Alhamdulillah, pada hari ini 28 Dec 2008 jam 1000pagi saya dapat melihat bahawa pemuda umno di bahagian Kota Melaka bersatu dan mempertahankan agama dari dipermainkan oleh anasir yang kurang ajar...Beginilah hendaknya, apabila ada anasir yang kurang ajar cuba mempermainkan agama kita, maka pemuda dengan rasa insaf dan sepontan sahaja berkumpul seramai 20 ketua-ketua pemuda cawangan dihadapan balai polis Melaka Tengah untuk membuat laporan terhadap blog yang mengeji nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW.
Saya percaya dengan ketangkasan dan kecekapan pihak PDRM, penulis blog tersebut akan tertangkap dan dibawa kemuka keadilan. Penulis blog tersebut harus bertanggung jawab diatas penulisan beliau sendiri. Penulisan blog tersebut merupakan satu penghinaan terhadap islam dan boleh menimbulkan kesan kepada generasi akan datang.
Didalam hal sebegini Pemuda Kota Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempermainkan agama islam. Saya juga berharap badan-badan NGO juga hendaklah membuat laporan polis untuk menjadi pengajaran kepada mereka yang menulis blog tersebut dan anasir-anasir yang ingin cuba merosakkan nama islam itu sendiri.....
selagi islam tidak kuat, maka semakin berani mereka menghina nabi kita..salam hijrah
ReplyDeleteALHAMDULILLAH...insyaallah kuala trengganu akan menjadi pemangkin kebangkitan ISLAM DAN BANGSA.
ReplyDeleteteruskan serangan terhadap anwar dan konco2nya