Monday, November 10, 2008

Tahniah Yab Dtk Seri Mohd Ali Rustam

Bagi pihak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka dan GB4B Kota Melaka mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali B Mohd Rustam kerana telah layak untuk bertanding Timbalan Presiden Umno Malaysia.

Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali mempunyai ketokohan memimpin,beliau telah membuktikan pada negeri Melaka dan pada hari ini Melaka telah diiktiraf oleh Unesco sebagai Negeri Warisan Dunia.Sebagai anak jati negeri Melaka saya amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Dtk Ali.

Dengan kebersihan yang telah diterapkan oleh Y.A.B datuk seri hari ini, Melaka dapat mencapai sasaran pelancong seramai 6.8 juta orang pada tahun ini dan dengan kebijaksanaan Ketua Menteri Melaka, hari ini banyak peluang pekerjaan ada di negeri Melaka.Mengikut ILO(International Labour Organisation) kadar penganguran Negeri Melaka berada pada tahap 0.9%. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri telah berjaya menarik pelabur dan mengujudkan pelbagai peluang pekerjaan.

Sebagi pemimpin masyarakat bawahan, saya dapat lihat sikap keterbukaan Ketua Menteri Melaka kepada rakyat amat disenangi masyarakat, sebagai Ketua Menteri sepatutnya kawalan di kediaman beliau dikawal ketat, tetapi Ketua Menteri Melaka sentiasa membuka pintu rumahnya untuk rakyat bertemu beliau.Atas sikap yang ada pada dirinya rakyat Melaka amat sayang dengan kempinan beliau.

Oleh itu, di atas kebolehan dan ketokohan yang ada pada diri beliau, saya mendoakan agar Y.A.B Ketua Menteri Melaka beroleh kejayaan.Segala usaha murni Y.A.B Datuk Seri saya yakin akan dirahmati allah..

Pantun wajib Melaka:

"KAPAL DAGANG DARI SEBERANG,
BAWA MUATAN KAYU MERANTI,
DARI JAUH TUAN/PUAN DATANG,
ORANG MELAKA SEDIA MENANTI"

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."