Wednesday, September 9, 2009

MASA TENGAH SAYANG KENTUT PUN WANGI...


Salam,

1.Ustazah Siti, isteri kepada Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Abd Rashid Rahman mendakwa beliau hanya menerima nafkah dari suaminya sebanyak RM300 selama 10 tahun berkahwin.

2. Beliau juga mendakwa bahawa beliau selalu dipukul termasuk dikepala dan dirotan.

3. Yang lebih menyedihkan beliau dipaksa melayan kehendak seks walaupun ustazah siti didalam pantang.

4. Orang-orang macam ni tak kisah hukum hakam kerana beliau ahli PAS dan dah confirm masuk syurga.......

Wednesday, August 12, 2009

PAS KENA NASI KANGKANG DAP....


Salam,
1. Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Parti Islam.
2.Sebagai rakan dengan DAP, PAS akan mengadakan pendekatan dengan memberi penerangan tentang Islam kepada mereka.
3. Tindakan PAS seolah-olah macam dah kena nasi kangkang oleh pasangan dia yang baru bernikah pada PRU12 tempohari...
4.Aku amat yakin sekiranya PAS lebih lama bersama dengan mereka, makin takut PAS ingin perjuangkan Islam yang dilaungkan sebelum ini...

Friday, August 7, 2009

CERAMAH UMUM

Salam,

Atas rasa kesedaran yang melanda masalah Melayu pada akhir-akhir ini, sdr/sdri dijemput untuk mendegar ceramah umum "DIMANA MELAYU TANPA ISA???" pada :

Tarikh : 13 ogos 2009

Masa : 830 mlm

Tempat : Semabok Dalam

Penceramah : Y.B Dato' Seri Dr Mohd Khir Bin Toyo

Sdr/sdri dijemput hadir untuk hadir beramai-ramai...

Thursday, July 23, 2009

NAK JADI PEMIMPIN MESTI IKUT CARA NIZAR....

Salam,

1. Ds Nizar merupakan seorang pemimpin yang menepati jiwa rakyat. Beliau mempunyai semua ciri-ciri sebagai pemimpin...

2. Beliau juga boleh boleh jadi seorang jurutera, tukang kebun, bilal, khatib ,imam dan akhir-akhir ini beliau boleh jadi imam cina sembahyang....

3. fuh...hebat sungguh pemimpin seperti ini...amat sukar nak dicari pemimpin seperti ini...patutlah dia disayangi dengan bangsa lain...

4. Agak-agak kalau Nizar meninggal siapa pulak nak bakar lilin kat dia....LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG atau NIK AZIZ

Sunday, July 19, 2009

Anak Melaka telah didik untuk kebersihan


Salam,
1. Semalam aku bersama keluarga berada diluar Melaka. Kami telah chek in di sebuah hotel di negeri tersebut.
2. Di sebelah malam apabila kami ingin menikmati makan malam di sebuah restoran berhampiran...kedua-dua anak aku tidak dapat memakan makanan yang dihidang...

3. Aku berasa hairan kenapa anak aku tidak mahu menikmati makanan tersebut kerana selalunya kalau di Melaka anak-anak aku tidak kisah makan dimana jua kedai yang aku bawa utk mereka makan.
4. Setelah aku memaksa mereka makan, mereka mengatakan pada aku "Papa, kedai kat sini kotor ar...tak macam kat Melaka"
5. Aku tersenyum sambil berkata didalam hati.."Inilah hasil dari ketua Menteri Melaka menekankan kebersihan terhadap negerinya...sehinggakan Anak Melaka yang kecil ini, pergi ketempat lain pun boleh membezakan negerinya dengan negeri orang lain..."
6. Tahniah Ketua Menteri Melaka kerana telah dapat menghasilkan anak Melaka yang inginkan kebersihan...

Monday, June 15, 2009

Anwar Mencari Publisiti Pada Bukan Melayu

Chin Peng


1. Setelah berjaya Anwar Al Juburi memecah belahkan Melayu di Malaysia ini, hari dia telah mencari Publisiti terhadap masyarakat bukan Melayu dengan mendesak kerajaan agar membawa balik Chin Peng ke Malaysia.


2. Jelas kehadiran Anwar Al-Juburi didalam politik Malayasia bukan perjuangan untuk bangsa tetapi perjuangan Anwar kepada kehancuran bangsa Melayu.


3. Walaupun desakan Anwar Al-Juburi ini tidak percaya tetapi dia akan mendapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu, dan mereka akan menganggap Anwar pejuang untuk mereka.


4. Tanda-tanda kehancuran Melayu hampir tiba dengan keujudan Anwar Al-Juburi ini. Teori Rahman Al Haj akan berterusan sekiranya Melayu di Malaysia ini tidak sedar lagi...


R=Rahman Al-Haj
A= Abd Razak
H=Hussin Onn
M=Mahathir Mohamad
A=Abdullah Badawi
N=Najib Tun Razak
A=Anwar Ibrahim
L=Lim Guan Eng
H=Belum Pasti (Yang pasti pada waktu ini Malaysia bukan negara Islam lagi)
A=Belum Pasti (Yang pasti pada waktu ini Malaysia bukan negara Islam lagi)
J=Belum pasti (Yang pasti pada waktu ini Malaysia bukan negara Islam lagi)

Salam Perjuangan...............

Wednesday, May 27, 2009

SIAPAKAH DIKELILINGI MEREKA...............




Salam,

1.Bekas Menteri Besar Perak seolah-olah macam kena penyakit meroyan apabila mahkamah memutuskan Dr Zamry sebagai MB Perak.

2. Kelakuan Nizar amat menyakitkan hati aku dan bertambah meluat apabila aku menonton semasa berita malam tadi. Apatah lagi apabila aku teliti di persekitaran mogok lapar semalam terdiri dari bangsa lain lebih ramai daripada orang melayu disekeliling Nizar.

3. Kenapa bangsa asing lebih suka menyokong PKR @ PAS?

4. Setelah aku meneliti Barisan exco Nizar dan Barisan Exco Zamry baru aku sedar, patutlah bangsa lain amat menyanyangi Nizar...dan sanggup membuat apa sahaja untuk Nizar.

5. Jelas sekali Nizar ni diperkotak-katik atau boneka cina....Semasa pemerintahan Nizar diantara 10 orang exco hanya terdapat 3 sahaja exco dari Melayu dan semasa pemerintahan Dr Zamry diantara 10 exco terdapat 7 exco orang Melayu.

6. Patutlah keputusan yang dibuat oleh Nizar terpaksa diberi kepada bangsa lain contoh tanah melayu diberi 999 tahun kepada orang cina kerana Melayu di dalam mesyuarat exco tidak ada majoriti.Macam mana lah dia nak perjuangkan nasib orang Melayu di Perak kalau exconya 85% dari bangsa lain...

7. Sehingga saat ini, walau keputusan mahkamah telah memihak kepada Zamry sekalipun, bangsa lain masih berharap yang Nizar akan tetap menang agar cita-cita untuk menghancurkan Melayu tercapai....


8. Itulah cogan kata baru Nizar "MEMBANGUN BERSAMA DAP"

Salam perjuangan.....

ALASAN PKR LEBIH BANYAK DARI BULU KAKI AKU....


Salam,
  1. Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan 2 pemimpin tertinggi parti telah berjumpa dengan Puan Aminah calon Bebas Dun Penanti.
  2. Beliau juga mengakui bahawa terdapat unsur sogokan jawatan yang telah didakwa oleh Aminah tempohari, tetapi sogokan dari pemimpin parti tersebut tidak mewakili parti PKR.
  3. Aminah juga telah ditawarkan jawatan YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekiranya setuju menarik diri bertanding serta membayar Rm88.000.00 termasuk perbelanjaan kempen.
  4. Walupun terdapat bukti rakaman CD yang dibawa oleh Aminah, PKR masih ingin menafikan cubaan sogokan yang dibawa oleh pemimpin mereka.
  5. Bukan masalah sogokan sahaja dia cuba nafikan bahkan ADUN Bukit Lanjan pun mereka memberi pelbagai alasan...
  6. ALasan demi alasan dia berikan...sehinggakan bulu kaki aku pun tak banyak seperti alasan yang diberikan oleh PKR.....

Salam perjuangan.............

Friday, May 15, 2009

APA BEZA POLITIK WANG DAN HADIAH....

Salam,

1. Setelah selesai pemilihan di dalam UMNO pada bulan yang lalu, kini kita saksikan pemilihan di dalam PAS.

2. Kita dapat lihat perebutan jawatan di dalam PAS juga sama seperti UMNO. Sehinggakan ada calon mereka juga sanggup memberi RASUAH untuk memastikan kemenangan dalam pemilihan nanti. tak lah bersih rupanya puak PAS ni, depa pun gila jawatan gak....

3. Cuma aku terasa keliru sikit, kebelakangan ini aku baca akhbar ada sahaja cerita tentang pemberian hadiah dari calon PAS untuk pemilihan kali ini...Sehinggakan Dr Lo Lo juga meminta SPRM membuat siasatan terhadap calon yang memberian hadiah kepada perwakilan.

4. Persoalan....: Tang UMNO akhbar tempatan kata POLITIK WANG tapi tang PAS dia kata HADIAH... (Apa beza hadiah dan politik wang.........)

Salam Perjuangan

Monday, May 11, 2009

HERO K****G

Salam,

1. Di atas keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap tahanan ISA yang telah dilepaskan pada 2 bulan yang lalu tidak langsung dihargai oleh mereka.

2. Diantara orang yang tidak pernah rasa bersyukur adalah P. Uthayakumar yang cuba berlagak seperti Hero K****G.

3. Hari ini hero K****G ini berlagak seperti dia ni keturunan Raja yang ada imuniti terhadap undang-undang...dia masih menuduh dam memfitnah kerajaan dengan pelbagai cara untuk mendapat simpati orang ramai.

4. Saya harap pihak Kerajaan boleh mengambil tindakan semula terhadap K****G ni, biar dia rasakan duk kat dalam lagi...

Salam Perjuangan!

Thursday, April 23, 2009

DAP MENGHINA BELIA MELAYU...

Salam,

1. Hari ini merupakan hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka. Ketua Pembangkang yang dihalau keluar Dewan telah dibenarkan masuk untuk bersidang semula.

2. Persidangan bermula dari pagi jam 9.30 pagi tadi. Setelah jam 11.30 pagi tadi sidang dewan bermula dengan perbahasan usul. Terdapat 3 usul untuk hari ini.

3. Usul yang pertama telah dibawa oleh wakil rakyat DAP iaitu masalah Mat Rempit. Mereka meminta agar PDRM mengambil tindakan tegas teradap MAt Rempit yang semakin mengganas di Melaka. Mereka meminta agar PDRM membuat sekatan jalan pada malam hari dan menangkap belia yang terlibat dengan Mat Rempit, tetapi janganlah PDRM menggunakan kekerasan untuk menangkap mereka.

4. Didalam perbahasan usul tersebut wakil rakyat DAP juga ada mengatakan bahawa Mat Rempit ini terdiri dari belia-belia yang tiada pelajaran dan terdiri oleh kaum Melayu, dan mereka ini dipergunakan oleh pihak UMNO untuk PRU dan PRK.

5. Dengan tindakan bijak Wakil Rakyat Barisan Nasional dapat mencelah didalam usul tersebut dan dapat menidakkkan yang mengatakan Belia Melayu tidak berpelajaran dan membangkang sekeras-kerasnya bukan UMNO sahaja mempunyai kumpulan bermotor semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, PKR,PAS dan DAP juga ada.

5. Jelas kita dapat lihat bahawa DAP cuba menghina belia-belia Melayu dengan mengatakan mereka ini tidak berpelajaran dan memandang bangsat kepada kita. Maka, sedarlah wahai bangsaku...mereka telah berani menghina kita dalam keadaan kita berkuasa apatah lagi kalau sekiranya kuasa kita hilang nanti, saya yakin bukan sahaja hina malahan mereka akan usir kita(melayu). Kalau nak harapkan PKR, bukan mereka ingin menjaga bangsanya tetapi mereka berasa bangga dapat rakan kongsi sebegini...

Salam Perjuangan..............

Wednesday, April 22, 2009

Ketua Pembangkang Diarah Keluar Dewan


Salam,
1. Sidang Dewan Undangan Dewan Negeri Melaka yang berjalan selama 4 hari ini dapat diperlihatkan gelagat wakil rakyat DAP dan juga Barisan Nasional.
2. Wakil rakyat DAP cuba membawa isu-isu provokasi dan juga perkauman semasa sidang Dewan dijalankan.
3. Diantara provokasi yang cuba diketengahkan oleh pihak pembangkang mereka menuduh wakil rakyat MCA membodek UMNO. Ini menyebabkan wakil rakyat MCA menjadi marah dan keadaan agak tegang sedikit.
4. Hari ini sekali lagi mereka cuba provok kepada Speaker Dewan Undangan Negeri untuk membuat satu usul tergempar. Setelah diarahkan oleh Speaker untuk duduk, Y.B Goh Leong San (Adun Kesidang) tetap berkeras dan menghina dewan. Lantaran itu Speaker Dewan Undangan Negeri mengarahkan Ketua Pembangkang keluar Dewan.
5. Kesimpulan dari Sidang Dewan selama 2 hari ini, aku dapat lihat bahawa DAP hanya perjuangkan satu kaum sahaja, mereka banyak membawa isu kaum mereka sahaja. Itupun orang Melayu PKR dan PAS tak sedar juga....
Salam Perjuangan.....

Monday, April 20, 2009

PKR, DAP DAN PAS TIDAK RELEVAN DI MELAKA

Salam,

1. Hari ini Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka telah sempurna dirasmikan oleh TYT Negeri Melaka.

2. Kesemua Exco dan Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri hadir di dalam acara perasmian pagi tadi.

3. Walaupun keadaan di dalam Dewan pagi tadi nampak tenang tetapi pihak PKR, DAP dan PAS berusaha untuk memalukan kerajaan. Mereka telah merancang untuk penyokong mereka agar berkumpul di Seri Negeri dan mendesak agar DS Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

4. Mereka telah berusaha agar suasana di luar Dewan akan menjadi hura-hara tetapi malangnya tiada sambutan untuk mereka bagi rakyat Melaka.

5. Sekadar nak beritahu kepada mereka (PKR, PAS dan DAP): usahlah kamu semua ingin membuat Melaka huru-hara sepertimana kamu semua telah buat....Jangan jaga tepi kain orang...Pergilah desak Elizebeth Wong untuk letak jawatan sebelum ingin mendesak DS Ali.

Salam Perjuangan!

MELAYU HARUS HAYATI TITAH SULTAN AZLAN....


KUALA KANGSAR, 19 April (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara."Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara."Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, Ahad.Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa."Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara."Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan"."Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara"."Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah."Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat."Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi," titah baginda.Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain."Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan Perak...

Thursday, April 16, 2009

UMNO DAN PAS PERLU FOKUS MELAYU....


Salam,


Aku amat tertarik dengan statement yang dikeluarkan oleh kedua tokoh ini, iaitu Y.B Datuk Ibrahim Ali dan Y.B DS Khir. Hari ini melayu sekali lagi di cabar oleh parti komponen BN iaitu MIC yang ingin menambahkan lagi kerusi kabinet dari MIC. Oleh itu kita semua kena sedar bahawa pelbagai tuntutan telah oleh kaum lain dan kini dilihat semakin keterlaluan. Maka insaflah wahai bangsaku dengan situasi politik semasa yang kini boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Mengikut kata Y.B Datuk Ibrahim Ali :"Jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah orang Melayu dan ia cukup untuk membina kerajaan berasaskan wakil rakyat melayu semata-mata dan jesteru itu kerajaan harus memenuhi apa jua kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti. PArti Melayu akan kuat apabila Melayu dijaga, UMNO perlu fokus kepada Melayu. Oleh itu UMNO perlu kuat dan sekiranya Melayu itu kuat maka BN juga secara outomatik menjadi kuat kerana bangsa lain akan mengikut."

Pandangan Ds Khir pula berkata : "Hak orang Melayu tidak perlu dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhui hasrat pelbagai kaum. Biar ujud situasi menang-menang. Kita tidak perlu biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita hendak penuhi apa yang mereka mahu, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita."

Oleh itu, dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan pelbagai cabaran. Maka bersatulah UMNO dan PAS untuk memajukan Melayu itu sendiri..

Salam Perjuangan.....

Wednesday, April 8, 2009

GERAK KERJA MEMASTIKAN UMNO MASIH RELEVEN...

Salam,

1. Pilihanraya kecil untuk ketiga-tiga tempat telah selesai....hasil keputusan amat mengecewakan. Diantara 3 tempat yang dipertandingkan Batang Air sahaja yang menang manakala Bkt Selambau dan Bkt Gantang kita kalah.

2. Usaha juga telah dibuat. Semua barisan Exco dan MT juga datang berkempen. Kempen berterusan yang dihadiri oleh calon-calon yang kalah dalam perhimpunan Pemuda yang lalu juga hadir untuk membantu , malahan Tun Mahathir juga datang untuk berkempen...Tetapi hasilnya amat menduka citakan...

3. Kalau dulu kita kata rakyat menolak Pak Lah, sekarang Pak Lah bukan PM lagi, kenapa kita tetap kalah pilihanraya kecil? Adakah rakyat sudah menyampah dengan BN? sehinggakan Tun Mahathir datang berkempen pun boleh kalah...

4. Oleh itu, di atas keputusan pilihanraya kecil ini, saya menyeru kepada semua KP,NKP dan AJK Pemuda Bahagian-Bahagian, selepas ini kita mesti mengumpul seramai ahli baru yang mungkin yang terdiri dari belia dan kita daftar terus sebagai ahli UMNO dan SPR...

5. Jangan kita pedulikan sekatan dari cawangan yang ingin menahan keahlian ahli...diantara punca orang benci UMNO adalah disebabkan sekatan keahlian..mereka ingin berkhidmat dalam UMNO, tetapi Ketua Cawangan menyekat...

6. Didalam bahagian saya, saya telah merancang beberapa program keahlian diantaranya setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 10 ahli baru serta akan didaftarkan di SPR...Di Bahagian saya terdapat 62 cawangan, ini bererti ada 620 ahli baru yang berdaftar menjadi ahli dan boleh mengundi.

7. Saya amat yakin sekiranya keahliaan tidak disekat diperingkat cawangan dan ahli bertambah disetiap cawangan di Malaysia ini....maka UMNO akan terus relevan...

Salam Perjuangan.....

Tuesday, March 31, 2009

KEARAH SATU KIBLAT....


Salam,

Perhimpuanan Agung Pemuda telah selesai...segala proses pengundian juga telah selamat dilaksanakan...dan sekarang Y.B Sdr Khairy Jamaluddin telah dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Alhamdulillah sebagai perwakilan, aku telah menunaikan amanah dari peringkat akar umbi..dan nasib tidak menyebelahi kepada kedua-dua calon DSKT dan MM...

Tahniah aku ucapkan kepada kedua-dua tokoh ini kerana walaupun kekalahan yang diterima mereka tetap memperjuangkan agama, bangsa dan negara...mereka akur dengan segala keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan tempohari...

DSKT dan MM hari ini membuat sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru YB Khairy...DSKT berkata " Selagi KJ tidak menlencong beliau akan bersama memperjuangkan agama, bangsa dan negara" begitu juga kata-kata dari MM " beliau akan juga memberi pandangan kearah penambahbaikan jika diminta berbuat demikian dan tetap menyokong KJ"

Syabas sekali lagi kepada DSKT dan MM...Proses kempen dan pemilihan telah selesai maka sama-sama kita contohi kedua-dua tokoh ini agar kita sama-sama merapatkan saf untuk memastikan UMNO akan tetap relevan di tanah air kita....

Syabas dan tahniah DSKT & MM..........................

Saturday, March 21, 2009

BARU KENAL SAMADA BUKU DAN RUAS...

Salam,

Sekali lagi aku amat puas hati apabila golongan belia/pemuda UMNO,MCA,MIC dan Gerakan bersatu menentang pekhianat negara..Kami bersatu mempertahankan negeri kami apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan yang pernah dikepung oleh Pemuda UMNO dua hari lalu dan terkencing di dalam seluar akibat kepungan tersebut dan hari ini dia cuba memperalatkan masjid di Ayer Keroh sebagai tempat dia bermula perhimpunan tengahari tadi...

Hari ini sebangsat itu telah dilemparkan dengan kata-kata kesat orang Melaka dan dia berasa takut lantas beredar dari tempat tersebut apabila melihat belia/pemuda sudah mula berhimpun....Aku rasa kali ini bukan sahaja dia terkencing malahan dia mesti terkencit pulak...

Aku beri ingat pada penyokong PKR!...di negeri lain ko boleh buat tetapi di negeri Melaka ini kau orang jangan nak tunjuk handal..Kau orang jangan fikir kau orang dah berjaya demostrasi di Perak kau nak cuba di Melaka pulak...kami dari Melaka tak akan beri peluang pada kaurang semua untuk nak buat seperti negeri lain...

Salam Perjuangan !

Thursday, March 19, 2009

PERHIMPUNAN PEMBANGKANG

SALAM BLOGERS,

ESOK JAM 2 PETANG DI MASJID MITC ADA SATU PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG....MEREKA DUK SIBUK NAK MENJAGA TEPI KAIN ORANG TETAPI DIRI SENDIRI TAK TERJAGA...SELESAIKAN MASALAH SELANGOR DULULAH...BARU BOLEH DATANG MELAKA.....

KALAU SDR/SDRI INGIN TENGOK PEMBANGKANG DI MELAKA MASIH RELEVAN ATAU TIDAK HADIRLAH DI TEMPAT TERSEBUT....SAYA YAKIN TIADA SAMBUTAN YANG AKAN DITERIMA DIMELAKA....

SALAM PERJUANGAN

Wednesday, March 18, 2009

PAKATAN RAKYAT TIDAK RELEVAN DI MELAKA



Salam,

Puas hati aku apabila melihat begitu setianya pemuda/belia di Negeri Melaka membuat satu perhimpunan aman yang berjaya dikumpulkan dalam masa satu jam seramai 450 orang dihadapan Pejabat SPRM Negeri Melaka.

Tepat pada jam 12 tengahari aku dimaklumkan bahawa PKR akan membuat satu laporan terhadap Ketua Menteri Melaka di Pejabat SPRM yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan, dan dengan berasa bertanggungjawab kami Pemuda/Belia Negeri Melaka terus berhimpun secara aman dan memberitahu kepada pihak PKR agar "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG BIAR KAMI SELESAIKAN DI DALAM KELUARGA KAMI" dan .."MASALAH DALAMAN PKR SELESAIKAN DULU....."

Perhimpunan ini selesai pada jam 300 petang dan pihak Angkatan Muda PKR telah mendapat cemohan dan kritikan oleh 450 pemuda/belia Melaka...Yang paling aku puas hati apabila melihat kereta yang dibawa oleh pemimpin PKR di simbah dengan air...

Terima kasih kepada belia/Pemuda Melaka yang menolak Pakatan Rakyat...

Wednesday, March 4, 2009

KERAJAAN PASIR DUA BUTIR...


Salam,


Aku rasa Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang patut di beri gelaran Tun, kerana mungin allahyarham boleh forcast perkara-perkara yang mungkin akan berlaku di kalangan orang-orang melayu...sebagai contoh seperti cerita Sarjan Hassan dan Laksmana Do Re Mi...

Kalau kita lihat senario politik hari ini, Anwar Ibrahim boleh kita samakan seperti watak Salih Kamil di dalam cerita Sarjan Hassan yang menggilakan Sa'diah sehingga sanggup menjadi dalang untuk kehancuran melayu itu sendiri...

Semalam di kejutkan lagi satu cerita yang boleh kita kaitkan dengan Kerajaan Perak seperti di dalam tayangan Laksmana Do Re Mi...yang mana seorang Raja Negeri Pasir Dua Butir negerinya telah dirampas kuasanya oleh menteri Pasola...dan akhirnya Raja Negeri Pasir Dua Butir terpaksa berselindung dibawah sebatang pokok untuk memerintah..

Agaknya kalaulah allahyarham Tan Sri P Ramlee ini masih hidup, pasti allahyarham akan ketawa terbahak-bahak melihatkan senario politik hari ini menjadi kenyataan walaupun lakonan beliau merupakan cerita dogeng....

Friday, February 27, 2009

KARPAL SINGH CELAKA....

Salam,

Penghinaan yang telah diberi oleh Karpal Singh terhadap Pemuda Melayu harus kita tentangi...Ayuh! kita contohi perjuangan yang diperjuangkan oleh Sdr Megat Zulkarnain calon exco pemuda UMNO Malaysia yang memperjuangkan nasib Agama,Bangsa Dan Negara...Jangan kita biarkan bangsa lain menghina kita.......

SALAM PERJUANGAN !

Wednesday, February 25, 2009

AKHIRNYA TERCAPAILAH MANIFESTO PAKATAN RAKYAT...


Salam,

Semasa PRU 12 tempohari diantara manifesto yang dilaungkan oleh pakatan rakyat adalah "kesamarataan agama". Dengan manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tempohari, mereka telah berjaya menambat hati pengundi...Tidak kurang juga pengundi Melayu dengan tidak rasa malu telah membawa bendera DAP dan memangkah DAP apbila tok guru diaorang telah menghalalkan perjuangan DAP. Yang aku pasti sekiranya DAP yang memerintah, mereka akan hancurkan Islam dan Melayu sepertimana terjadi di S'pore.

Hari ini aku rasa penyokong Pakatan Rakyat akan berpuas hati apabila janji mereka telah di tunaikan oleh cina beng Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Cina Beng ini dan didalam majlis ini akan dihadiri oleh penganut agama buddha,kristian, cina dan islam....Inilah dia kesamarataan agama yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat selama ini dan disokong oleh Melayu KR dan PAS.

Jelas, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah meletakkan islam sama rata dengan agama lain...Maka, sedarlah wahai umat islam sekelian...sebusuk-busuk UMNO sekalipun, kami tidak pernah meletakkan Islam sama rata dengan agama lain dan isu agama kami tidak pernah meletakkan orang kafir sebagai Pengerusinya. Percayalah wahai kaum ku...kalau inilah yang terjadi di Pulau Pinang dan Melayu masih tidak sedar lagi, maka kita tunggulah kehancuran yang akan melanda Melayu dan Islam di tanah air kita yang disebabkan oleh bangsanya sendiri.




Tuesday, February 24, 2009

MELAYU DIPERBODOHKAN CINA LAGI.....


Salam,

Apabila melihat gambar diatas alangkah sakitnya hati aku apabila orang-orang melayu pembangkang yang begitu kusyuk mendengar cakap Cina Melaka ini...Orang Melayu Melaka memang dah tak percaya dia lagi....Lim Guan Eng ini kalau di Melaka diibaratkan seperti bomoh kampung yang mana orang kampung sendiri tak perlu khidmat bomoh ini tetapi orang luar memerlukan dia...

Semalam Cina Melaka ini telah membuat pengakuan "Kegagalan Membasmi Kemiskinan Tegar Di Pulau Pinang Disebabkan Kesukaran Membuka Akaun Amanah" dan mengikut kata Ketua Pembangkang Pulau Pinang(BN) Y.B Datuk Azhar Ibrahim didalam bajet 2009 "Tiada Bajet Khusus Di Rancangkan atau Diperuntukan Membasmi Kemiskinan Tegar"

Jelas kita dapat lihat bahawa ungkapan kata-kata yang diberi oleh Lim Guan Eng di atas kesukaran membuka tabung amanah hanya satu alasan tetapi yang tersiratnya orang miskin tegar ini rata-ratanya orang Melayu dan Cina Melaka ini ingin memastikan Melayu akan terus tertindas. Apabila Melayu Pulau Pinang akan tertindas maka lebih senanglah beliau menindik hidung mereka...Maka Sedarlah Melayu Sekelian................

Salam Perjuangan.....

Thursday, February 19, 2009

SUMPAHAN ANAK-ANAK KECIL YANG TERINAYA....


INILAH DIA BALASAN DI DUNIA JUGAK DI TUNJUKKAN OLEH ALLAH S.W.T KERANA MENGINAYA KANAK-KANAK YANG TIDAK BERDOSA.....KANAK-KANAK TERSEBUT JUGA MEMPUNYAI PERASAAN APABILA TEMPAT MEREKA INGIN MENUNTUT ILMU DIKUNCI PAGARNYA....HASIL DARI PERASAAN MARAH KANAK-KANAK TERSEBUT, PAGAR PEJABAT Y.B NIZAR PULA DI KUNCI....

Wednesday, February 18, 2009

DEBAT....AKHIRNYA MAKAN DIRI SENDIRI...


Salam,
Kerana ingin menunjukkan kehebatannya bercakap kononnya, hasil dari debat yang dianjurkan didalam program hujah TV9 malam tadi memakan diri Y.B Sdr Khairy. Setelah selesai saya menonton program tersebut saya bertanyakan kepada kawan-kawan perwakilan dan juga kawan-kawan politik di kedai-kedai kopi. Rata-rata memaklumkan bahawa perwatakan dan memek muka Sdr Khairy telah memberi kesan negative kepada rakyat...Pagi tadi semasa saya minum pagi di sebuah kedai kopi, saya terdengar salah seorang pengunjung kedai tersebut bercerita tentang program tersebut sambil berkata "aku meluat ar tengok memek muka KJ tu..." aku cuma diam sahaja kerana saya tidak mengenali sipolan tersebut...mungkin mereka ini dari pembangkang atau penyokong umno di peringkat akar umbi.....
Oleh itu, kalau itulah kehendak akar umbi, saya ingin bertanya kepada saudara/ri , sekiranya sdr/sdri merupakan perwakilan...sipakah yang sdr/sdri pilih....?
Salam perjuangan............

Monday, February 16, 2009

AJAK PAS GABUNG HANYA RETORIK UMNO-HARAKAHDAILY


"16 Feb (harakah)-Pas Perak diharap tidak terpengaruh dengan cadangan pemimpin UMNO yang mengajak pemimpin parti itu bergabung di atas nama perpaduan Melayu. Beliau juga turut mengingatkan kepada penyokong PAS supaya mengingati pesanan Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan menolong UMNO seumpama melepaskan anjing tersepit-Bekas YDP Majlis Perbandaran Kota Baharu Haji Ramli Abu Bakar"

Salam,

Kalau hidup sudah terlalu berpolitik inilah padahnya sehinggakan agama dan bangsa sanggup diketepikan...PAS telah menganggap UMNO seperti anjing yang tersepit, tetapi dia lupa yang dia seolah-olah seperti lembu yang telah ditindik hidung. Pas ikut jer cakap DAP yang lebih nyata lagi telah menentang hudud dan mencabar institusi Raja Melayu....

Wahai penyokong PAS, ko tu bukan kuat sangat ....kekuatan Pakatan Rakyat bukanlah bergantung sangat pada PAS pun...Janganlah duk rasa diri tu bongkak sangat. Sekarang ni pun rakyat dah mula perasan yang PKR ini adalah perosak bangsa..Saya yakin selepas ini PKR tidak akan relevan lagi dengan orang Melayu...Kalau PAS masih lagi bersama dengan perjuangan DAP maka akan tercapailah cita-cita ANWAR dan KARPAL SINGH untuk membina sebuah Republik....

Friday, February 13, 2009

KEGAWATAN EKONOMI

Salam,

Masalah kegawatan ekonomi pada tahun ini adalah lebih teruk dibandingkan pada tahun 1998. Masalah ekonomi ini bukanlah sahaja di Malaysia tetapi ini merupakan masalah global...oleh itu pekerja-pekerja yang telah diberhentikan pekerjaannya, janganlah menyalahkan kerajaan...usaha untuk mendapatkan pekerjaan semula oleh pihak kerajaan juga telah dibuat, namun pastinya tidak semua yang akan mendapat pekerjaan yang baru...

Jesteru, sebagai rakyat yang memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan, kita tidak sepatutnya berharap kepada kerajaan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah kita. Kita juga boleh berusaha sendiri untuk membiayai diri dan keluarga kita. Bila kita memperkatakan berusaha sendiri, perniagaan merupakan satu sumber pendapatan., usahlah kita impikan perniagaan bernilai jutaan ribu ringgit, tetapi perniagaan kecilan juga mampu menampung keluarga kita. Perniagaan seperti pondok burger atau perniagaan perkhidmatan seperti pembersihan pejabat-pejabat juga boleh mendapatkan hasil yang lumayan.

Untuk makluman pembaca, pihak kerajaan Melaka juga telah meminta agar pihak Kerajaan Tempatan mempermudahkan permohonan lesen perniagaan kepada pengangur...oleh itu, berniaga kecil-kecilan juga digalakkan oleh pihak kerajaan untuk menampung hidup kita...

Jelas, rezeki halal berada dimana-mana dan bukannya hanya di pejabat berhawa dingin semata-mata.Soalnya, apakah kita mahu mencari rezeki dengan apa cara sekalipun atau dengan menunggu rezeki datang bergolek?

Ia juga banyak bergantung kepada macam mana kita melihat peluang-peluang yang terbuka luas itu. Sekiranya kita melihat sebagai satu cara mencari rezeki yang halal, kita akan melihatnya sebagai satu peluang. Sebaliknya, sekiranya kita melihat pekerjaan tadi memenatkan, tidak menjana banyak wang atau memalukan, maka ia bukanlah pilihan sesuai untuk kita. Tepuk dada, tanyalah selera.....

Sunday, February 8, 2009

RAKYAT MELAKA MENDESAK AGAR TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP PENDERHAKA.....





Salam,
Gambar-gambar semasa perhimpunan Aman membantah kenyataan Karpal Singh terhadap Raja Melayu....
Kalau dulu mereka (Pakatan Rakyat) telah berjaya menghasut rakyat supaya membenci Pemimpin Barisan Nasional dan kini mereka sedang berusaha untuk menghasut rakyat membenci kepada Sultan....Mereka memang berhajat ingin menghapuskan Raja-Raja Di Malaysia ini dan cita-cita mereka akan tercapai untuk dijadikan Republik seperti di S'pore.....
SALAM PERJUANGAN!


Saturday, February 7, 2009

PERHIMPUNAN AMAN


SALAM,

WAHAI SAHABAT KU SEKELIAN, ATAS RASA KEINSAFAN DIATAS APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH KARPAL SINGH YANG CUBA UNTUK MENGHINA SULTAN MELAYU DAN SECARA LANGSUNG DIA JUGA TELAH MENGHINA MELAYU. SATU PERHIMPUNAN AMAN AKAN DIADAKAN PADA 8 FEB 2008 JAM 1200T/HARI DIHADAPAN MAHKOTA PARADE MELAKA.

SALAM PERJUANGAN!

Friday, February 6, 2009

BEZANYA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL

Kerajaan BN semasa kenyataan akhbar dikelilingi dengan orang-orang Melayu



Kerajaan Pakatan Rakyat semasa kenyataan akhbar dikelilingi Bangsa Lain




Salam,



Disini kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi samada Barisan Nasional memperjuangkan melayu atau Pakatan Rakyat yang menghina Melayu..Kalau kita lihat gambar di atas terbukti bahawa Pakatan Rakyat di control oleh bangsa lain yang cuba menghina orang melayu dengan mencabar kuasa Melayu yang ada pada Sultan...



Hari ini Datuk Seri Mohamad Nizar sanggup menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sekiranya pemerintahan diteruskan oleh Barisan Nasional...Pengerusi DAP yang sentiasa cuba menghina orang Melayu ,Karpal Singh mendakwa Sultan Perak bertindak diluar bidang kuasanya dan mereka akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak selasa ini.

Barisan Nasional amat menghormati Sultan kerana kekalahan PRU12 tempohari BN sedikit pun tidak derhaka dan mengata Sultan..Begitu juga di Terenggaunu tempohari, disebabkan pilihan MB dari Sultan dan Kerajaan Pusat berbeza maka BN akur kepada Sultan.

Saya amat yakin bahawa Allah maha berkuasa dan mungkin ini satu dugaan yg diberi oleh ia untuk kita semua (Melayu) sedar, bahawa bangsa lain telah cuba untuk menghancurkan Melayu ini dengan mencabar Sultan.

Wahai Presiden PAS & Mursyidul Am PAS sedarkanlah Nizar tu, yang dia tu sedang dipermainkan oleh bangsa lain..yang kononya menjadi tulang belakang dia...

Salam Perjuangan!

"TIADA SULTAN HANCURLAH MELAYU"

YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERKICIRAN

Salam,

Yes...dari satu bulan ke satu bulan aku menunggu yang si Anwar tu kata nak ambil tampok pemerintahan negara....seram sejuk juga bila kita tengok diaorang pergi melobi ahli parlimen agar masuk PKR, hinggakan BBC pergi luar negara pun depa duk hantar orang untuk lobi masuk PKR...Rupa-rupanya apa yang mereka kejar tak dapat tetapi yang dikendung pulak terlepas..

Alhamdulillah, akhirnya mereka sendiri bencikan pemerintahan Pakatan Rakyat. Yang lompat parti ke Bebas dan BN tu semua bukan kecik anak lak tu..semuanya bukan ADUN biasa..exco-exco dan Timbalan Speaker lagi, jelas kita dapat lihat orang-orang kanan mereka sendiri tak percaya dengan mereka.

Setelah perkara seperti ini berlaku puak-puak pembangkang duk kata BN bagi rasuah agar mereka lompat parti...dari segi logiknya tak masuk akal pun kalau BN nak bagi rasuah kat mereka..Masa Adun mereka kena tangkap kes rasuah dan perempuan cina, perkataan pertama yang dilontarkan pada BN dia kata, "ini semua adalah rancangan yang diaturkan oleh BN". Kalaulah aku yang kena tangkap tu, sudah pasti aku langsung tidak percayakan BN dan sudah pasti aku akan lawan habis-habisan kerana ini merupakan maruah aku. tetapi terbalik pulak...

Yang pastinya mereka lompat parti bukanlah kerana mereka diberi rasuah cuma mereka dah sedar yang mereka telah ditipu oleh Pakatan Rakyat...Next negeri mana lak yer......?

Tuesday, February 3, 2009

ANAK-ANAK MENJADI MANGSA

Pintu sekolah tabika yang telah dikunci dengan rantai motosikal

Anak-anak tabika di kuala Sungai Pinang Balik Pulau
beralaskan tikar untuk menuntut ilmu.

Salam,


Alangkah kejamnya kerajaan DAP di Pulau Pinang yang sanggup megunci sekolah tabika disebabkan politik berlainan. Yang sedihnya DAP yang berasaskan parti kominis ini didalangi oleh orang melayu kita. Difahamkan bahawa sekolah tersebut telah dikunci oleh JKKK dengan menggunakan rantai motosikal dan memaksa pelajar dan guru tersebut mengosongkan bangunan. JKKK tersebut umpama dalang yang berlakon didalam filem "SJN HASAN" kerana gilakan seorang betina bernama Sadiah, Saleh Kamil sanggup menjadi ampama kominis.


Hasrat DAP di Malaysia ini bukan sahaja ingin melumpuhkan ekonomi orang melayu tetapi hari ini mereka cuba membuat agar melayu tidak mempunyai pendidikan tinggi. Itu sebab dia berani mengarahkan mengunci bangunan tabika yang rata-ratanya orang melayu dan ibubapa yang berpedapatan rendah. Itupun Melayu PAS dan PKR masih lagi mengagung-agungkan DAP. Kalau udah berasaskan kominis, perasaan untuk menghancurkan melayu tetap ada dan berlainan dengan sikap UMNO yg sentiasa prihatin terhadap rakyat yang tak kira parti. Kalau di Melaka, terdapat juga sekolah PASTI yang dibuka. Tetapi kerajaan Melaka beranggapan sekiranya bangunan tersebut tidak melanggar peraturan bangunan maka tempat belajar tersebut boleh diteruskan. Tidak terdapat kes-kes di Melaka, kerajaan Melaka mengarahkan pelajar tabika itu belajar dibawah pokok.


Wahai DAP, PKR & PAS


Hentikanlah tindakkan bermotifkan politik. Jangan jadikan anak-anak cilik yang tidak faham maksud politik di politikan. Izinkan mereka menuntut ilmu di dalam suasana selesa.


SALAM PERJUANGAN!

Monday, February 2, 2009

KERAJAAN PAKATAN YANG TIDAK DEMOKRASI


Salam,

Kerajaan Pakatan Pembangkang hari ini bertambah kalut apabila 2 Adun PKR yang telah menghilangkan diri dan dijangka akan menyertai BN. Kalut semakin bertambah apabila mungkin timbalan speaker negeri Perak juga dijangka akan menyertai MCA..Rujuk didalam dada akhbar hari ini DS Najib meminta kita tunggu dan lihat sahaja ada lagi beberapa Adun pembangkang akan menyertai Barisan Nasional. Akhirnya Adun pembangkang telah sedar permainan politik kotor Anwar Al-Juburi itu...Insyaallah.

Semasa kemasukan Adun Bota ke PKR merka mengatakan ini negara demokrasi tetapi semasa 3 orang Adun PKR nak masuk Bn dia kata Adun tersebut sudah letak jawatan pulak...Apabila kita renung kembali semasa Adun Bota menyertai PKR, Barisan Nasional hanya merayu sahaja kepada Adun tersebut tetapi semasa wakil rakyat mereka menyertai BN mereka membuat pelbagai huru-hara. Kalau macam inilah kekecohan yang melanda, saya yakin sekiranya PKR menjadi pemimpin negara, makin huru-hara lah negara kita ini. Rakyat juga dah rasa jemu dengan permainan politik PKR yang ayik membuat keadaan huru-hara. Baru-baru ini kerajaan Selangor dan Anwar Ibrahim telah menangung upacara pengebumian Kugan...tetapi malangnya apa penyokong Kugan buat? Berarak menghina orang melayu dan Polis yang majoritinya Melayu.

Sama-sama kita doakan agar Adun Pembangkang yang lain akan sedar perbuatan jahat PKR itu....SAlam PErjuangan !

Thursday, January 29, 2009

JANGAN HAPUSKAN SEMANGAT PELAPIS UMNO

Salam,

Cadangan daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO supaya sayap-sayap UMNO dimansuhkan adalah satu perkara yang mustahil. Idea yang dilontarkan beliau itu supaya UMNO dapat menyusun semula pertubuhan politik yang dianggotai oleh lebih 3 juta ahli dan gejala politik wang didalam parti boleh dibendung jika pemilihan parti dapat dikurangkan.

Pemimpin ahli UMNO janganlah mudah lupa kepada jasa dan sumbangan sayap-sayap UMNO. Jangan disebabkan UMNO dihimpit masalah kekurangan pengaruh orang Melayu, sayap-sayap ini dijadikan tempat melongokkan kelemahan dan kesalahan parti. Perasaan barisan pelapis perlu dijaga. Kesetiaan mereka menyertai UMNO tidak perlu dipertikaikan.

Bagi saya, UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan menghapuskan sayap-sayap UMNO. Kerana kita harus bimbang satu hari nanti tiada lagi golongan muda yang mendekati UMNO.Trend pengundi muda boleh kita lihat didalam PRU12 tempohari, pengundi muda lebih cenderong kepada parti pembangkang. Jadi UMNO perlu mendekati golongan muda dan memahami apa kehendak mereka, bukan mengenepikan mereka atas perbuatan politik wang golongan lebih senior daripada mereka.

Oleh itu kesimpulan dari itu, politik wang harus dihapuskan, tetapi bukan dengan cara memusnahkan sayap-sayap........SALAM PERJUANGAN!

Tuesday, January 27, 2009

KERAJAAN BN MELAKA MASIH KUAT


Salam,

Walaupun kita kehilangan satu wakil rakyat Dun Bota di Perak tetapi saya amat yakin keputusan adun tersebut adalah keputusannya sendiri dan bukan keputusan rakyat. Y.B Datuk Nasaruddin Hashim Adun Bota itu difahamkan bahawa beliau merajuk di atas keputusan pemilihan Umno di Bahagian beliau, yang mana beliau telah kalah untuk menjadi Ketua Umno Bahagian tersebut, oleh itu beliau membuat keputusan untuk menyertai PKR. Si bodoh ini bukanlah seorang pejuang sejati, beliau adalah pejuang yang ingin kedudukan.

Walaubagaimana sekalipun saya amat berbangga dengan Ketua Menteri Melaka yang bekerja keras di Melaka ini. Jangan kita duk hiraukan yang wakil rakyat Bota itu, keputusan beliau adalah keputusan perseorangan dan bukan seperti di Musai Bukit Baru Melaka yang mana keputusan berkumpulan di mana 40 orang ahli PAS telah menyertai Umno yang diketuai oleh Sdr Ismail Bin Tompang. Sdr Ismail telah menyertai PAS selama lebih 20 tahun dan hari ini beliau berasa hampa dengan perjuangan PAS yang tiada hala tuju itu.

Sebagai anak Melaka saya amat yakin di bawah kepimpinan Y.A.B Ketua Menteri Melaka sekiranya berlaku ombak perubahan seperti PRU 12 tempohari, Melaka akan tetap dibawah kerajaan BN. Rakyat Melaka amat terhutang budi dengan kerajaan BN dengan pembangunan dan kemakmuran yang ada di negeri ini. sekiranya tuan-tuan ke Melaka, sdr bolehlah saksikan sendiri kehebatan pembangunan yang dihasilkan oleh kerajaan BN Melaka, saya yakin sdr akan datang untuk kali kedua.

Pantun wajib negeri Melaka:



"KAPAL DAGANG DARI SEBERANG,
BAWA MUATAN KAYU MERANTI,
DARI JAUH TUAN-TUAN DATANG,
KAMI ORANG MELAKA SEDIA MENANTI"

Salam perjuangan!

Wednesday, January 21, 2009

PAS TERPEDAYA OLEH DAP

BAKAL-BAKAL USTAZ DAP

Salam,

Samada PAS sedar ataupun tak sedar, selepas ni Menteri Besar di Perak dan Selangor terdiri dari orang DAP. Semalam Presiden DAP telah mengumumkan bahawa, selepas ini mereka akan membanyakkan lagi pembukaan cawangan di kalangan orang melayu dan mereka juga akan memperbanyakkan lagi calon-calon wakil rakyat dari kalangan Melayu dan juga dikalangan ustaz.

Kalau kita melihat statistik keputusan PRU 12 tempohari, kedudukan PAS bukanlah kuat sangat pun. Keputusan PRU12 tempohari di Dewan Undangan Negeri:

Perak (BN=28 ;PAS=6 ; DAP=18 ;PKR=7)
Selangor (BN=20 ; PAS=8 ; DAP=13 ; PKR=15)

Saya yakin selepas ini Pakatan Rakyat akan meninggalkan PAS yang selama ini menjadi tungangan DAP semata-mata. Ini merupakan strategik DAP untuk mereka menerajui negeri-negeri dan DAP sedar bahawa Menteri Besar hendaklah dikalangan Melayu dan Islam, oleh itu mereka sangup meletakkan calon yang akan bertanding nanti dari kalangan melayu dan ustaz, yang penting misi penubuhan Republik Malaysia akan tercapai. Saya juga tertarik dengan statement yang dikeluarkan bahawa sekarang ini terdapat seorang ustaz yang akan menyertai DAP dan ini menunjukkan bahawa ustaz ini bersetuju dengan DAP yang selama ini tidak menerima hukum hudud dan qisas dan tidak mahu mengujudkan negara ini berkonsepkan islam.....

Terfikir sejenak dengan kata-kata Y.B Dato' Seri Khir Toyo, apabila beliau menerima keputusan PRU 12 tempohari. Beliau telah mencadangkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali agar PAS dan UMNO digabungkan di Selangor, dan beliau mahu jadikan Selangor merupaka negeri contoh yang pertama penyatuan Melayu. Y.B Dato' Seri Khir juga telah menawarkan agar sekiranya bergabung Menteri Besar dikalangan PAS. Malangnya kerana PAS terlalu sayangkan DAP, mereka tidak pedulikan penyatuan Melayu. Sekarang saya yakin, barulah PAS sedar permainan licik yang dilakukan oleh DAP...

Sekian...Salam Perjuangan




Tuesday, January 20, 2009

PAS DERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


Salam,

Pada minggu lepas Raja Dr Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap penempatan semula kampung-kampung baru yang telah mencuri hak tanah kepunyaan melayu. Titah Raja Nazrin bahawa penempatan semula yang melibatkan seramai 400,000 penduduk cina setinggan menimbulkan perasaan kurang senang terhadap Raja-Raja Melayu kerana orang-orang Melayu sendiri masih banyak lagi tidak bertanah.

Jelas kita dapat lihat bahawa Menteri Besar Perak tidak memperdulikan langsung titah dari Raja Muda Perak itu. PAS sanggup mengadaikan ketuanan Melayu kerana inginkan pengaruh DAP atau PAS hanya boneka DAP sahaja. HAri ini PAS tidak boleh mengawal exco kerajaan Perak walaupun titah Raja-Raja Melayu telah disuarakan. MB Perak memberi alasan bahawa ini adalah keputusan exco dan kita semua sedia maklum bahawa exco kanannya merupakan kaum cina dari DAP yang ingin sangat menghancurkan Melayu.....

Kalau setakat nak jadi MB tapi hidung ditindik oleh orang Cina, apa kah maknanya?.................

Monday, January 19, 2009

NASIB POLITIK MELAYU DICATUR OLEH BANGSA LAIN


Salam,


Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu telah selesai. Alhamdulillah sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku di sana. Barisan Nasional hari ini menerima hakikat kemenangan di pihak PAS dan BN akur dengan kehendak rakyat pada hari ini. PRK ini juga boleh dijadikan batu pengukur untuk kedua belah pihak, samada PAS ataupun UMNO. Yang pastinya yang menang akan mengatakan yang mereka bertambah kuat tetapi yang kalah pula dikatakan parti itu ditolak oleh masyarakat.


Sepanjang pemerhatian saya semasa PRK Kuala Terengganu ini bahawa samada kita sedar ataupun tak sedar bahawa setiap kali PRU atau PRK terdapat dalang yang menjadikan ini sebagai sumber mereka mencari rezeki. Mereka memperjudikan keputusan pilihanraya ini.

PENYOKONG PAS BANGSA CINA MEMAKAI IKAT KEPALA YANG TERTULIS KALIMAH "LAILAHAILLAH"

Untuk makluman pembaca sebelum saya ke Kuala Terengganu tempohari, saya telah pergi ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta saya. Semasa menunggu tayar kereta saya di tukar, saya didatangi oleh seorang berbangsa cina. Beliau bercerita keadaan politik di PRK Kuala Terengganu, dan beliau berani mengatakan kepada saya yang PRK Kuala Terengganu akan dimenangi oleh pihak PAS kerana ramai kaum dari golongan mereka mempertaruhkan jumlah yang begitu tinggi sehingga mencicah Rm100,000.00 sekiranya kemenangan di pihak PAS. Terfikir saya sejenak, apabila mengenangkan PRU yang lalu berlaku di Parlimen Kota Melaka. Selama 35 tahun Parlimen Kota Melaka tidak pernah di menangi oleh BN tetapi dengan pertaruhan judi yang terlalu tinggi pada tahun 2004 BN menang di PArlimen Kota Melaka.


Kesimpulan dari itu, sebenarnya kemenangan pihak PAS, PKR mahu pun BN adalah disebabkan perjudian diantara kaum lain. Oleh itu, sahabat ku sekelian janganlah kita membiarkan bangsa lain mengambil kesempatan mencaturkan politik Melayu di bumi Malaysia tercinta ini. Apalagi yang ada pada kita sekarang ini, hanya politik sahaja yang akan menentukan nasib agama dan bangsa kita...Sekiranya politik orang melayu boleh dicatur oleh bangsa lain, maka satu hari nanti bukan sahaja UMNO tetapi PAS juga takkan relevan lagi di Malaysia ini.....Salam Perjuangan...........

Thursday, January 15, 2009

RAKYAT MELAKA MEMBANTAH KEGANASAN ISRAEL

Ahli-Ahli Panel Forum Kegansan Israel Terhadap Palestin

Kehadiran Rakyat Melaka melebihi 10,000orang membantah Israel




"HANCUR!HANCUR!HANCUR ISRAEL!

HANCUR!HANCUR! HANCUR YAHUDI

HIDUP! HIDUP! HIDUP PALESTIN

HIDUP! HIDUP! HIDUP GAZA

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

Salam,

Saya amat terkejut dan tergamam apabila melihat hampir 10,000 orang berkumpul di dewan MITC sambil melaungkan kata-kata mengecam Israel....Tidak disangka dengan hanya dalam tempoh tiga hari sahaja rancangan untuk berkumpul dan membantah serangan Israel terhadap Palestin mendapat sambutan diluar jangkaa
n....Acara bermula dari jam 900 pagi bermula dengan memijak bendera Israel, menendang muka Perdana Menteri Israel yang diletakkan pada belon, menanda tangan kain rentang sepanjang 70 kaki, forum membantah kekejaman Israel dan membakar bendera Israel....
Perasaan Belia Melaka yang terlalu marah terhadap Israel

Belia-belia Melaka memijak bendera dan patung gambar PM Israel



Perhimpunan ini juga mendapat sambutan dari rakyat Palestin yang menuntut di Melaka..Pelajar dari Palestin ini amat terharu dan terasa terhutang budi dengan Kerajaan Melaka di atas sokongan kepada mereka...Saya mendapat sms dari salah seorang pelajar Palestin yang mengatakan yang mereka amat terhutang budi dengan Kerajaan Melaka yang bersungguh-sungguh membantah serangan Israel terhadap Palestin. Mereka mengatakan yang mereka merasakan Melaka adalah second home mereka yang mana Kerajaan Melaka sentiasa mengambil berat masalah mereka.

Marilah kita sama-sama bertafakur sejenak dan memikirkan nasib rakyat Palestin yang sekarang ini di dalam tekanan dan sama-samalah kita berdoa agar kekejaman rakyat Israel dapat dihentikan dan kita berdoa agar negara kita tercinta dilindungi dari perkara-perkara seperti di bumi Palestin...Salam Perjuangan!

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."