Thursday, April 16, 2009

UMNO DAN PAS PERLU FOKUS MELAYU....


Salam,


Aku amat tertarik dengan statement yang dikeluarkan oleh kedua tokoh ini, iaitu Y.B Datuk Ibrahim Ali dan Y.B DS Khir. Hari ini melayu sekali lagi di cabar oleh parti komponen BN iaitu MIC yang ingin menambahkan lagi kerusi kabinet dari MIC. Oleh itu kita semua kena sedar bahawa pelbagai tuntutan telah oleh kaum lain dan kini dilihat semakin keterlaluan. Maka insaflah wahai bangsaku dengan situasi politik semasa yang kini boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Mengikut kata Y.B Datuk Ibrahim Ali :"Jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah orang Melayu dan ia cukup untuk membina kerajaan berasaskan wakil rakyat melayu semata-mata dan jesteru itu kerajaan harus memenuhi apa jua kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti. PArti Melayu akan kuat apabila Melayu dijaga, UMNO perlu fokus kepada Melayu. Oleh itu UMNO perlu kuat dan sekiranya Melayu itu kuat maka BN juga secara outomatik menjadi kuat kerana bangsa lain akan mengikut."

Pandangan Ds Khir pula berkata : "Hak orang Melayu tidak perlu dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhui hasrat pelbagai kaum. Biar ujud situasi menang-menang. Kita tidak perlu biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita hendak penuhi apa yang mereka mahu, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita."

Oleh itu, dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan pelbagai cabaran. Maka bersatulah UMNO dan PAS untuk memajukan Melayu itu sendiri..

Salam Perjuangan.....

5 comments:

  1. salam tuan tanah...

    blog tuan kemas dan ceria.

    ada masa kita YM..

    add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com

    kita boleh bertukar tukar fikiran..

    tq


    Panglima Perang Cyber
    http://penembak-tepat.blogspot.comp/s : ada benda penting..harap dapat contact saya melalui YM segera..tq

    ReplyDelete
  2. PAS Tganu propose kat Mat Said utk bergabung.. Jika diambil serius perkara ini, kena diskusinya, kena term nya maka ia boleh dijadikan satu permulaan.. tak perlu peringkat kebangsaan.. start small.. Bagaimana??? What do you think??

    ReplyDelete
  3. Salam Sdra,

    Apa cerita pasal KM-Melaka. Pemuda Melaka takut nak gesa DTK ALI lepaskan jawatan ke?

    Dulu zaman DTK ASAHAARI, jadi Ketua Pemuda negeri, kita orang gesa TAN SRI RAHIM letak jawatan, sekarang PEMUDA MELAKA DAH JADI BACHUL KE?

    MUNGKIN JUGA PEMUDA MELAKA PUN TERLIBAT RASUAH KOT? YA LAH YOU PUN SUPPORT KJ KAN?

    ReplyDelete
  4. salam sdr got tots,
    itu satu cadangan yang baik...teruskan perjuangan demi agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  5. sdr zulkifli,
    kami tidak takut dengan ketua menteri melaka, buat apa kami mahu mendesak agar dia letak jawatan.bukan dia yang ambil duit kerajaan pun..dan pembangunan dimelaka kita tidak boleh nafikan kehebatannya.
    sdr zulkifli,
    honestly saya katakan sokongan saya bukan kpd sdr kj..itu cuma andaian sdr shj.lihatlah penulisan blog saya samada saya menyokong ataupun tidak..harap sdr hentikanlah tuduhan melulu....

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."