Cadangan daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO supaya sayap-sayap UMNO dimansuhkan adalah satu perkara yang mustahil. Idea yang dilontarkan beliau itu supaya UMNO dapat menyusun semula pertubuhan politik yang dianggotai oleh lebih 3 juta ahli dan gejala politik wang didalam parti boleh dibendung jika pemilihan parti dapat dikurangkan.
Pemimpin ahli UMNO janganlah mudah lupa kepada jasa dan sumbangan sayap-sayap UMNO. Jangan disebabkan UMNO dihimpit masalah kekurangan pengaruh orang Melayu, sayap-sayap ini dijadikan tempat melongokkan kelemahan dan kesalahan parti. Perasaan barisan pelapis perlu dijaga. Kesetiaan mereka menyertai UMNO tidak perlu dipertikaikan.
Bagi saya, UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan menghapuskan sayap-sayap UMNO. Kerana kita harus bimbang satu hari nanti tiada lagi golongan muda yang mendekati UMNO.Trend pengundi muda boleh kita lihat didalam PRU12 tempohari, pengundi muda lebih cenderong kepada parti pembangkang. Jadi UMNO perlu mendekati golongan muda dan memahami apa kehendak mereka, bukan mengenepikan mereka atas perbuatan politik wang golongan lebih senior daripada mereka.
Oleh itu kesimpulan dari itu, politik wang harus dihapuskan, tetapi bukan dengan cara memusnahkan sayap-sayap........SALAM PERJUANGAN!
Betul,yg perlu di hapuskan politik wang..Mcm mana nk hapus,pandai² UMNO lah.Pasal politik wang lah..imej UMNO terjejas teruk.
ReplyDeleteSayap² muda ni perlu di didik dr sekarang.Ahli mereka ramai.
Nanti nk campak mana mereka semua.Sayap² ni lah yg perlu mendekati pengundi muda,memancing minat mereka..Sbb muda mudi alaf baru ni mudah trima pendapat golongan muda jg.
puteri umno ni aku tengok suke dekat2 and pancing laki2 orang aje...
ReplyDeleteputera2 umno ni pulak ramai yang mat rempit.. suke dekat2 and pancing bohsia....
macamane la umno tak rosak.... kau tanye mane nak campak dorg eh...?
kalau ikut cakap YB dato mohamed aziz MP sri gading, johor tu, campak aje kat laut... kasi jerung2 makan... silap2 jerung pon tak lalu telan budak2 nih...
memang betul.. org mude dengau cakap org mude aje... org2 tue skrg tak up-to-date.... asyik2 pikir masyuk and kroni aje... maksud aku umno2 yang dewase2 ni la...
sdri qasehnuryz,masalah politik wang ini bukan sahaja ada di umno, di semua parti ada, cuma yg mereka duk perbesarkan wat apa.yang pastinya selepas ini kita sama-sama perjuangkan agama, bangsa dan negara.
ReplyDeletesdr tofik,
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan, keburukan perangai seseorang itu bukan lah kerana partinya, seolah-plah mcm budak umno ni sahaja yg tak betul.Di kampung saya ada juga penyokong PAS yang berjudi.oleh itu keburukan perangai bukanlah kerana parti, ibu bapa kenalah didik anak dgn sempurna
Yang banyak main politik wang bukan sayap-sayap UMNO. Tapi di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Ketua bahagian, ahli exco...
ReplyDeletesyorkan agar pemuda/puteri UMNO terus membuat aktiviti2 yang boleh menarik minat golngan muda. Ketua bahagian dah tak boleh harap dah. kalah bertanding, pi lompat parti!
mereka la yang merosakkan UMNO sebenarnya. Bukan sayap!
tu la...
ReplyDeletelain kali pemimpin kene ajau follower supaye buat amal ma'ruf nahi mungkar...
ini lagi hebat pulak buat akiviti hedonisme....
kalau ade org pas yg macamtu mmg la jenis korok... pade aku, tu jenis tak ikut aktiviti parti... sekadar nak syok2 aje...
kalau bdk2 pas ni pegi majlis tarbiyyah tiap2 minggu gerenti takde la bawak perangai hawau mcmni...
so, sindri mau ingat kat mangkuk2 nih....
yang penting pade aku, kadang2 buruknye sesuatu organisasi tu adalah disebabkan ahli2nye..
itu fakta yang jelas...
(dah banyak kali aku sembur bhgn pemuda pas kat tmpat aku nih, tmasukla ketua pemuda die pasal tak tau t/j)
*kalau pikir dunie jangan sebut nak berjuang kerane agame.....
Pemuda dan Puteri UMNO tidak perlu dibubarkan disebabkan berlaku politik wang .. jika ia dibubarkan ,siapakan yang akan membela dan menrancang aktiviti2 dengan golongan belia ?? tak kan kita hendak Najib yang ketika itu menjadi PM turun padang bersama golongan muda seperti rempit semua ini ..
ReplyDeleteuntuk menarik golongan beliau bersama UMNO adalah pemimpin muda yang berjiwa muda ,kental dan boleh terjun ke alam golongan sertia menjiwai naluri mereka ..
politik wang ini boleh dihapuskan sedikit demi sedikit dengan menghapuskan sistem kuota untuk bertanding .. jika sistem ini dihapuskan ,maka gejala politik wang diperingkat pencalonan ini dapat dihapuskan ..
sdr ezad dan pejuang bangsa,
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan.yang pastinya marilah kita sama-sama memastikan agama, bangsa dan negara kita terus terbela.salam perjuangan
salam sdr tofik,
ReplyDeletetahniah diatas pandangan yg berani sdr buat terhadap ketua pemuda pas sdr.sdr satu-satunya pemimpin yang tak taksub.yang tak betul tetap kata tak betul.pemimpin muda seperti sdrlah berfikiran terbuka klu disatukan dengan pemuda umno saya yakin bangsa lain MCA,DAP dan MIC tentu tak berani pada kita.marilah kita sama-sama membela nasib agama dan bangsa kita.salam perjuangan!
... seharusnye pemikiran kene la macam pemimpin... bukannye berebut2 nak jadi pemimpin... sampai nak tabur2 duit kat org2 cwgn dan bhgn nak angkat pemimpin tertentu... ape barang? ape kahau? aku nampak umno aje yang buat mcmtu... kalau org pas buat mcmtu aku akan keluau parti... baik aku masuk tabligh aje lagi bagus... kerana Islam lah semua bangse bersatu... buat ape nak takut2kan kaum yang lain selain melayu nih supaye nak takutkan melayu...? kalau balik pade Islam dah tentu kita dapat pasang strategi masukkan dorg ni dalam Islam.... buat ape aku nak pikir jadi pemimpin...? bukan keje aku... tu semue keje Allah taala..
ReplyDeleteloktang sangat nak lobi2... blah la.. ditakdirkan Allah aku jadi pemimpin pon pasal Allah suruh pegang amanah.. berat amanah ni oii.. kalau kau tau erti amanah nih gerenti kau tolak jawatan punye... yang penting same2 kembali pade Islam dan tegakkan kalimah tauhid kat bumi Allah nih... tak gune bela bangse kalau agame tergadai... pasal ape, bile kau bela Islam.. Islam tu akan sendrinye bela sesuatu kaum tuh....
sindri mau ingat...
Salam Saudara,
ReplyDeletebukan mudah untuk mencari yang tidak memandang pada wang dan kuasa....tak kira UMNO/PAS dll..Saya sendiri melihat pemilihan di bahagian penuh dengan politik wang ..kelu..tak terkata..jika waktu saya kecil dahulu..politik menjadi idola ..kepimpinan melalui teladan..now..I lost faith in my leaders ..especially Bahagian...keciwa itu pahit ...tapi pada orang miskin dan kais pagi makan pagi...Allah sahaja yang tahu penderitaan mereka. so much for talks ...tapi more or less the same ...omong kosong ...coretan ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya lalui ..sekadar ingin berkongsi.
salam sdri,
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan, tetapi bukan sahaja umno terlibat dengan wang semua parti semuanya sama.semasa musim pertandingan, calon mestilah turun berjumpa perwakilan dan sudah pasti ada jamuan untuk menerangkan visi mereka...jamuan itu juga memerlukan wang dan apa jua aktiviti yang dilaksanakan, kita memerlukan wang.segala program politik manalah boleh guna duit kerajaan...klu kita nak jadi pemimpin mestilah mempunyai wang utk menyara apa jua program, klu kita tidak boleh membiayai keluarga kita macam mana kita mahu memimpin dengan melaksanakan apa jua program...
sayang pas masih berada dalam fantasi seksualiti politik sendiri. ini lah masalah yang akan berlaku terhadap pas apabila senantiasa berada di dalam kelompok mereka sahaja.
ReplyDeletesalam gullit,
ReplyDeleteapa-apa pun kita bangga dengan ketua menteri kita buat di melaka.dengan pembangunan dan kemewahan yg kita nikmati selama ini di melaka, org melayu pas dan cina DAP pun gembira.dan yakin pru13 di melaka akan tetap kerajaan bn.salam perjuangan!
Salam kembali ..
ReplyDeletedisebabkan dalam semua parti lain pun ada itu lah yang menyebabkan tiada perbezaan antara kita...kalau setakat belanja keraian ..itu tidak lah besar mana ..ini melibatkan wang puluhan ribu ringgit utk orang2 tertentu...setakat bagi duit like ang pao for utk bantuan kecil tu ..i admit semua parti ada ...tetapi yg kes2 besar ..yang membeli nilai kesetiaan pada parti ...dengan wang ringgit...I grew up dengan UMNO dari kecil..we were exposed to many stories of the elders of UMNO....bila sekarang ..situasi nya amat beda ...hampa...tapi tidak lah sehingga lompat parti...itu bukan etika keluarga kami ..hanya UMNO yang mampu mempertahan kan Melayu..for the time being..again ..this is only my personal opinion.
salam sdri sha,
ReplyDeleteterima kasih di atas pandangan.oleh itu kita sama-sama pastikan yg umno akan terus diterima masyarakat.dan kita tetap perjuangkan agama bangsa dan negara kita.slam perjuangan!
Nafsu dan wang rasanya sinonim. Kalau manusia normal semestinya akan akur yang kedua-dua perkara itu perlu dan memang dicari.
ReplyDeleteJadi adakah UMNO akan bersih dan selamat sekiranya sayap dipotong atau pun kaki dipotong?
salam mountweller, sokong 100%....
ReplyDelete