Tuesday, November 25, 2008

KERANA TAK IKUT KEHENDAK CINA PERSURUHJAYA PAS II SELANGOR DIPECAT....

Salam,

PAS Selangor yang diketui oleh Persuruhjaya Pas Negeri Selangor Datuk Dr Hassan Mohamad Ali telah mengugurkan Persuruhjaya Pas 11 iaitu Y.B Khalid B Abdul Samad. Beliau juga telah memecat Ketua Penerangan Pas Selangor iaitu Y.B Shaari b Sungib. Kedua-dua mereka ini telah digantikan oleh Dr Che Rosli B Che Mat dan Sdr Roslan B Shahrir.

Y.B Khalid dan Y.B Shaari merupakan wakil rakyat yang begitu lantang bersuara untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Malangnya kelantangan mereka ini rupanya salah tempat, sehinggakan mereka terpaksa dilucutkan jawatan demi untuk DAP. Kedua-dua mereka ini telah mempertikaikan perlantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar, dan mereka juga telah pertikaikan peruntukan Rm10 juta untuk rumah ibadat bukan islam.

Memang sah hari ini PAS terikut-ikut rentak Cina, mereka lebih pentingkan bangsa lain dari bangsanya sendiri. Pas mahu saf kempimpinan mereka selari dengan kemahuan pakatan pembangkang. Kalau dulu dia kata haram berkongsi kuasa dengan bangsa lain tapi hari ini dah tak haram pulak...mereka ini cakap tak serupa bikin ar....

1 comment:

  1. Salam saudara Shadan.....
    Tapir terpanggil untuk membuat komen berhubung isu 2 wakil PAS yang "diberhentikan" oleh Kerajaan Campuran Selangor. Lagipun sambil Tapir nak buat komen ni..Tapir tengah mendengar berita Jam 8 TV3 (26 Nov 08). Sekali lagi Tapir tersenyum kerana terdengar ulasan bahawa PAS mungkin akan di "PKRkan". Apa dah jadi ni...?
    Tapir rasalah (pendapat Tapir), jika Kerajaaan Campuran/Pakatan ini terus digunakan, tak mustahil satu hari akan hilang Kuasa Melayu atau Bangsa Melayu yang memegang tampuk pemeritahan negara ini sebab contoh dah ada. Tambahan lagi perjuangan PKR tak habis-habis berkempen untuk "Hak Kesemarataan" pada semua dan ditambah lagi bersama-sama berkempen dengan DAP untuk menghapuskan DEB.
    Bila disebut isu DEB ini, Tapir teringat suatu hari dulu ketika duduk minum kopi di warung kampung. Masa tu sedang Tapir minum, adalah pakcik-pakcik ni bercerita isu menyokong penghapusan DEB ini. Kebetulan Tapir kenal dengan 2 orang dari 5 orang pakcik-pakcik ini. Jadi mulanya Tapir dengar sahaja komen diaorang berhubung isu DEB ni tapi Tapir tak tahan terus bertanya dengan semua pakcik2 ni. Tapi hanya tanya 1 soalan sahaja, iaitu "adakah pakcik semua setuju Kerajaan kelak tidak akan membekalkan lagi baja-baja subsidi yang selalu direbutkan selama ini?" Semua pakcik ni senyap lalu Tapir tambah lagi...tak mustahil bila DEB dimansuhkan, maka baja subsidi dilenyapkan. Semua pakcik ni senyap dan Tapir terus berlalu selepas memberi salam pada mereka.
    Jadi...Apa yang Tapir nampak selama ni ramai rakyat diluar tu sebenarnya tak tahu apa akan berlaku jika pemansuhan DEB (amnya) dan agenda keseluruhan agenda politik PKR & DAP (khasnya) diteruskan. Mereka cuma menyokong tanpa sedar apa akan berlaku pada mereka sendiri.
    Di sini saudara Shadan, Tapir amat berharap Shadan dapat memberi penerangan lanjut dan jelas "IMPLIKASI" jika kerajaan formula pakatan PKR & DAP ini diteruskan. Tapir dan kengkawan yang lain akan sentiasa menyokong matlamat perjuangan asal. Tolonglah... jangan sampai dalam lipatan sejarah Malaysia nama TANAH MELAYU hilang di bumi sendiri.

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."