Thursday, October 30, 2008

DEB:Anwar berdiam?....

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.”
“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti, saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” kata DS Najib
-----------------------------------------------------------------------------------
Satu ketika dahulu pihak yang menentang sekiranya DEB dikaji semula adalah PAS. kononnya mereka mengatakan UMNO mahu mengadaikan maruah melayu, dan mereka juga mendakwa bahawa merekalah yang memperjuangkan agama dan bangsa....

Kenyataan Ds Najib kita dapat lihat bahawa beliau bukan sahaja ingin menagani hati kaum melayu sahaja dan dalam masa yang sama beliau terpaksa juga membantu kaum lain, ada juga bantuan yang diberi kepada kaum lain yang betul-betul memerlukan.

Hari ini kita dapat lihat, langkah pertama yang diambil oleh kerajaan DAP di penang ialah menghapuskan DEB yang telah diperjuangkan oleh datuk nenek moyang kita dahulu.Tiada kelebihan untuk bumiputra baik dari segi kuota tender,pendidikan, pinjaman dan lain-lain...

Dari ucapan Ds Najib saya dapat lihat bahawa orang melayu memang perlu dibantu tetapi tidak boleh berterusan, orang melayu mesti ada jati diri dan daya saing untuk menjalankan apa jua perniagaan.Sekiranya bantuan diberi secara berterusan, orang kita tidak akan kretif dan hidup mereka lebih suka bergantung.

Oleh itu saya tak menyokong sekiranya DEB ingin dihapuskan tetapi untuk memperkasakan lagi DEB ini, saya mencadangkan pihak kerajaan dapat mengubal beberapa ciri-ciri yang boleh memberi munafaat kepada melayu dan memastikan melayu mempunyai daing saing dan kretiviti di tanah melayu sendiri....

Anwar Ibrahim kenapa tak ulas apabila kawan sejawat mereka (Lim Guan Eng) ingin menghapuskan DEB?.....

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."