Thursday, April 23, 2009

DAP MENGHINA BELIA MELAYU...

Salam,

1. Hari ini merupakan hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka. Ketua Pembangkang yang dihalau keluar Dewan telah dibenarkan masuk untuk bersidang semula.

2. Persidangan bermula dari pagi jam 9.30 pagi tadi. Setelah jam 11.30 pagi tadi sidang dewan bermula dengan perbahasan usul. Terdapat 3 usul untuk hari ini.

3. Usul yang pertama telah dibawa oleh wakil rakyat DAP iaitu masalah Mat Rempit. Mereka meminta agar PDRM mengambil tindakan tegas teradap MAt Rempit yang semakin mengganas di Melaka. Mereka meminta agar PDRM membuat sekatan jalan pada malam hari dan menangkap belia yang terlibat dengan Mat Rempit, tetapi janganlah PDRM menggunakan kekerasan untuk menangkap mereka.

4. Didalam perbahasan usul tersebut wakil rakyat DAP juga ada mengatakan bahawa Mat Rempit ini terdiri dari belia-belia yang tiada pelajaran dan terdiri oleh kaum Melayu, dan mereka ini dipergunakan oleh pihak UMNO untuk PRU dan PRK.

5. Dengan tindakan bijak Wakil Rakyat Barisan Nasional dapat mencelah didalam usul tersebut dan dapat menidakkkan yang mengatakan Belia Melayu tidak berpelajaran dan membangkang sekeras-kerasnya bukan UMNO sahaja mempunyai kumpulan bermotor semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, PKR,PAS dan DAP juga ada.

5. Jelas kita dapat lihat bahawa DAP cuba menghina belia-belia Melayu dengan mengatakan mereka ini tidak berpelajaran dan memandang bangsat kepada kita. Maka, sedarlah wahai bangsaku...mereka telah berani menghina kita dalam keadaan kita berkuasa apatah lagi kalau sekiranya kuasa kita hilang nanti, saya yakin bukan sahaja hina malahan mereka akan usir kita(melayu). Kalau nak harapkan PKR, bukan mereka ingin menjaga bangsanya tetapi mereka berasa bangga dapat rakan kongsi sebegini...

Salam Perjuangan..............

13 comments:

  1. mari kita tolak(Pakata Rakyat) terus ke longkang!! jelas mereka ini cuba menjahanamkan Melayu.

    hidup UMNO untuk bangsa, agama dan Negara

    ReplyDelete
  2. SALAM ZIARAH ANAKJATIMELAKA

    DAP MMG SKE MEMBANGKITKAN ISU PERKAUMAN. WLUPN DI KRITIK HEBAT TP DIORANG TETAP PEKAK KAN TELINGA!..ORG2 MCM DAP X LAYAK DUDUK KT MALAYSIA..HIDOP MENYUSAHKAN RAKYAT!!
    http://jeffrydamien09.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Ditujukan kepada Mat Rempit le tu tapi kalau macam ni apa nak dikato:-
    Perdana Menteri ,DS Najib Razak hari ini(22/4 mengumumkan bahawa kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan

    ReplyDelete
  4. itulah melayu... lama2 jadi kayu. masih tak sedar lagi... ramai sokong dapa pru mac 2008 kerana isu rasuah dll... apakah dap tak rasuah dan salahguna kuasa bila utamakan kaum sendiri?

    ReplyDelete
  5. SALAM PERJUANGAN,

    MEMANG BETUL CAKAP DAP TU, BEBUDAK MELAYU YANG RAMAI JADI MAT REMPIT, LEPAS TU, PEMUDA UMNO YANG SUPPORT BAGI DUIT MINYAK LAGI, TANYALAH KAT KETUA MAT REMPIT UMNO, DIA GRADUATE MANA...

    ORANG MACAM ITU PUN BOLEH MENANG MAJLIS TERTINGGI, TAK GRADUATE KATA GRADUATE FROM USA, PORAH, DASAR MAT REMPIT, BELI IJAZAH TEPI JALAN.

    ITULAH PERJUYANGAN PEMUDA UMNO, BACHUL-ALI RUSTAM MAKAN RASUAH PUN TAKUT NAK SURUH BERHENTI. HIDUP DAP....

    ReplyDelete
  6. Kita harap agar pemimpin2 baru kita bijak dalam menilai keadaan politik yang semakin panas sekarang ini. Termasuk lah siapa yang boleh memimpin rakyat dengan betul dan siapa yang hanya akan memimpin koceknya sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,

    Adalah perlu kita orang Melayu mengukuhkan lagi perpaduan demi untuk menjaga survival orang Melayu di tanahair sendiri disamping mengekang pengaruh bangsa-bangsa lain yang kini tampak semakin berani mempertikaikan hak-hak orang Melayu itu sendiri.

    Kita harus berusaha mengenepikan segala perbalahan serta persengketaan yang remeh-temeh dan sebaliknya bersama-sama berganding bahu memajukan anak-anak bangsa yang bakal mewarisi negera ini.

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete
  8. DAP..parti anak beranak + menantu...karpal & gobind..bapak & anak & menantu (betty)hehehe senang buat keputusan..dalam kelambu je bleh bincang2..tu sebab cakap pun main hentam je..lepas ni bila cucu dah 18 tahun pun bleh join DAP group gak..mcm PKR mak,bapak,anak..menantu x join ke..??huhuhu
    lagi besar kroni..
    Belia PARUJAS belia gemilang..x reti nak susahkan org..

    ReplyDelete
  9. perpecahan melayu menyebabkan kaum lain besar kepala. Yang Melayu ni pun satu juga sebab kemaruk nak dapatkan kuasa guna orang luar untuk dapatkan cita2...

    ReplyDelete
  10. sila layari www.myvemma.com/ezymoney

    ReplyDelete
  11. Kita adalah Melayu yg bermaruah.
    Ayuh kita bersatu demi islam dan bangsa melayu.Bumi Malaysia ini adalah bumi melayu.Hak melayu dan segala hasil didlmnya adalah hak kita kaum melayu.
    Ayuh!! kita bangkit mempertahankan hak melayu.

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."