Wednesday, December 31, 2008
HUDUD PKR BERDIAM DIRI KALAU GEREJA DIA PERJUANGKAN
Salam,
Tahniah saya ucapkan kepada rakyat Selangor yang menyokong PKR...hari ini PKR Selangor bukan sahaja mempunyai kandang babi terbesar di Asia, malahan Selangor juga akan mempunyai sebuah gereja yang terbesar di Asia. Lokasinya di Lembah Kelang...
Rujuk kepada laman web www.calvary.org.my
Gereja ini yang dipanggil Calvary Convention Centre (CCC) mampu menampung seramai 5000 orang didalam satu masa. Segala aktiviti luar negara dan dalam negara boleh berpusat di CCC.
Pembinaan CCC sedang rancak dijalankan....tahniah kita ucapkan kepada kerajaan PKR yang begitu perihatin terhadap perkembangan agama Kristian. Setelah maruah bangsa PKR gadai, sekarang ini agama pula yang kau cuba hilangkan mertabatnya...bodoh punya PKR...PAS pulak sekarang ini terpaksa berdiam diri sebab perjuangan PAS bukan lagi untuk menegakkan agama lagi kerana PAS sekarang mempunyai branding yang baru "PAS FOR ALL"
Apa-apapun inilah hasil perjuangan selama ini yang diperjuangkan oleh PAS dan PKR yang terpaksa mengikut rentak DAP dan bangsa lain..."Semoga musibah akan menimpa perjuangan mereka Amin...."
Sunday, December 28, 2008
LAPORAN POLIS TERHADAP ARTIKEL PENGHINAAN SAW
Alhamdulillah, pada hari ini 28 Dec 2008 jam 1000pagi saya dapat melihat bahawa pemuda umno di bahagian Kota Melaka bersatu dan mempertahankan agama dari dipermainkan oleh anasir yang kurang ajar...Beginilah hendaknya, apabila ada anasir yang kurang ajar cuba mempermainkan agama kita, maka pemuda dengan rasa insaf dan sepontan sahaja berkumpul seramai 20 ketua-ketua pemuda cawangan dihadapan balai polis Melaka Tengah untuk membuat laporan terhadap blog yang mengeji nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW.
Saya percaya dengan ketangkasan dan kecekapan pihak PDRM, penulis blog tersebut akan tertangkap dan dibawa kemuka keadilan. Penulis blog tersebut harus bertanggung jawab diatas penulisan beliau sendiri. Penulisan blog tersebut merupakan satu penghinaan terhadap islam dan boleh menimbulkan kesan kepada generasi akan datang.
Didalam hal sebegini Pemuda Kota Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempermainkan agama islam. Saya juga berharap badan-badan NGO juga hendaklah membuat laporan polis untuk menjadi pengajaran kepada mereka yang menulis blog tersebut dan anasir-anasir yang ingin cuba merosakkan nama islam itu sendiri.....
Friday, December 26, 2008
BETINA KURANG AJAR....
Marilah kita sama-sama membuat satu laporan polis terhadap penulis blog yang kurang ajar ini kerana beliau telah menghina nabi muhamad saw melalui blognya adibahahmad.blogspot.com. Betina ini kurang ajar, dengan laporan polis ini biar dia bertanggung jawab di atas apa yang dia dah tulis....Allah hu akbar!
Thursday, December 25, 2008
karpal cabar anwar pendirian terhadap hudud....
Tuesday, December 23, 2008
DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM 08
Tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang berjaya melaksanakan program perkampungan Dunia Melayu Dunia Islam Ke 9 pada tahun ini. Program kali ini berjaya dilaksanakan dengan mengumpulkan melayu di Nusantara dari 19 Dis hingga ke 25 Dis di Melaka. Acara perkampungan dan konvensyen DMDI yang dilaksanakan setiap tahun sentiasa memikirkan bagaimana kita boleh membangunkan mertabat dan menyatukan melayu di nusantara ini.
Alhamdulilah, kesan dari perhimpunan ini Melayu di Nusantara sudah mula bersemangat untuk bersatu dan membangunkan mertabatnya...Tetapi apa yang saya lihat, peserta Melayu dan Islam dari Indonesia begitu bersemangat sekali membincangkan masalah yang telah melanda Melayu dan Islam di Nusantara, malangnya peserta Melayu dari Malaysia masih berpecah lagi...kerana ada diantara melayu di Malaysia yang mempunyai idealogi politik yang berbeza menentang perhimpunan seperti ini.
Walau apa pun saya tetap menyokong usaha yang diilhamkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka yang mempunyai semangat yang begitu tinggi untuk menyatukan melayu di Nusantara. Mungkin kesan dari perhimpunan ini tidak menimbulkan kesan pada masa sekarang tetapi kesannya adalah kepada anak cucu kita untuk mempertahankan adat resam dan islam di Malaysia ini...
Tahniah Y.A.B Ketua Menteri Melaka.....
Monday, December 15, 2008
PAKATAN RAKYAT YANG TIADA SEMANGAT PATRIOTIK...
Sebagai rakyat Malaysia yang telah menggunakan segala kemudahan yang diberi oleh kerajaan Malaysia termasuk sekolah, hospitaliti dan lain-lain, saya amat berbangga dengan negara saya sendiri. Apatah lagi apabila saya dapat melihat sendiri gedung pembuatan industri berat seperti automobil dan aeroangkasa terdiri melebihi 85% anak melayu. Anak melayu kita ini bukan sahaja layak untuk membuat kereta tetapi melayu kita jauh lebih dari itu...hasil tangan mereka ini ada di bahagian yang penting pada kapal terbang...alangkah hebatnya melayu kita.....
Malangnya, di dalam kehebatan melayu kita, ada juga orang yang tidak mengakuinya....hari ini kita dapat lihat kerjaan pakatan rakyat tidak mempunyai semangat patriotik, mereka tidak menyokong dan berbangga dengan hasil tanah airnya sendiri... hari ini mereka telah membuat keputusan untuk menukar kereta perdana V6 ke Toyota Camry dengan alasan bahawa kos maintenance V6 terlalu tinggi. Jelas, hari ini di dalam masalah kegawatan ekonomi yang sedang melanda, pihak pakatan rakyat sanggup membazir wang untuk membeli kereta yang lebih jauh mahalnya dari kereta nasional...
Saya merupakan pemilik V6. Selama saya memandu kereta ini tiada masalah yang saya hadapi, malah saya amat berbangga dengan kereta nasional yang nampak begitu elegance sekali. Masalah kos maintenance V6 yang di war-warkan itu, saya yakin perkara ini desebabkan cara pemandu itu memandu atau mereka tidak mengawal enjin kereta itu dengan sempurna dan pihak yang tidak mempunyai semangat patriotik yang melemparkan tohmahan terhadap barangan sendiri....Saya yakin dan percaya, segala tohmahan ini, dilontarkan oleh pihak DAP yang anti melayu..dari mula proton beroperasi puak inilah yang melontarkan tohmahan dengan mengatakan body kereta proton dibuat dari tin milo, proton tidak boleh pergi genting lah dan sebagainya...mereka memang cuba nak hancurkan proton kerana dengan kehancuran proton inilah yang akan melemahkan lagi ekonomi orang melayu...itu pun melayu pakatan rakyat menyokong....
"APA-APA PUN AKU BANGGA MADE IN MALAYSIA"
Saturday, December 13, 2008
ULAMAK PAKATAN RAKYAT............
Fatwa 1: Seks itu Sedekah.
Fatwa 2: Hapus Ketuanan Melayu
Fatwa 3: Benarkan bincang pasal agama Islam dalam forum
Fatwa 4: HINDRAF itu tidak haram. Boleh hadir jamuan Aidilfitri
Fatwa 5: Dahulukan Orang Cina Untuk Pangku Mana-Mana Jawatan
Fatwa 6: Memberi keutamaan Kebajikan Rakyat Kepada BABI di Sepang
Fatwa 7: Halal Berpeluk dan Bersama Dengan DAP.
Fatwa 8: Kalau Karpal Cakap Apa-Apa, Semua Angguk. Diam Tanpa Setuju
Fatwa 9: Jawatan Utama Parti Hanya Untuk Anak Beranak Saja. Bila Anwar turun naik Izzah. Bila Kit Siang turun naik Guan Eng. Bila Karpal turun naik Gobind.
Fatwa 10: Sokong Raja Petra, biarpun ruangan komen blognya hina Nabi.
Monday, December 8, 2008
PAS AKUI SUSAH TADBIR S'GOR BERSAMA PKR & DAP
TAHNIAH DATUK SERI MOHD ALI
Salam,
Saya amat terkejut pada 6 dis 2008 yang lalu saya dijemput mewakili jabatan saya untuk menghadiri upacara penganugrahan pingat kebesaran T.Y.T Negeri Melaka kepada Y.bhg Datuk Shah Rukh Khan. Setibanya saya di dewan tersebut terdapat pelbagai wartawan dari luar negara hadir untuk merakamkan acara tersebut, bukan sahaja dikalangan wartawan dari luar negara malahan terdapat juga peminat beliau dari luar negara terutama orang dari Singapore. Tidak terfikir difikiran saya, rupa-rupanya dengan penganugerahan darjah kebesaran ini boleh mempromosikan Melaka secara percuma, apatah lagi apabila siaran secara langsung ditayangkan di Asrto Zee yang dapat ditontoni oleh seluruh pelusuk di dunia ini.
Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Melaka yang dapat mempromosikan Melaka dengan hebat sekali dan saya yakin segala tohmahan yang dilontarkan kepada Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali di atas penganugerahan Darjah Kebesaran ini adalah salah.
Rujuk kepada temuramah Datuk Shah Rukh Khan di akhbar Utusan 7 Disember, beliau akan membantu kerajaan negeri Melaka untuk mempromosikan Melaka dan menghantar satu pasukan untuk menyelidik satu lokasi untuk pembinaan studio dan menjadikan Melaka sebagai Hub perfileman antarabangsa.
Tahniah sekali lagi kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka telah membuat satu ketetapan yang tepat...TAHNIAH....
Thursday, December 4, 2008
MELAYU YANG LUPA DIRI
Setelah dipecat keahlian UMNO Zaid berkata UMNO tidak boleh menerima perubahan yang cuba dibawanya. Jika benar perubahan yang nak dibawa maka tak perlulah tunduk kepada kehendak DAP, banyak lagi perubahan yang dia boleh bawa dia boleh perjuangkan agama dan bangsa yang sekarang ini telah diuji oleh bangsa lain dan bukan pulak terikut-ikut dengan kehendak DAP dan PKR.
Beliau juga mengatakan ada pihak yang pilih kasih terhadapnya. Pilih kasih macam mana yang si bodoh ni mahu agaknya...mungkin dia nak jadi Perdana Menteri kot...Sedangkan dia lupa semasa pilihanraya yang lalu , masih ramai lagi Y.B Barisan Nasional yang menang dan tak dilantik sebagai Menteri, itupun tak bersyukur...ini yang dikatakan lupa diri...
Setelah saya teliti sibodoh ini saya teringatkan cerita P.Ramllee bertajuk Sjn Hassan..Dia ni berwatakkan seperti Saleh Kamil yang menjadi tali barut kepada Jepun...tetapi dia ni tali barut pada DAP...Muka dia pun saya benci nak tengok....
Tuesday, December 2, 2008
PEMIMPIN MCA BIADAP
Chew Mei Fun (Ketua Wanita MCA) dan Soi Lek sekali lagi bertindak biadap dan seolah-olah meraka dari parti DAP. Seperti kata-kata saya yang lalu bahawa orang MCA dan DAP bercakap senada sahaja, mereka menuntut sehinggakan sanggup melukakan hati orang melayu. Pemimpin MCA jangan biadap sangat menyentuh masalah ketuanan melayu yang dikatakan tidak relevan lagi dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum terutama generasi muda.
Kepada pemimpin Barisan Nasional harap dapat mengambil tindakan keatas mereka berdua seperti mana Barisan Nasional telah mengambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail. MCA jangan nak jadi hero pada kaumnya hingga membuat orang melayu marah.
Sahabat ku sekelian, sedar atau tidak sedar bahawa sekiranya ketuanan melayu tidak dipertahankan maka hancurlah institusi raja-raja melayu, hak orang melayu, bahasa melayu dan juga agama islam di tanah melayu ini. Ketuanan Melayu bukan hanya pada namanya tetapi ketuanan melayu terletak pada institusi raja-raja melayu, islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pada orang melayu. Ke empat-empat ini merupakan asas kepada Ketuanan Melayu....