lebih mementingkan pengaruh politik dari perjuangan asal. Semalam, semasa penamaan calon saya juga dapat lihat slogan yang tertulis dibaju-baju pengundi kini dah berubah kalau dulu "Membangun Bersama Islam" tetapi kali ini slogan yang dibawa "PAS FOR ALL".
Kesimpulan dari ini, saya dapat rasakan bahawa selama ini puak PAS hanya bertopengkan Islam sahaja dan mereka sanggup gugurkan perjuangan islam semata-mata inginkan pengaruh bangsa lain...

Apa-apapun, kita UMNO akan tetap memperjuangkan agama kita, bangsa kita dan negara kita.....SALAM PERJUANGAN.............

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."