Wednesday, May 27, 2009

ALASAN PKR LEBIH BANYAK DARI BULU KAKI AKU....


Salam,
  1. Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan 2 pemimpin tertinggi parti telah berjumpa dengan Puan Aminah calon Bebas Dun Penanti.
  2. Beliau juga mengakui bahawa terdapat unsur sogokan jawatan yang telah didakwa oleh Aminah tempohari, tetapi sogokan dari pemimpin parti tersebut tidak mewakili parti PKR.
  3. Aminah juga telah ditawarkan jawatan YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekiranya setuju menarik diri bertanding serta membayar Rm88.000.00 termasuk perbelanjaan kempen.
  4. Walupun terdapat bukti rakaman CD yang dibawa oleh Aminah, PKR masih ingin menafikan cubaan sogokan yang dibawa oleh pemimpin mereka.
  5. Bukan masalah sogokan sahaja dia cuba nafikan bahkan ADUN Bukit Lanjan pun mereka memberi pelbagai alasan...
  6. ALasan demi alasan dia berikan...sehinggakan bulu kaki aku pun tak banyak seperti alasan yang diberikan oleh PKR.....

Salam perjuangan.............

4 comments:

  1. saya setuju dengan alasan no 6. kah! kah! kah!

    sebab tu kak min bawa bukti visual dan audio pasal dia tau cara ex-puak dia. semua tu kaki penipu. ada bukti visual dan audio pun depa nak belit lagi. kalau cakap pakai air lior saja, lagilah depa perlekehkan.

    alasan yang pkr beri lebih banyak dari rambut saya pasal.. kepala saya botak. kah! kah! kah!

    a very good one, anak melaka. syabas.

    ReplyDelete
  2. Aku percaya alasan PKR tu. Aku harap aku akan percaya alasan PKR tu. Aku akan cuba berusaha untuk percaya alasan PKR tu. Aku bertekad akan cuba berusaha sedaya upaya untuk percaya alasan PKR tu.


    Tapi aku was-was samada rakyat akan percaya alasan PKR tu.

    ReplyDelete
  3. klau @ jika 2 pemimpin parti tu bukan wakil dari PKR,bagaimana mak minah ni bleh di tawarkan sejumlah wang..?Bagaimana pula mak minah ni tawarkan jawatan YDP..?Lagi satu,klau x silap di ulang skali lagi KLAU X SILAP,mak minah juga d tawarkan jawatan TKM 1 kan..?mmmm,hebatnya org2 PKR,banyaknya DUIT..Agaknya yg join PKR ni,dah dapat berjuta2 kot..jadi pemimpin tertinggi dah bleh bagi such a big amount..klau mangkuk hayun tu x mewakili parti,utk apa ironi nya mereka tu jumpa mak minah..?Yg bestnya,bleh tawarkan jawatan2 tertinggi plak tu..ish..ish..ish..pemimpin tertinggi PKR mazhab dia pelik lah..

    ReplyDelete
  4. semuanya datang dari pengaruh yahudi!!!

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."