Monday, December 8, 2008

PAS AKUI SUSAH TADBIR S'GOR BERSAMA PKR & DAP

Salam,



Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasssan Ali akui bahawa PAS susah tadbir bersama PKR dan DAP. Beliau juga akui bahawa amat susah untuk beliau memperjuangkan dan mempertahankan hak orang islam dan orang melayu di Selangor disebabkan berlainan idealogi PKR dan DAP.


Beliau juga menyatakan kadang-kadang terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti PAS menegakkan syiar islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan kerajaan negeri kerana semata-mata ingin mengambil hati rakan kongsinya parti PKR dan DAP.


Apabila saya membaca kenyataan Datuk Dr Hassan Ali ini, saya teringat dengan kata-kata Y.B Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Apabila keputusan pilihanraya Ke 12 tempohari diumumkan, Dato' Seri Mohd Khir Toyo telah menawarkan kepada PAS agar UMNO dan PAS digabungkan, dan juga telah menawarkan agar Menteri Besar Selangor adalah dikalangan orang PAS dan juga Dato' Seri Khir Toyo tidak mahu memegang apa-apa jawatan Exco kerajaan. tujuan perbincangan ini adalah untuk menunjukkan pada bangsa lain yang Melayu di Malaysia ini boleh bersatu di tanah airnya dan juga untuk menjadikan negeri contoh pertama yang melaksanakan penyatuan melayu. Malangnya perbincangan demi perbincangan dibuat akhirnya PAS masih sayangkan kekasihnya PKR dan DAP maka mereka mengambil keputusan tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO di Selangor. Maka, kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Selangor.


Terfikir difikiran saya, alangkah bagusnya sekiranya UMNO Selangor dan Pas Selangor digabungkan tempohari. Kalau mereka ini bergabung tempohari dapatlah kita lihat syiar islam dapat dipertahankan di Selangor. Saya juga yakin sekiranya pergabungan di negeri Selangor ini akan membuat bangsa lain tidak berani mempermainkan perasaan orang Melayu dan tidak perlu Datuk Dr Hassan ali kesal dengan tindakan pengikutnya sendiri.....


p/s Sekiranya Datuk Dr Hasan Ali kesal, harap pengikut PAS menjadikannya sebagai teladan..dan marilah Melayu PAS dan UMNO bersatu untuk kita hancurkan pengkhianat kepada agama dan bangsa kita......

3 comments:

  1. Assalamulaikum

    Bagaimana mungkin PAS mahu bekerjasama dengan UMNO, sebab sebelum ini mereka mendakwa UMNO tolak hukum Islam. Mereka menganggap UMNO lebih teruk daripada DAP kerana UMNO orang Islam, DAP orang kafir. Maka tidak hairanlak tidak ada kerjasama di mana-mana negeri.

    ReplyDelete
  2. Ketuanan Melayu sering diungkit akhir-akhir ini..Harap PAS sedar tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Macam mana PAS kata mereka ini pejuang Islam, sedangkan mereka masih memperjuangkan konsep demokrasi. kalau kita selidik betul2, Islam tidak pernah menghalalkan konspe demokrasi, yang ada ialah konsep Khalifah. Mereka ini hanya pandai memutarbelitkan ayat-ayat al-quran dan hadis nabi bagi kepentingan politik mereka sahaja.

    p/s : dalam satu buku yang saya baca, golongan yang menentang kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam diistilahkan sebagai KHAWARIJ.

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."