Tuesday, December 2, 2008

PEMIMPIN MCA BIADAP







Chew Mei Fun (Ketua Wanita MCA) dan Soi Lek sekali lagi bertindak biadap dan seolah-olah meraka dari parti DAP. Seperti kata-kata saya yang lalu bahawa orang MCA dan DAP bercakap senada sahaja, mereka menuntut sehinggakan sanggup melukakan hati orang melayu. Pemimpin MCA jangan biadap sangat menyentuh masalah ketuanan melayu yang dikatakan tidak relevan lagi dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum terutama generasi muda.

Kepada pemimpin Barisan Nasional harap dapat mengambil tindakan keatas mereka berdua seperti mana Barisan Nasional telah mengambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail. MCA jangan nak jadi hero pada kaumnya hingga membuat orang melayu marah.

Sahabat ku sekelian, sedar atau tidak sedar bahawa sekiranya ketuanan melayu tidak dipertahankan maka hancurlah institusi raja-raja melayu, hak orang melayu, bahasa melayu dan juga agama islam di tanah melayu ini. Ketuanan Melayu bukan hanya pada namanya tetapi ketuanan melayu terletak pada institusi raja-raja melayu, islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pada orang melayu. Ke empat-empat ini merupakan asas kepada Ketuanan Melayu....

3 comments:

  1. Salam Buat Saudara Shadan.....
    Apa-apa pun Tapir bukan nak buat perbandingan atau apa-apa namun hanya melahirkan isi hati dan pendapat Tapir. Tapir tak nak Shadan atau mana-mana individu lain terpengaruh dengan pendapat Tapir ini tapi kajikan pendapat Tapir ni.
    Apa yang Tapir nampak sejak kebelakangan ini (semenjak berakhir Pentadbiran Tun M), ramai dikalangan "tokoh2" pemimpin (samada BN atau parti lain)sudah BERANI memperkatakan atau mempersoalkan berhubung 'BANGSA MELAYU". Kenapa ini boleh berlaku? Tapir tujukan terutama kepada individu2 dalam parti BN terutamanya. Pada pendapat Tapir jika ini tak dibendung atau dikawal (ditambah pula dengan kerancakkan PKR & DAP menghentam BN), akan berlaku perkara tidak baik untuk masa depan BN kemudiannya. MIC pernah sentuh, MCA lantang mempersoalkannya, kenapa ini selalu sangat berlaku? Masa zaman Tun M dulu tak pernah berlaku, setahu Tapir la.
    Jadi...Shadan sebagai salah seorang wakil kepada suara rakyat, Tapir pohon isu ini dapat ketengahkan atau dibincangkan di Peringkat Tertinggi UMNO. Besar harapan Tapir dan kawan-kawan lain yang berjuang terus dalam UMNO, agar Shadan dapat berbuat sesuatu amnya dan UMNO khasnya. Kalau perlu diambil tindakan...ambilah tindakan kerana biar menjadi pengajaran kepada barisan komponen lain agar tidak mempersoalkan 'MELAYU'
    TAKAN MELAYU HILANG DARI BUMI

    ReplyDelete
  2. MCA nak kena parang terbang baru mereka senyap!!!

    Meluat aku tengok muka chua soi lek..teringat video lucah beliau yang umpama atuk dan cucu!!!

    ReplyDelete
  3. Pada pendpt saya orang melayu dan terlebih utama umno itu sendiri kena kembali kepangkal jln. Spt ungkapan lukmanul hakim yang mengatakan kekuatan itu akan lebih kuat jika umat itu bersatu.Buktikan pd mereka dengan gerak kerja yang menunjukkan kita bersatu.Apa yang kita lalui skrg ini ada hikmahnya jika kita ingin mengambil iktibar yang baik kerana sejarah tlh menunjukkan apabila bumi Melaka dijajah disebabkan rakyatnya tidak bersatu menghadapi ancaman tentera portugis.Apa yang berlaku pada MCA sekarang ini ada kemungkinannya pada pandangan mereka sahabat lamanya (Umno) tidak sekuat dahulu dan adakala pemimpin umno bercakaran disebabkan isu2 yang remeh.Namun begitu MCA kena terima hakikat yang pencapaian mrk pada pilihanraya ke 12 agak merosot bukannya UMNO....

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."