Salam,
Samada PAS sedar ataupun tak sedar, selepas ni Menteri Besar di Perak dan Selangor terdiri dari orang DAP. Semalam Presiden DAP telah mengumumkan bahawa, selepas ini mereka akan membanyakkan lagi pembukaan cawangan di kalangan orang melayu dan mereka juga akan memperbanyakkan lagi calon-calon wakil rakyat dari kalangan Melayu dan juga dikalangan ustaz.
Kalau kita melihat statistik keputusan PRU 12 tempohari, kedudukan PAS bukanlah kuat sangat pun. Keputusan PRU12 tempohari di Dewan Undangan Negeri:
Perak (BN=28 ;PAS=6 ; DAP=18 ;PKR=7)
Selangor (BN=20 ; PAS=8 ; DAP=13 ; PKR=15)
Saya yakin selepas ini Pakatan Rakyat akan meninggalkan PAS yang selama ini menjadi tungangan DAP semata-mata. Ini merupakan strategik DAP untuk mereka menerajui negeri-negeri dan DAP sedar bahawa Menteri Besar hendaklah dikalangan Melayu dan Islam, oleh itu mereka sangup meletakkan calon yang akan bertanding nanti dari kalangan melayu dan ustaz, yang penting misi penubuhan Republik Malaysia akan tercapai. Saya juga tertarik dengan statement yang dikeluarkan bahawa sekarang ini terdapat seorang ustaz yang akan menyertai DAP dan ini menunjukkan bahawa ustaz ini bersetuju dengan DAP yang selama ini tidak menerima hukum hudud dan qisas dan tidak mahu mengujudkan negara ini berkonsepkan islam.....
Terfikir sejenak dengan kata-kata Y.B Dato' Seri Khir Toyo, apabila beliau menerima keputusan PRU 12 tempohari. Beliau telah mencadangkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali agar PAS dan UMNO digabungkan di Selangor, dan beliau mahu jadikan Selangor merupaka negeri contoh yang pertama penyatuan Melayu. Y.B Dato' Seri Khir juga telah menawarkan agar sekiranya bergabung Menteri Besar dikalangan PAS. Malangnya kerana PAS terlalu sayangkan DAP, mereka tidak pedulikan penyatuan Melayu. Sekarang saya yakin, barulah PAS sedar permainan licik yang dilakukan oleh DAP...
Sekian...Salam Perjuangan
Salam Bro,
ReplyDeleteMustahil PAS x nampak situasi ini.Kalau kita 'org2 biasa' ni boleh nmpk perancangan DAP,tak mungkin mereka buta mata dan telinga dengan perkara2 yg sudah terang lg bersuluh ni.
Jgn nti sudah terhantuk baru tergadah..baru nk menyesal di kemudian hari.
Dan masa tu baru melayu BN,PKR dan PAS nk bersatu agaknya?
Salam Ziarah :-)
ReplyDeleteJom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com
Hmm . .
ReplyDeletesalaams, dengar lagu ni teringat lak masa minggu suai kenal dulu....lagu ini jadi lagu tema :)
ReplyDeleteTuan memang telus mata. Nampak yang ketiga2 mereka terlupa mahu berkhatan.
ReplyDeleteKasi potong habislah Tuan.
Salam.
Salam Dan,
ReplyDeleteAku hilang kata-kata hahaha. Eloklah satu hari nanti kau bertanding lawan 'ayam' hahaha.
Wassalam.
Sometimes, bila difikir-fikirkan balik, bangsa kita berpecah belah adalah disebabkan oleh kita sendiri.
ReplyDeleteSalam ziarah balas,
ReplyDeleteMemang PAS melirukan. Macam cicak kubing. Berubah warna dari batang ke batang.
Salam,
ReplyDeleteKadang kadang bomoh akan 'mematahkan' tulang yang dah sememangnya patah untuk di buat rawatan pemulihan... Orang Melayu mungkin terpaksa 'di asak' bertalu talu sebelum mereka sedar apa itu nilai perpaduan dan dari mana datangnya kuasa..
Sekarang sudah begini
ReplyDeletePerak (BN=27 ;PAS=6 ; DAP=18 ;PKR=8)
sebab Nasarudin ADUN Bota dah masuk PKR.
Memang tak mustahil DAP boleh pegang Menteri Besar Perak, sekaligus post kritikal EXCO Tanah. Rasanya atas isu ini, UMNO boleh menang balik 9 kerusi Melayu yang sekarang ni di tangan PAS dan PKR, cuma kenalah kerja dari sekarang. Dan eloklah tukarkan Tajol tu. ADUN sendiri pun tak boleh jaga.
Lawat saya di http://tansrimat.blogspot.com