Monday, February 16, 2009

AJAK PAS GABUNG HANYA RETORIK UMNO-HARAKAHDAILY


"16 Feb (harakah)-Pas Perak diharap tidak terpengaruh dengan cadangan pemimpin UMNO yang mengajak pemimpin parti itu bergabung di atas nama perpaduan Melayu. Beliau juga turut mengingatkan kepada penyokong PAS supaya mengingati pesanan Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan menolong UMNO seumpama melepaskan anjing tersepit-Bekas YDP Majlis Perbandaran Kota Baharu Haji Ramli Abu Bakar"

Salam,

Kalau hidup sudah terlalu berpolitik inilah padahnya sehinggakan agama dan bangsa sanggup diketepikan...PAS telah menganggap UMNO seperti anjing yang tersepit, tetapi dia lupa yang dia seolah-olah seperti lembu yang telah ditindik hidung. Pas ikut jer cakap DAP yang lebih nyata lagi telah menentang hudud dan mencabar institusi Raja Melayu....

Wahai penyokong PAS, ko tu bukan kuat sangat ....kekuatan Pakatan Rakyat bukanlah bergantung sangat pada PAS pun...Janganlah duk rasa diri tu bongkak sangat. Sekarang ni pun rakyat dah mula perasan yang PKR ini adalah perosak bangsa..Saya yakin selepas ini PKR tidak akan relevan lagi dengan orang Melayu...Kalau PAS masih lagi bersama dengan perjuangan DAP maka akan tercapailah cita-cita ANWAR dan KARPAL SINGH untuk membina sebuah Republik....

7 comments:

  1. ada penyokong pas yang tidak puas hati dgn apa yg berlaku dlm pr sndri.demi dendam terhadap umno mereka sanggup ikut cakap dap dan pkr..

    ReplyDelete
  2. im non partisan

    whatever it is, pandangan sy..
    memang benar, apa lah org Pas ni..dah terang lagi bersuluh masih x nampak

    ReplyDelete
  3. Itu sebab saya katakan bahawa PAS tidak mampu memimpin ummat Islam di negara ini sebab mereka begitu lemah dan sentiasa dibayangi ketakutan. Kedudukan mereka yang agak baik dalam politik sekarang sekadar satu kemujuran, yakni menumpang PKR dan DAP ekoran pengundi bukan Melayu berpaling tadah.

    Lihat posting terbaru saya dalam blog waadat berkenaan perkara ini dan perbandingan Pejanjian Hudaibiyah.

    ReplyDelete
  4. Pas harus mempertimbangkan cadangan YB Datuk Mukhriz ini demi kepentingan Islam dan Melayu... Lebih baik bergabung di bawah BN dari PR. fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  5. Sejarah telah membuktikan orang melayu hanya akan bersatu setelah ditimpa musibah seperti 13 May 1969.Maka tunggulah musibah sekali lagi agaknya baru nak bersatu.

    ReplyDelete
  6. pandangan DMM harus kita pandang secara positif yang jelas hanya UMNO sahaja yang boleh membimbing PAS ke arah menyatupadukan kekuatan melayu. PKR bagi saya parti yg berpaksikan kepada yahudi.. sebab anwar adalah anak angkat kepada negara Israel..

    ReplyDelete
  7. Kalau ada keikhlaasan kedua belah pihak kenapa tak boleh bersatu demi bangsa dan agama.

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."