Wednesday, April 8, 2009

GERAK KERJA MEMASTIKAN UMNO MASIH RELEVEN...

Salam,

1. Pilihanraya kecil untuk ketiga-tiga tempat telah selesai....hasil keputusan amat mengecewakan. Diantara 3 tempat yang dipertandingkan Batang Air sahaja yang menang manakala Bkt Selambau dan Bkt Gantang kita kalah.

2. Usaha juga telah dibuat. Semua barisan Exco dan MT juga datang berkempen. Kempen berterusan yang dihadiri oleh calon-calon yang kalah dalam perhimpunan Pemuda yang lalu juga hadir untuk membantu , malahan Tun Mahathir juga datang untuk berkempen...Tetapi hasilnya amat menduka citakan...

3. Kalau dulu kita kata rakyat menolak Pak Lah, sekarang Pak Lah bukan PM lagi, kenapa kita tetap kalah pilihanraya kecil? Adakah rakyat sudah menyampah dengan BN? sehinggakan Tun Mahathir datang berkempen pun boleh kalah...

4. Oleh itu, di atas keputusan pilihanraya kecil ini, saya menyeru kepada semua KP,NKP dan AJK Pemuda Bahagian-Bahagian, selepas ini kita mesti mengumpul seramai ahli baru yang mungkin yang terdiri dari belia dan kita daftar terus sebagai ahli UMNO dan SPR...

5. Jangan kita pedulikan sekatan dari cawangan yang ingin menahan keahlian ahli...diantara punca orang benci UMNO adalah disebabkan sekatan keahlian..mereka ingin berkhidmat dalam UMNO, tetapi Ketua Cawangan menyekat...

6. Didalam bahagian saya, saya telah merancang beberapa program keahlian diantaranya setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 10 ahli baru serta akan didaftarkan di SPR...Di Bahagian saya terdapat 62 cawangan, ini bererti ada 620 ahli baru yang berdaftar menjadi ahli dan boleh mengundi.

7. Saya amat yakin sekiranya keahliaan tidak disekat diperingkat cawangan dan ahli bertambah disetiap cawangan di Malaysia ini....maka UMNO akan terus relevan...

Salam Perjuangan.....

11 comments:

  1. Salam Sdr,

    Amat mengecewakan dengan kekalahan semalam. Sampai bila lagi kepimpinan UMNO hendak ambil iktibar. Sudah 4 pilihanraya kecil di Semenanjung yang kita kalah semuanya sejak PRU 12. Saya tak akan terkejut sekiranya selepas PRU 13, UMNO akan menjadi parti pembangkang yang kecil representasinya di Parlimen. Sesuatu harus dilakukan segera.Pemimpin dan akar umbi perlu lakukan change SEGERA.

    Contohnya, saudara-saudara kita di negeri perintahan PR, silalah bertanggungjawab dan memainkan peranan sebaik mungkin sebagai pembangkang. Jangan ingat diri masih di pihak kerajaan yang memerintah. Tak ada satu pun bantahan atau pendedahan kelemahan kerajaan PR di negeri perintahan mereka. Jikalau adapun, sekadar batuk di tangga. Lakukanlah dengan berterusan dan secara professional siap dengan bukti dan statistik. Adakan lah bantahan di jalanan, jgn takut memohon permit. Kalau orang PAS dan PKR, tiada permit pun mereka rela harungi. Kita orang UMNO, lemah lembut dan toleran sangat.

    Pasanglah bendera keramat UMNO dan BN walaupun tiada pilihanraya setakat ini. Jgn mengikut undang-undang saja. Lihat PAS dan PKR, beberapa tahun sebelum PRU12 pun dah cacak tiang bendera mereka. Tak takutpun mereka bendera mereka diturunkan pihak PBT. Sekiranya diturunkan hari ini, mlm nanti terpacak yg baru.

    Lagi, rakan-rakan parti komponen, tak nampak beria berkempen untuk kemenangan BN. Kepimpinan UMNO pun tak menampakkan kesungguhan. Kalau tak ada kudrat dan kepercayaan penuh dalam parti, dipohon berundurlah segera. Lebih ramai yang boleh diketengahkan parti.

    Parti-parti komponen pula setiap kali BN/UMNO kalah, yang sering ditiup mereka adalah rakyat perlukan perubahan dan UMNO perlu berubah. Mereka kemudian mahukan lebih dari negara kita yang tercinta ini untuk mereka. Bukankah ini juga jln cerita PKR untuk menarik kaum lain menyokong mereka.

    Bagi saya di Selangor sebagai contoh, kaw DUN saya di menangi oleh UMNO walaupun Parlimennya oleh DAP. Dah lebih setahun selepas PRU12, saya tak pernah tengok pun ADUN kawasan saya di surau-surau atau masjid utama di DUN ini. Adakah beliau tidak bersembahyang, atau malu menunjukkan muka di khalayak warga kariah. Benda-benda kecil macam ni pun tak boleh buat, saya rasa kebanyakan ADUN dan MP dari BN/UMNO perlu digugurkan pada PRU 13 nanti. Tengok pula calun-calun wakil PAS dan PKR, sebelum nama mereka dishortlisted untuk dicalunkan pun dah menampakkan muka di kalangan masyarakat. Tiap tiap waktu di surau, kedai kopi, etc. Perancangan perlu dibuat beberapa tahun sebelum PRU. Bukannya spt UMNO dan BN, wakil-wakil paracute yg lebih yg tidak mendekati masyarakat. Itulah sebabnya masyarat jijik apabila kita selalu melaungkan UMNO sentiasda mendekati rakyat dan sbbnya.

    Dan lagi, apabila Pemilihan UMNO yg lepas, saya ada juga berlegar-legar di PWTC. What are all our leaders thinking? Dengan kereta-kereta mewah mereka, BMW, Mercs, AUdi, Jaguar, etc. Adakah mereka ini hendak menunjukkan kekayaan mereka kepada rakyat atau hendak berkhidmat untuk rakyat. Gunalah otak sedikit, jangan riak dengan apa yang mereka ada. Rakyat memerhatikan dan muak dengan penonjolan ini.

    Dan lagi, berhemahlah bila bercakap tentang money politics. Jgn dikelirukan rasuah dan politik wang. Rakyat jelek dgn pendedahan yg UMNO sendiri lapurkan ke atas pemimpin mereka sendiri. Jgn terpedaya dengan laungan transparancy oleh musuh-musuh diluar yg akan memakan diri UMNO sendiri.

    Ada banyak ide saya untuk dijadikan gerak gempur UMNO menuju PRU13 nanti. Saya sedia berkongsi dan tidak mengharapkan sangat apa-apa jawatan di dalam UMNO kerana saya mempunyai kerja tetap yg selesa.

    ReplyDelete
  2. Insafle bang, dah kalah tu..takyah le ngutuk PAS dah..

    AMbik wuduk, solat.p wat keje..

    ReplyDelete
  3. tahniah n syabas, inisiatif harus bermula dari kita sendiri utk membawa perubahan...

    kepimpinan melalui teladan !!!

    saya juga di melaka skg, apa2 pertolongan saya sedia membantu !!

    salam perjuangan

    x-pkr
    http://x-pkr.com
    (best view via firefox)

    ReplyDelete
  4. tahniah en shadan!!! saya menyokong penuh semangat yg ditunjukkan!!! apa lagi ketua pemuda bahagian jasin??En zaidi atan dan nkp en azman dolah???bagaimana dgn anda??? come on lah....bangkit..bangkit!!!!satu lagi sy nak komplain utk umno pusat..tahun 2007/08 kp cawangan sy ada hantar berpuluh2 borang keahlian pemuda dan amat MENDUKACITA kan hanya 6-8 borang sahaja diluluskan..kemana yg lain?????hairanlah dgn kes sebegini!!!mereka dah bosan

    ReplyDelete
  5. Salam cadangan yang bagus. Jangan kecewa abg. Kalau dilihat, sokongan kepada BN meningkat dari segi jumlah undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Pengundi melayu sudah mula memberi sokongan kepada BN tetapi pengundi muda melayu masih menyebelahi pembangkang. Pembangkang diperkuat lagi dengan sokongan 80% kaum cina dan India kepada mereka. Pendek kata, kekuatan pembangkang banyak didukung oleh kaum lain dan pengundi muda melayu.
    Apabila kita menyebut undi orang muda, sudah tentu ia berkait rapat dengan pemilihan pemuda baru2 ini. Jelas sekali, rakan2 saya di universiti dan yang baru mula bekerja sudah semakin jauh dari UMNO sejak kemenangan 'budak itam' menerajui pemuda tempoh hari. Kita tidak boleh tutup sebelah mata ataupun pekakkan telinga. Mahu tidak mahu kita perlu akui penolokan rakyat kpd kepimpinan tertinggi pemuda pada hari ini menjadi antara punca utama penolakan pemuda kepada PEMUDA UMNO/BN.

    Berkenaan dengan usaha yang dijalankan seperti kehadiran Tun M, saya berpendapat perkara ini bukan langsung tidak mendatangkan kesan, tetapi rakyat masih belum nampak sesuatu yang boleh dibuktikan oleh Dato Sri Najib kerana beliau tidak sampai seminggu menerajui negara. Kabinet juga masih belum dilantik. Saya fikir kita perlu memberi masa pada kepimpinan baru untuk membuktikan sesuatu.


    Jika dilihat dari statistik, usaha yang dilakukan UMNO bukan dilihat langsung tidak mendatangkan kesan. Sebagai contoh, semasa tsunami politik PRU 12, majoriti di bukit selambau dimenangi PKR sbyk 2362 undi. Tetapi pada pilihanraya kecil, ianya telah berkurang kepada 2148 undi. Ini bermaksud BN sudah berjaya menarik 214 undi majoriti dari PKR.

    Tatkala Anwar Ibrahim menyatakan Sarawak merupakan destinasi negeri yang akan ditakluk Pakatan Rakyat, cita-cita Anwar Ibrahim boleh dilupakan apabila BN bukan sahaja berjaya mempertahankan kemenangannya tetapi meningkatkan majoriti dari 806 undi kepada 1852 undi. Ini bermakna pertambahan 1046undi majoriti.

    Sementara di Bukit Gantang pula, walaupun BN tewas, Undi kepada BN meningkat berbanding pilihanraya umum/tsunami politik lepas. Pada PRU 12, undi BN di Bukit Gantang adalah 18,499 undi tetapi pada pilihanraya kecil baru-baru ini,BN menadapat 19071 undi, berlaku peningkatan sebanyak 572 undi.

    Maka berdasarkan statistik ini, kita jangan berputus asa. Teruskan perjuangan, kita tidak boleh mengubah persepsi rakyat kpd BN dalam sekelip mata, tetapi ianya merupakan satu proses yg berperingkat. Insyaallah, saya berharap DS Najib akan melakukan transformasinya dalam UMNO/BN.

    Teruskan Perjuangan Abg...
    Semoga Berjaya... Saya akan memberi sokongan selagi perjuangan kita berada pada landasan yang benar.

    Tkasih..

    ReplyDelete
  6. salam sdr muzaffarshah,
    saya amat menyokong cadangan sdr dan saya harap sekiranya sdr mempunyai pandangan bolehlah email saya..

    ReplyDelete
  7. sdr x-pkr,
    bantuan dan pertolongan sdr untuk perjuangan amat diperlukan..email dan contactlah saya utk kita sama-sama pastikan pkr terkubur..

    ReplyDelete
  8. sdr dadek30,
    saya tahu masalah sekatan keahlian memang terjadi di mana-mana..inilah dia salah satu punca umno tidak diminati org muda...saya harap desakan di peringkat pemuda bahagian sdr mesti dijalankan utk menerima keahlian mereka...

    ReplyDelete
  9. sdr rafiq,
    terima kasih atas pandangan teruskan perjuangan....

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah...

    http://aspirasi-baru.blogspot.com

    ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

    ReplyDelete
  11. Salam Perjuangan Saudara,

    Kami baru menubuhkan sebuah blog untuk ahli-ahli UMNO yang mempunyai blog.

    Jika saudara berminat, silalah ziarah blog kami.

    www.umnoblogger.blogspot.com

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."