Wednesday, November 26, 2008

GARA-GARA SAYANGKAN DAP ANWAR SETUJU JUAL ALKOHOL



Salam,



Akibat terlalu sayangkan rakan kongsinya DAP dan dasar kesamarataan, Anwar Ibrahim bersetuju agar penjualan arak boleh dijual di 7 eleven dan kedai kopi di Selangor. Anwar berkata "tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kami tidak mengalakkan orang Islam minum alkohol dan makan babi"



Mengikut kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua pula PAS jangan berlaku bongkak kerana berkeras membantah penjualan arak di kedai kopi dan sebagainya di Selangor. Mengikut si setan ni, bantahan dari PAS ini akan melemahkan Pakatan Rakyat...



Nampaknya DAP sekali lagi nak hapuskan islam sedikit demi sedikit. Tulisan jawi di papan tanda diturunkan, pembesar suara masjid di Selangor di perlahankan, DEB hendak dihapuskan,arak boleh dijual di Selangor, kandang babi diperluaskan lagi pada negeri Kedah pula dan pelbagai lagi...



Berani saya mengatakan disini, saya yakin PAS akan tetap jaga hati rakan kongsinya juga, dan Pas akan hentikan bantahan terhadap penjualan arak pada januari 2009. Selama ini Nik Aziz selalu mengulas isu seperti "ORANG UMNO SEPERTI ORANG UTAN, ORANG UMNO KAFIR KERANA BERKONGSI KUASA DENGAN ORANG KAFIR "...Bagaimana sekarang pulak tok guru oi....tak berani pulak cakap PKR tu kafir....



Sekurang-kurangnya kerajaan Barisan Nasional telah menetapkan sekiranya ingin menjual arak di pub atau di mana cafe mereka kena minta izin dahulu dan PBT akan mempamerkan di dalam akhbar tentang permohonan tersebut dan sekiranya ada bantahan, pihak kerajaan tidak akan meluluskan. Kami bukan macam Anwar terus mengalakkan sehingga kedai kopi pun tak kisah...adakah mereka tahu kesan kepada generasi muda kelak.....Inilah dia akibat kesamarataan yang di laungkan oleh Anwar sehingga sanggup melupakan bahawa negara ini negara Islam.......

Tuesday, November 25, 2008

KERANA TAK IKUT KEHENDAK CINA PERSURUHJAYA PAS II SELANGOR DIPECAT....

Salam,

PAS Selangor yang diketui oleh Persuruhjaya Pas Negeri Selangor Datuk Dr Hassan Mohamad Ali telah mengugurkan Persuruhjaya Pas 11 iaitu Y.B Khalid B Abdul Samad. Beliau juga telah memecat Ketua Penerangan Pas Selangor iaitu Y.B Shaari b Sungib. Kedua-dua mereka ini telah digantikan oleh Dr Che Rosli B Che Mat dan Sdr Roslan B Shahrir.

Y.B Khalid dan Y.B Shaari merupakan wakil rakyat yang begitu lantang bersuara untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Malangnya kelantangan mereka ini rupanya salah tempat, sehinggakan mereka terpaksa dilucutkan jawatan demi untuk DAP. Kedua-dua mereka ini telah mempertikaikan perlantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar, dan mereka juga telah pertikaikan peruntukan Rm10 juta untuk rumah ibadat bukan islam.

Memang sah hari ini PAS terikut-ikut rentak Cina, mereka lebih pentingkan bangsa lain dari bangsanya sendiri. Pas mahu saf kempimpinan mereka selari dengan kemahuan pakatan pembangkang. Kalau dulu dia kata haram berkongsi kuasa dengan bangsa lain tapi hari ini dah tak haram pulak...mereka ini cakap tak serupa bikin ar....

Monday, November 24, 2008

LETAK JAWATAN JIKA SKANDAL SEKS DAN RASUAH...



Salam,


Saya amat tertarik hati apabila membaca statement yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin. Beliau berkata wanita PKR akan mengusulkan agar Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah meletak jawatan sekiranya terbabit dalam skandal seks dan rasuah yang akan dikemukan pada Kongres Nasional Wanita PKR yang akan diadakan pada 28 November ini. Kononnya Ketua Wanita PKR itu tidak mahu ada pemimpin PKR terlibat dalm skandal seks dan rasuah, kita mahu pemimpin yang bersih.


Nampaknya PKR ingin pemimpin yang bersih dikalangan mereka, persoalannya adakah mereka sanggup menerima segala keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman keatas pesalah. Selalunya mereka (PKR) akan cuba menafikan apa yang mereka telah buat dan mereka menuduh pulak dengan mengatakan ini semua "KONSPIRASI POLITIK". Setahu saya diaorang ni semua mana percayakan mahkamah, cakap diaorang jer betul. Itu sebab kes liwat Anwar dia kata konspirasi. Mereka menganggap bahawa Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya seperti "maksum". Jadi kalau Anwar takpe...mungkin Anwar dikecualikan dari tindakan letak jawatan sekiranya terlibat.


p/s Macam mana nak dapat pemimpin bersih kalau Anwar sendiri tak bersih...PKR pandai cakap jer bila tang Anwar tak pe...


MELAYU DI UJI LAGI....

Salam,

Hari ini kita melayu sekali lagi diuji oleh Ketua Mentari Pulau Pinang, dengan lantang Lim Guan Eng tiadak akan berganjak untuk meneruskan pemasangan papan tanda pelbagai bahasa. Mereka seolah-olah bersifat angkuh dan sombong, dengan tidak mengabil kira pandangan masyarakat melayu di Penang. Rakyat Pulau Pinang kena bertindak kerana ia sememangnya menguris hati orang melayu.

Secara tidak langsung, Lim Guan Eng berasa amat bahgia kerana orang Melayu PKR dan PAS langsung tidak komen tentang masalah papan tanda. Hari ini melaka juga telah di nobat sebagai negeri warisan dunia oleh unesco, tetapi Ketua Menteri Melaka tetap membuat keputusan bahawa segala sign board negeri Melaka menggunakan bahasa kebangsaan.

p/s tahniah dan syabas YAB Ketua Menteri Melaka..jangan ikut rentak mereka.....


Friday, November 21, 2008

CONFIRM PAS DAN PKR TAKUT PADA DAP....

Salam,

Confirm dah PAS dan PKR ini tak takut pada Allah tapi dia lebih takut kepada rakan kongsi kuasanya. Itu sebab mereka ini perjuangkan perkara-perkara kebajikan kepada bangsa cina jer. Saya amat terperanjat apabila membaca budget yang dibentangkan oleh MB Perak.

Menteri Besar mengatakan bahawa kerajaan negeri akan memperuntukkan pemberian 1,000 hektar tanah untuk Sekolah Agama Rakyat, dalam masa yang sama juga Menteri Besar Perak membentangkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan 1,000 hektar tanah untuk sekolah persendirian cina.

Persoalannya : Kenapa apabila untuk sekolah agama rakyat belum ada keputusan dan kerajaan negeri "akan" meluluskan tanah. Adakah Exco-exco Perak yang diduduki majoritinya orang bangsa lain maka Menteri Besar tidak boleh buat keputusan?

Disini kita dapat lihat perbezaannya, untuk sekolah persendirian cina diluluskan manakala sekolah agama rakyat akan diluluskan. Kita semua sedia maklum sekolah persendirian cina biasanya dikenali dengan sekolah yang mempunyai dananya sendiri, mantap dan sistem pembelajarannya yang modern berbanding dengan sekolah agama rakyat. Para pelajar sekolah persendirian cina juga merupakan anak orang yang berada berbanding dengan sekolah agama rakyat. Jadi, adakah sekolah yang mempunyai sistem yang moden dan mempunyai ekonomi yang mantap perlu dibantu sepenuhnya?....Jelas kita dapat lihat bahawa walaupun PKR dan PAS yang memerintah negeri, sebenarnya mereka takut pada DAP dari Allah.

Yang si Hindraf ni, tak pulak di buat demonstrasi memperjuangkan hak mereka. Bila tang UMNO dia buat kecoh, habis satu dunia tahu. Sekarang ni MB Perak tak peruntukkan tanah kat sekolah Tamil, tak nak pulak dia buat kecoh....Kesimpulan kerajaan PAS dan PKR ni takut pada DAP dari Allah.....

SALAM PERJUANGAN........................

Thursday, November 20, 2008

LAGI-LAGI BABI....




Salam,

Dalam penulisan yang lalu kan dah saya katakan kalau Barisan Alternatif lah yang memerintah Malaysia ni setiap negeri akan di buatkan kandang babi. Itulah gara-gara berkongsi kuasa dengan DAP. Orang DAP memang tak hormat langsung pada orang kita, yang penting depa senang. Itupun orang PAS duk agung-agungkan DAP.

Apabila dapat jer memerintah Selangor, MB Selangor terus ingin membelanjakan wang rakyat sebanyak Rm100 juta utk membangunkan kandang babi. Hari ini di Kedah pula nak membuat kandang babi yang boleh membuatkan sebanyak 46,000 ekor. Selepas ni kita boleh tengok Selangor dan Kedah akan jadi pengeksport babi terbesar di Asia.

Entah mengapa MB Kedah seolah-olah terdesak sangat untuk membuka kandang babi di Kedah.tak kan lah nak ikut macam MB Selangor kot. Kalau tidak buka tak boleh kah? Atau depa ni semua boneka DAP. Kalau pun nak sejahtera janganlah sampai nikmat babi yang diberi untuk rakyat Kedah. Banyak perkara lain lagi yang boleh diberi untuk jadikan "KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA"
Salam perjuangan.............

















Wednesday, November 19, 2008

MELAYU DIHINA LAGI

Salam,

Hari ini kita dikejutkan sekali lagi apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang memperlekehkan pasukan keselamatan. Umum semuanya tahu bahawa pasukan keselamatan PDRM dan ATM adalah 95% dari orang melayu. Saya terasa apabila melihat statement yang dikeluarkan oleh Penasihat DAP itu, kerana saya ini dibesarkan oleh hasil dari titik peluh anggota keselamatan dan saya tahu betapa susahnya hidup sebagai anak anggota keselamatan yang sering di tinggal bapa kerana bertugas di perantauan. Sebagi anak anggota keselamatan, saya tahu betapa rungsingnya hati ibu saya apabila bapa saya bertugas di perbatasan. Orang DAP hanya memikirkan kemewahan semata-mata manakala anggota keselamatan asyik dihina sahaja.

Ramasamy pun cuba menghina orang melayu, tetapi dia tak berani cakap berterus terang kerana dia mengatakan orang UMNO yang mengoyakkan permohonan orang-orang bangsa lain untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Ungkapan Ramasamy ini boleh membuatkan orang benci pada UMNO dan orang PAS dan PKR pulak tepuk tangan kerana UMNO dituduh oleh Ramasamy ini. Dia tahu kalau di gunakan perkataan "Melayu yang mengoyakkan permohonan bangsa lain" akan mencetuskan perpecahan antara pakatan rakyat oleh itu dia jadikan UMNO sebagai tempat dituduh. Melayu PAS dan PKR tak perasan agaknya yang Ramasamy cuba menghina melayu kot...

Percubaan untuk menghina melayu ini ditambah lagi apabila kepala babi diletakkan dihadapan rumah orang melayu di Melaka. Sedangkan mereka tahu bahawa melayu memang sensetive tentang masalah babi. Itu pun saya menerima balasan email dari kawan-kawan melayu pembangkang menyokong pulak perbuatan mereka. Hairanlah kenapa hati mereka tertutup sehinggakan masalah babi diletakkan didepan rumah disokong oleh melayu pembangkang...

Masalah pengkid juga yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa pun telah diperkotak-katikkan oleh mereka. Mereka mengadakan demonstrasi dan membantah keputusan majlis fatwa.

Cis...kurang ajar, baru memerintah 5 negeri dia dah sanggup menghina kita...kalau menerajui Malaysia, saya rasa habislah melayu semua..PAS dan PKR pun dah tak boleh nak buat apa-apa ikut jer telunjuk DAP, itu sebab PKNS yang ditubuhkan dalam DEB untuk orang Melayu tetapi hari ini dia serahkan pada bangsa lain...bodohlah diorang ni...Sedarlah wahai sahabat ku sekelian, bangsa lain dah cuba menghina kita MELAYU, satu persatu mereka cuba pertikaikan kita. Kalau Melayu pembangkang tak sedar jugak, aku pun tak tahulah...

Salam Perjuangan.....................

DEMI DAP APA SAJA BOLEH.....




salam,

Kalau dulu Pas berkata : "ORANG-ORANG ISLAM YANG BERKONSI KUASA DENGAN ORANG-ORANG KAFIR UNTUK MEMERINTAH NEGARA ADALAH MENJADI KAFIR ATAU HARAM" tetapi sekarang mereka berkongsi kuasa dengan DAP tak haram pulak.

Siasah Daily melaporkan,hasrat untuk membolehkan orang bukan islam menyertai Pas, bakal menjadi kenyataan.Datuk Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan berkata "Ia patut disegerakan" manakala Presiden Pas Datuk Abdul Hadi B Awang berkata "sudah sampai masanya". Kedua-dua tokoh Pas ini sudah menghalalkan semua yang dikatakan haram..

Persoalannya: Apabila Pas dah dibuka ahlinya kepada orang bukan islam, adakah kongsi kuasa Pas ini haram? Saya berasa hairan Pas sanggup berbuat baik kepada Dap dari bangsanya sendiri...Saya harap pejuang Pas, baliklah kepangkal jalan, kerana apa yang saya lihat Pas dah lari dari perjuangan sebenar.

Kenapa hudud tak diperjuangkan lagi, hari ini 3 buah negeri dibawah pemerintahan Pas, tak nampak pun hukum hudud di perjuangkan lagi.Saya rasa mereka ni semua takut dengan Dap kot atau mereka takut undi cina lari..

Monday, November 17, 2008

Anak Kecil Main Api


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kini cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Ulang Chorus
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Sunday, November 16, 2008

PERJUANGAN MEREKA MEMANG BABI....

Salam,



Teresa Kok bersama penyokongnya sedang memotong babi yang telah dipanggangnya, meraikan kemenangan mereka terhadap 5 buah negeri....Nasib baik pemimpin Pas tak meraikan sekali....Itu sebab Teresa Kok marah bila dia dalam penjara makan macam makanan itik, rupanya dia nak makan babi dalam penjara...



Setelah menang sahaja PRU 12 tempohari, DAP dengan rakusnya telah memaksa kerajaan PKR di Selangor untuk membuka ladang babi. Kami di Melaka nak hapuskan babi, tapi di Selangor Menteri Besarnya nak menternak babi pulak..Agaknya kalau PKR yang menerajui Malaysia ini, saya yakin ladang babi akan dibukanya di setiap negeri. Saya dah tak faham penyokong melayu PKR dan PAS, orang macam ni yang diagung-agungkan.



Tahniah saya ucapkan kepada penyokong PKR dan pengikutnya......



DEMI POLITIK, APA SAJA BOLEH......

Salam,



Demi politik, Pas sanggup mengadaikan maruah perjuangannya. Sebelum ini kononnya mereka inii berjuang untuk islam tapi la ni......"Memandangkan bilangan sokongan mereka tinggi, adalah lebih baik kita membuka keahlian Pas dan menjadi sebahgian dari organisasi Pas" kata Dr Mujahid Rawa






Kini Gobala merupakan Ketua Kelab Penyokong Pas Kaum India manakala Y.B Wong Kar Wah merupakan calon Ketua Kelab Penyokong Pas kaum Cina....Kedua dua mereka ini merupakan wakil dari parti yang selama ini memusuhi agama kita....tapi demi politik apa saja pun tak kisah....


Oleh itu, jelas kita dapat lihat inilah parti Pas, yang kononnya perjuangkan agama dan bangsa....









Saturday, November 15, 2008

CINA KURANG AJAR...BABI....



Salam,


Buletin Utama malam ini kita telah dikejutkan lagi dengan kerakusan bangsa cina dengan meletakkan daging babi di hadapan rumah pemantau penernak babi de melaka. Sikap orang cina ini seolah cuba mencabar kemarahan orang melayu dan mencabar kesucian agama islam. Saya yakin dan percaya tindakan penternak babi ini didalangi oleh parti DAP yang diangungkan oleh PAS dan disanjungi oleh PKR.



Ayuh...pemuda sekelian janganlah kamu semua leka, sedangkan bangsa lain telah menghina bangsa kita dan agama kita. Jangan biarkan agama dan bangsa kita dihina...Sekarang ini parti yang disanjungi PKR dan PAS, dengan rakusnya telah menunjukkan mereka ingin melenyapkan islam di Malaysia.....

Thursday, November 13, 2008

JAWATAN PM SOKONGAN MAJORITI

Salam,



Dalam buliten utama malam tadi Tun Dr Mahathir telah membayangkan bahawa jawatan Perdana Menteri boleh dikalangan bukan Melayu. Bagaimanapun proses itu memakan masa yang agak lama.



Saya yakin dengan pandangan TDM itu kerana bangsa lain sanggup bersatu dan mengenepikan fahaman politik masing-masing.Setelah puas kita mendengar DAP cuba menuntut hak untuk bangsa mereka dan sekarang MCA juga menuntut yang sama. Permintaan mereka senada sahaja.Mereka begitu konsisten memperjuangkan hak mereka. Apabila mereka berkuasa kelak, saya yakin perlembagaan pun akan diubahnya. TDM juga telah membuktikan pada kita semua, yang keistimewaan raja-raja juga telah dihadkan pada masa pemerintahan beliau. Apatah lagi sekiranya negara ini dikuasai oleh mereka yang bukan bangsa melayu.



Sayangnya melayu tetap berpecah, sedangkan bangsa lain telah mengambil kesempatan dari perpecahan kita. Nampaknya seolah-olah UMNO sahaja yang cuba nak perjuangkan nasib Melayu, PAS asyik mengutuk UMNO dan memuji kawan karibnya DAP. PKR pula cuba nak jadi hero memperjuangkan nasib kaum lain, sedangkan kaum sendiri pun tak terbela.



Melayu tetap leka kerana beranggapan yang kita dilindungi dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Jika melayu tidak bersatu, jangan salahkan kaum lain sekiranya Perdana Menteri dari kaum yang lain. Oleh itu marilah kita bersatu untuk mempertahankan ketuanan Melayu....

Wednesday, November 12, 2008

POLITIK WANG..

Salam,

Hari-hari tersiar di dada akhbar masalah politik wang yang melanda dikalangan calon-calon yang ingin tempat atau mengekalkan jawatan dalam umno malaysia.Saya berasa menyampah dan malas hendak baca kononnya masalah politik wang yang melanda umno...

Persoalannya adakah politik wang ini melanda pada ahli umno sahaja? atau isu politik wang ini sahaja digembar-gemburkan oleh akhbar tempatan?...saya yakin dan percaya masalah politik wang yang digembar-gemburkan oleh akhbar tempatan adalah tidak seteruk mana pun dan mereka cuma nak mencari publisiti.

Setelah bosan membaca masalah politik wang di dada akhbar tempatan yang seolah-olah akhbar pembangkang setiap hari, saya menyelar kepada media masa yang cuba nak mencari publisiti dan tidak mustahil diantara mereka ingin menghancurkan umno itu sendiri.Saya menyeru kepada Majlis Kerja Tertinggi, agar dapat bersuara dan meminta agar akhbar tempatan dapat menghentikan isu-isu politik wang kerana isu-isu yang akan dibaca oleh setiap orang di dunia dan dengan sendirinya mereka memandang umno itu jijik. Presiden/Timbalan Presiden Umno harap dapat menghalang isu-isu politik wang dikeluarkan di akhbar setiap hari.

Saya juga yakin bahawa politik wang ini bukan sahaja melanda di UMNO, malahan politik wang ini juga berlaku pada PAS, PKR, DAP dan lain-lain.Janganlah kita duk asyik kononnya nak bersihkan umno tetapi kita membuat masyarakat kampung menyampah pada umno dan menganggap orang UMNO ini perasuah.

Bagi saya setiap calon yang ingin menawarkan diri untuk bertanding apa jua jawatan tidak salah membawa perwakilan untuk berjumpa dan belanja makan, kerana dengan perjumpaan itu kita dapat menilai calon.Dengan perjumpaan ini barulah kita boleh mengenali calon dengan lebih dekat lagi.

Sekali lagi saya menyeru kepada Majlis Kerja Tertinggi Dan Lembaga Displin agar tidak mudah mengeluarkan isu politik wang di akhbar tempatan.Sekiranya perkara ini diteruskan saya percaya umno akan hancur dengan sendirinya...SALAM PERJUANGAN

Tuesday, November 11, 2008

UNTUK PERKUKUHKAN UMNO.....

Salam ,

Dengan kajian yang saya lihat pada hari ini, rata-rata masyarakat melayu masih sayangkan UMNO ..mereka juga tahu bahawa selama ini mereka dibesarkan dibawah hasil perjuangan nenek moyang mereka yang telah memperjuangkan UMNO..Oleh itu, ini merupakan cadangan yang saya fikir UMNO perlu laksanakan demi untuk memastikan bahawa UMNO masih relevan:

1) PUTERA UMNO

Apabila kita lihat PRU 12 yang lalu, rata-rata orang mengatakan golongan muda (18 tahun-25 tahun) telah benci pada kerajaan.Tetapi di atas penghayatan saya, bahawa golongan ini tidak membenci kerajaan , mereka juga ingin berkhidmat untuk UMNO cuma mereka tidak diberi peluang untuk memimpin UMNO.Sekiranya mereka ini diberi sesuatu tanggung jawab, saya yakin dan percaya bahawa golongan muda (18 thn-25thn) ini akan membantu UMNO dan sekaligus Barisan Nasional.

Cadangan: Putera UMNO hendaklah dijadikan sebagai sayap bukan lagi Biro seperti mana yang kita sedang jalankan sekarang.Sekiranya Putera UMNO ini dapat ditubuhkan saya yakin golongan muda (18thn-25thn)ini akan membantu memastikan UMNO tetap utoh.Dan juga apabila peluang seperti ini berlaku saya yakin bahawa student IPTA/S juga akan terlibat didalam Putera Umno ini.Mereka yang berada di dalam golongan inilah, apabila tamat pengajian, mereka akan menabur bakti pada masyarakat.

2) PUTERI UMNO

Saya juga dapati wanita yang berumur melebihi 35 tahun ke 40 tahun mereka tidak dapat lagi menceburi diri dalam politik, sedangkan ada diantara mereka merupakan mantan Ketua Puteri Cawangan atau J/Kuasa Puteri Bahagian, selalunya mereka akan kalah di dalam pertandinagan di peringkat cawangan ataupun bahagian. Golongan wanita seperti ini juga mempunyai kesan kepada Pilinraya.Kita juga tidak boleh menafikan golongan wanita yang telah berusia melebihi 40 tahun ini juga mempunyai pengaruh yang amat kuat dikampung-kampung.Kedua-dua golongan ini amat diperlukan untuk setiap pilihanraya.

Cadangan:had umur puteri hendaklah dilanjutkan lg seperti pemuda UMNO yang umurnya tidak melelbihi 40 tahun.Sekiranya golongan ini di beri tempat sebegini saya yakin bahawa UMNO akan bertambah kuat dari masa ke semasa.

3) POLITIK WANG

Apabila saya duduk di kedai kopi, yang paling tak sedap saya dengar, apabila masyarakat biasa menceritakan sipolan bin sipolan telah habis puluh ribu untuk mendapatkan undi.Masyarakat biasa akan memandang jijik kepada pemimpin umno apabila wang yang dijadikan pertaruhan untuk memenangi sesuatu jawatan di dalam umno. Mereka akan mula menuduh bahawa Ketua UMNO/KP/KW/K.Puteri Cawangan ini semua menerima imbuhan dari seseorang.Umno akan bertambah lemah sekiranya unsur imbuhan ini diterapkan pada setiap musim pertandingan dan mereka akan mula pandang jijik pada UMNO.Bagi mereka, UMNO ini hanya untuk golongan elit sahaja.

Cadangan: Saya mencadangkan agar Pertandingan di Peringakat Bahagian/Pusat tidak perlu dilaksanakan.cukup dengan pencalonan yang telah dicalonkan di perinkat akar umbi.Setiap kali persidangan bahagian/pusat kita hanya membincangkan halatuju bangsa melayu itu sendiri. Setiap calon yang mempunyai pencalonan akar umbi terbanyak akan memegang jawatan tersebut, kalau tidak walaupun pencalonan tinggi tetapi boleh kalah disebabkan ada unsur-unsur imbuhan pada setiap KP,NKP dan G2.Sekiranya perkara ini berlaku, saya yakin bahawa unsur imbuhan tidak akan ada kerana ini merupakan suara akar umbi.

Monday, November 10, 2008

Tahniah Yab Dtk Seri Mohd Ali Rustam

Bagi pihak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka dan GB4B Kota Melaka mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali B Mohd Rustam kerana telah layak untuk bertanding Timbalan Presiden Umno Malaysia.

Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali mempunyai ketokohan memimpin,beliau telah membuktikan pada negeri Melaka dan pada hari ini Melaka telah diiktiraf oleh Unesco sebagai Negeri Warisan Dunia.Sebagai anak jati negeri Melaka saya amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Dtk Ali.

Dengan kebersihan yang telah diterapkan oleh Y.A.B datuk seri hari ini, Melaka dapat mencapai sasaran pelancong seramai 6.8 juta orang pada tahun ini dan dengan kebijaksanaan Ketua Menteri Melaka, hari ini banyak peluang pekerjaan ada di negeri Melaka.Mengikut ILO(International Labour Organisation) kadar penganguran Negeri Melaka berada pada tahap 0.9%. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri telah berjaya menarik pelabur dan mengujudkan pelbagai peluang pekerjaan.

Sebagi pemimpin masyarakat bawahan, saya dapat lihat sikap keterbukaan Ketua Menteri Melaka kepada rakyat amat disenangi masyarakat, sebagai Ketua Menteri sepatutnya kawalan di kediaman beliau dikawal ketat, tetapi Ketua Menteri Melaka sentiasa membuka pintu rumahnya untuk rakyat bertemu beliau.Atas sikap yang ada pada dirinya rakyat Melaka amat sayang dengan kempinan beliau.

Oleh itu, di atas kebolehan dan ketokohan yang ada pada diri beliau, saya mendoakan agar Y.A.B Ketua Menteri Melaka beroleh kejayaan.Segala usaha murni Y.A.B Datuk Seri saya yakin akan dirahmati allah..

Pantun wajib Melaka:

"KAPAL DAGANG DARI SEBERANG,
BAWA MUATAN KAYU MERANTI,
DARI JAUH TUAN/PUAN DATANG,
ORANG MELAKA SEDIA MENANTI"

Tuesday, November 4, 2008

kp,nkp & g2 kena amanah...



Alhamdulillah, pada 9 nov ini hampir semua pergerakan pemuda umno bahagian telah selesai persidangan masing-masing.Tahniah saya ucapkan kepada ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Malaysia yang telah layak untuk bertanding.Pemilihan KP,NKP dan AJK di peringkat cawangan dan bahagian kali ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak muda yang ada di Malaysia ini masih sayangkan umno kerana mereka berlumba-lumba menawarkan diri untuk memperjuangkan agama,bangsa dan negara.

Pada bulan Mac 2009 pula kita kan menyaksikan pula pemilihan untuk KP Malaysia,NKP dan Exco.Pelbagai cara dan teknik akan kita saksikan untuk memenangi tempat tersebut.Oleh itu, kepada KP,NKP dan G2 merupakan perwakilan yang telah dipilih di peringkat bahagian masing-masing dan mereka ini memikul amanah yang diberikan oleh perwakilan cawangan untuk dibawa ke peringkat pusat.
Para perwakilan bahagian, kehadiran saudara semua adalah amanah yang diberi oleh perwakilan cawangan.Kita kena sedar bahawa kerana merekalah yang melayakkan kita untuk menjadi perwakilan.Tetapi malangnya KP,NKP dan G2 akhir-akhir ini mengikut selera masing-masing dan kebanyakan mereka ini tidak akur dengan kehendak perwakilan bahagian masing-masing.
Oleh itu, saudara KP,NKP dan G2 kena ingat, sekiranya kali ini saudara tidak mengikuti kehendak akar umbi, tak mustahil segala pergerakan dan perwatakan saudara, akan diketahui oleh perwakilan di peringkat cawangan..."SELAMAT BERJUANG"








Monday, November 3, 2008

dia ni keterunan apa ek?


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.
“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu. (Bernama)

------------------------------------------------------------------------------------
p/s dah puas MCA dan MIC cuba bawa isu-isu sensetive,hari ini kita dikejutkan pula dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim...Agaknya Zaid ni lupa yang dia tu orang melayu kot...

Sunday, November 2, 2008

PEMUDA MIC MINTA KONTRAK 10% DARI KERAJAAN TEMPATAN


T.Mohan (Ketua Pemuda MIC Kebangsaan)

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pemuda MIC hari ini meminta kerajaan agar memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus kontrak majlis perbandaran atau kerajaan tempatan seperti kerja-kerja penyelenggaraan dan landskap kepada kontraktor India.

Ketua Pemuda MIC T.Mohan berkata langkah itu akan membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekuiti masyarakat India yang rendah berbanding kaum lain.

"Usaha itu akan dapat meningkatkan pendapatan yang secara langsung akan meningkatkan kuasa beli masyarakat India," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Pemuda MIC di ibu pejabat MIC di sini.

Pemuda MIC turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu lagi kelas kontraktor yang sama taraf dengan kontraktor kelas F bagi bumiputera kepada masyarakat India, katanya.

Mohan berkata Pemuda MIC akan menghantar surat permohonan berhubung perkara itu kepada kerajaan pada minggu depan.

"Kami percaya jika usul ini dilaksanakan, taraf hidup masyarakat India di negara ini akan meningkat dan dapat mewujudkan satu suasana persefahaman antara kaum," katanya.

-- BERNAMA

p/s Setelah permintaan yang tak masuk akal oleh MCA hari ini kita dikejutkan lagi dengan permintaan MIC pula.....saya harap MCA dan MIC jangan nak mengeruhkan lagi keadaan.Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang...hari ini PKR seperti baling batu sembunyi tangan....

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."