Sunday, November 2, 2008

PEMUDA MIC MINTA KONTRAK 10% DARI KERAJAAN TEMPATAN


T.Mohan (Ketua Pemuda MIC Kebangsaan)

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pemuda MIC hari ini meminta kerajaan agar memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus kontrak majlis perbandaran atau kerajaan tempatan seperti kerja-kerja penyelenggaraan dan landskap kepada kontraktor India.

Ketua Pemuda MIC T.Mohan berkata langkah itu akan membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekuiti masyarakat India yang rendah berbanding kaum lain.

"Usaha itu akan dapat meningkatkan pendapatan yang secara langsung akan meningkatkan kuasa beli masyarakat India," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Pemuda MIC di ibu pejabat MIC di sini.

Pemuda MIC turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu lagi kelas kontraktor yang sama taraf dengan kontraktor kelas F bagi bumiputera kepada masyarakat India, katanya.

Mohan berkata Pemuda MIC akan menghantar surat permohonan berhubung perkara itu kepada kerajaan pada minggu depan.

"Kami percaya jika usul ini dilaksanakan, taraf hidup masyarakat India di negara ini akan meningkat dan dapat mewujudkan satu suasana persefahaman antara kaum," katanya.

-- BERNAMA

p/s Setelah permintaan yang tak masuk akal oleh MCA hari ini kita dikejutkan lagi dengan permintaan MIC pula.....saya harap MCA dan MIC jangan nak mengeruhkan lagi keadaan.Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang...hari ini PKR seperti baling batu sembunyi tangan....

1 comment:

  1. Salam Blogger,

    TERIMA KASIH Tuan kerana sudi melawat dan komen di blog saya.

    Saya tdk mahu melihat para mahasiswa menjadi seperti di Indonesia yang berani dan mampu mengulingkan kerajaannya.

    Harap Tuan dapat berkongsi-kongsi idea dan pngalaman dgn saya selanjutnya. InsyaAllah.

    Ikhlas...

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."