Thursday, November 13, 2008

JAWATAN PM SOKONGAN MAJORITI

Salam,



Dalam buliten utama malam tadi Tun Dr Mahathir telah membayangkan bahawa jawatan Perdana Menteri boleh dikalangan bukan Melayu. Bagaimanapun proses itu memakan masa yang agak lama.



Saya yakin dengan pandangan TDM itu kerana bangsa lain sanggup bersatu dan mengenepikan fahaman politik masing-masing.Setelah puas kita mendengar DAP cuba menuntut hak untuk bangsa mereka dan sekarang MCA juga menuntut yang sama. Permintaan mereka senada sahaja.Mereka begitu konsisten memperjuangkan hak mereka. Apabila mereka berkuasa kelak, saya yakin perlembagaan pun akan diubahnya. TDM juga telah membuktikan pada kita semua, yang keistimewaan raja-raja juga telah dihadkan pada masa pemerintahan beliau. Apatah lagi sekiranya negara ini dikuasai oleh mereka yang bukan bangsa melayu.



Sayangnya melayu tetap berpecah, sedangkan bangsa lain telah mengambil kesempatan dari perpecahan kita. Nampaknya seolah-olah UMNO sahaja yang cuba nak perjuangkan nasib Melayu, PAS asyik mengutuk UMNO dan memuji kawan karibnya DAP. PKR pula cuba nak jadi hero memperjuangkan nasib kaum lain, sedangkan kaum sendiri pun tak terbela.



Melayu tetap leka kerana beranggapan yang kita dilindungi dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Jika melayu tidak bersatu, jangan salahkan kaum lain sekiranya Perdana Menteri dari kaum yang lain. Oleh itu marilah kita bersatu untuk mempertahankan ketuanan Melayu....

1 comment:

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."