Monday, January 19, 2009

NASIB POLITIK MELAYU DICATUR OLEH BANGSA LAIN


Salam,


Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu telah selesai. Alhamdulillah sebarang perkara yang tidak diingini tidak berlaku di sana. Barisan Nasional hari ini menerima hakikat kemenangan di pihak PAS dan BN akur dengan kehendak rakyat pada hari ini. PRK ini juga boleh dijadikan batu pengukur untuk kedua belah pihak, samada PAS ataupun UMNO. Yang pastinya yang menang akan mengatakan yang mereka bertambah kuat tetapi yang kalah pula dikatakan parti itu ditolak oleh masyarakat.


Sepanjang pemerhatian saya semasa PRK Kuala Terengganu ini bahawa samada kita sedar ataupun tak sedar bahawa setiap kali PRU atau PRK terdapat dalang yang menjadikan ini sebagai sumber mereka mencari rezeki. Mereka memperjudikan keputusan pilihanraya ini.

PENYOKONG PAS BANGSA CINA MEMAKAI IKAT KEPALA YANG TERTULIS KALIMAH "LAILAHAILLAH"

Untuk makluman pembaca sebelum saya ke Kuala Terengganu tempohari, saya telah pergi ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta saya. Semasa menunggu tayar kereta saya di tukar, saya didatangi oleh seorang berbangsa cina. Beliau bercerita keadaan politik di PRK Kuala Terengganu, dan beliau berani mengatakan kepada saya yang PRK Kuala Terengganu akan dimenangi oleh pihak PAS kerana ramai kaum dari golongan mereka mempertaruhkan jumlah yang begitu tinggi sehingga mencicah Rm100,000.00 sekiranya kemenangan di pihak PAS. Terfikir saya sejenak, apabila mengenangkan PRU yang lalu berlaku di Parlimen Kota Melaka. Selama 35 tahun Parlimen Kota Melaka tidak pernah di menangi oleh BN tetapi dengan pertaruhan judi yang terlalu tinggi pada tahun 2004 BN menang di PArlimen Kota Melaka.


Kesimpulan dari itu, sebenarnya kemenangan pihak PAS, PKR mahu pun BN adalah disebabkan perjudian diantara kaum lain. Oleh itu, sahabat ku sekelian janganlah kita membiarkan bangsa lain mengambil kesempatan mencaturkan politik Melayu di bumi Malaysia tercinta ini. Apalagi yang ada pada kita sekarang ini, hanya politik sahaja yang akan menentukan nasib agama dan bangsa kita...Sekiranya politik orang melayu boleh dicatur oleh bangsa lain, maka satu hari nanti bukan sahaja UMNO tetapi PAS juga takkan relevan lagi di Malaysia ini.....Salam Perjuangan...........

1 comment:

  1. semua itu berlaku kerana kebodohan dan kejelekan pengikut Pakatan Rakyat yg gagal memahmi perjuangan Islam sebenar

    by toksetiu.blogspot.com

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."