Tuesday, January 27, 2009
KERAJAAN BN MELAKA MASIH KUAT
Salam,
Walaupun kita kehilangan satu wakil rakyat Dun Bota di Perak tetapi saya amat yakin keputusan adun tersebut adalah keputusannya sendiri dan bukan keputusan rakyat. Y.B Datuk Nasaruddin Hashim Adun Bota itu difahamkan bahawa beliau merajuk di atas keputusan pemilihan Umno di Bahagian beliau, yang mana beliau telah kalah untuk menjadi Ketua Umno Bahagian tersebut, oleh itu beliau membuat keputusan untuk menyertai PKR. Si bodoh ini bukanlah seorang pejuang sejati, beliau adalah pejuang yang ingin kedudukan.
Walaubagaimana sekalipun saya amat berbangga dengan Ketua Menteri Melaka yang bekerja keras di Melaka ini. Jangan kita duk hiraukan yang wakil rakyat Bota itu, keputusan beliau adalah keputusan perseorangan dan bukan seperti di Musai Bukit Baru Melaka yang mana keputusan berkumpulan di mana 40 orang ahli PAS telah menyertai Umno yang diketuai oleh Sdr Ismail Bin Tompang. Sdr Ismail telah menyertai PAS selama lebih 20 tahun dan hari ini beliau berasa hampa dengan perjuangan PAS yang tiada hala tuju itu.
Sebagai anak Melaka saya amat yakin di bawah kepimpinan Y.A.B Ketua Menteri Melaka sekiranya berlaku ombak perubahan seperti PRU 12 tempohari, Melaka akan tetap dibawah kerajaan BN. Rakyat Melaka amat terhutang budi dengan kerajaan BN dengan pembangunan dan kemakmuran yang ada di negeri ini. sekiranya tuan-tuan ke Melaka, sdr bolehlah saksikan sendiri kehebatan pembangunan yang dihasilkan oleh kerajaan BN Melaka, saya yakin sdr akan datang untuk kali kedua.
Pantun wajib negeri Melaka:
"KAPAL DAGANG DARI SEBERANG,
BAWA MUATAN KAYU MERANTI,
DARI JAUH TUAN-TUAN DATANG,
KAMI ORANG MELAKA SEDIA MENANTI"
Salam perjuangan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA
"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."
saya cukup suka pantun saudara tu. memang hebat orang melaka berpantun!
ReplyDeleteinsya Allah ...
ReplyDeletesemoga Melaka terus sejahtera di bawah kepemimpinan YAB Dato Ali, yg sentiasa mesra rakyat walau di mana berada
ReplyDeleteby toksetiu.blogspot.com
Alhamdulillah Pahang juga cemerlang seperti Melaka, tiada yang akan lompat ke PR.
ReplyDeleteNizar ni betul2 bodoh, dulu kes beri tanah kini kes ADUN Bota lompat parti.
Yb bota lompat ke PKR bukan PAS. Yang Nizar Happy Sangat Buat Ape?.
Kalu dah ramai ADUN PKR maka lepas ini MB PAS semakin jadi boneka dan jawatan pun akan terlepas kepada PKR.
KENAPA ANWAR SUKA BUNTUT???
ReplyDeletehttp://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html
sdr nobisha,utk makluman sdr pantun itu merupakan pantun wajib negeri melaka dan kami berharap agar sdr sekelian dtg ke melaka.
ReplyDeletetok setiu, terima kasih atas doa sdr, saya juga berdoa agar bn ditempat sdr juga akan terus bertambah kuat..teruskan perjuangan
ReplyDeletesdr waris pahang, teruskan perjuangan dan pastikan bn masih relevan di pahang
ReplyDeletesdr gomo, sama-sama kita serang pakatan rakyat...
ReplyDeleteSalam perkenalan,
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyokong perjuangan kami. Berharap dapat bekerjasama dan bertukar-tukar buah fikiran di masa hadapan. Mari kita bersama memulihkan imej UMNO yang sudah tercalar. Selamat berjuang!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Sdra Shadan,
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat blog saya. Semoga kepimpinan sdra berjaya utk terus memertabatkan nusa.