Friday, October 31, 2008

pemimpin MCA jgn cuba mencuit hati melayu





Datuk liow Tiong Lai Naib Presiden MCA kononnya ingin menjadi wira bagi kaumnya dengan menuntut pelbagai benda yang tidak masuk akal diantaranya beliau meminta agar 30% ekuiti bumiputra di dalam syarikat senarai awam dihapuskan dan beliau juga cuba menuntut agar mengwujudkan 2 jawatan Timbalan Pengerusi BN dan satu darinya diisi oleh MCA.

Perbuatan Naib Presiden itu, merupakan perbuatan yang gelojoh dan melampau yang ingin mencuit hati orang melayu dan tidak menghormati prinsip setiakawan dalam BN.Dengan kata-kata Naib Presiden MCA, itu menunjukkan seolah-oleh kerajaan tidak berlaku adil dengan kaum cina dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

Kalau kita lihat pada PRU12 yang lalu kita dapat lihat bahawa pengundi cina lah yang mebuat kemerosotan, oleh itu pemimpin MCA sepatutnya membuat perkara-perkara yang boleh menambah keyakinan pengundi kepada BN agar mereka bertambah yakin pada BN dan bukan menuntut perkara-perkara yang boleh membakar semangat orang melayu dan menyentuh mengenai hak dan keistimewaan orang melayu kerana ianya telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya amat berharap agar MCA jangan terikut-ikut rentak pembangkang dengan menggunakan sentimen kaum dan agama untuk kepentingan politik.

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."