Friday, October 24, 2008

DEMI MASA DEPAN


Adakah kita harus berbangga dan berpuashati sahaja dengan kejayaan kita dalam Pilihan Raya Umum yang lalu?

Adakah kita harus berbangga melihat prestasi UMNO dan BN sejak kebelakangan ini?

Adakah kita hanya berbangga menjadi anak merdeka hasil dari perjuangan UMNO sejak sekian lama?

Kemerosotan prestasi UMNO dilihat sebagai kejayaan besar buat parti pembangkang. Kelemahan UMNO telah memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang.

Kelebihan undi yang kelihatan memihak kepada pembangkang digembar-gembur sebagai tanda UMNO akan berkubur. Mereka dengan megah membuat pengistiharan akan menawan Malaysia berpandukan Teori Dominonya.

Tarikh 16 September 2008 meletakkan harapan palsu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang sebagai tarikh kejatuhan BN dan tarikh kebangkitan suara rakyat, kononnya.

Mereka kini terus bermimpi, mereka terus memasang cita-cita, mereka terus memberikan harapan agar Malaysia jatuh ke tangan mereka.

Tetapi, sekiranya kita alpa dan lalai, percayalah bahawa mimpi, cita-cita dan harapan pakatan pembangkang untuk menguburkan UMNO dan BN, pasti menjadi realiti.

Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sakit mata memandang, walaupun pekak telinga mendengar... kita harus terima hakikat bahawa masyarakat khususnya orang muda mahu melihat satu pembaharuan, UMNO perlu berubah jika mahu kembali diterima.

Namun, beranikah kita untuk berubah, tepuk dada tanyalah hati kita sendiri?

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."