Tuesday, December 23, 2008

DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM 08

Salam,

Tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang berjaya melaksanakan program perkampungan Dunia Melayu Dunia Islam Ke 9 pada tahun ini. Program kali ini berjaya dilaksanakan dengan mengumpulkan melayu di Nusantara dari 19 Dis hingga ke 25 Dis di Melaka. Acara perkampungan dan konvensyen DMDI yang dilaksanakan setiap tahun sentiasa memikirkan bagaimana kita boleh membangunkan mertabat dan menyatukan melayu di nusantara ini.


Alhamdulilah, kesan dari perhimpunan ini Melayu di Nusantara sudah mula bersemangat untuk bersatu dan membangunkan mertabatnya...Tetapi apa yang saya lihat, peserta Melayu dan Islam dari Indonesia begitu bersemangat sekali membincangkan masalah yang telah melanda Melayu dan Islam di Nusantara, malangnya peserta Melayu dari Malaysia masih berpecah lagi...kerana ada diantara melayu di Malaysia yang mempunyai idealogi politik yang berbeza menentang perhimpunan seperti ini.


Walau apa pun saya tetap menyokong usaha yang diilhamkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka yang mempunyai semangat yang begitu tinggi untuk menyatukan melayu di Nusantara. Mungkin kesan dari perhimpunan ini tidak menimbulkan kesan pada masa sekarang tetapi kesannya adalah kepada anak cucu kita untuk mempertahankan adat resam dan islam di Malaysia ini...

Tahniah Y.A.B Ketua Menteri Melaka.....

1 comment:

  1. Tahniah kpd saudara shadan atas kejayaan bersama-sama pasukannya menganjurkan program DMDI. Selaku rakyat Melaka saya bangga dengan forum ilmiah seumpama ini.

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."