Salam,
Saya amat terkejut pada 6 dis 2008 yang lalu saya dijemput mewakili jabatan saya untuk menghadiri upacara penganugrahan pingat kebesaran T.Y.T Negeri Melaka kepada Y.bhg Datuk Shah Rukh Khan. Setibanya saya di dewan tersebut terdapat pelbagai wartawan dari luar negara hadir untuk merakamkan acara tersebut, bukan sahaja dikalangan wartawan dari luar negara malahan terdapat juga peminat beliau dari luar negara terutama orang dari Singapore. Tidak terfikir difikiran saya, rupa-rupanya dengan penganugerahan darjah kebesaran ini boleh mempromosikan Melaka secara percuma, apatah lagi apabila siaran secara langsung ditayangkan di Asrto Zee yang dapat ditontoni oleh seluruh pelusuk di dunia ini.
Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Melaka yang dapat mempromosikan Melaka dengan hebat sekali dan saya yakin segala tohmahan yang dilontarkan kepada Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali di atas penganugerahan Darjah Kebesaran ini adalah salah.
Rujuk kepada temuramah Datuk Shah Rukh Khan di akhbar Utusan 7 Disember, beliau akan membantu kerajaan negeri Melaka untuk mempromosikan Melaka dan menghantar satu pasukan untuk menyelidik satu lokasi untuk pembinaan studio dan menjadikan Melaka sebagai Hub perfileman antarabangsa.
Tahniah sekali lagi kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka telah membuat satu ketetapan yang tepat...TAHNIAH....
orang kuno jer yang tak tahu mengenai sumber ekonomi melaka yang banyak diperolehi melalui promosi pelancongan.
ReplyDeleteTahniah datuk seri Ali!!!