Friday, February 6, 2009

YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERKICIRAN

Salam,

Yes...dari satu bulan ke satu bulan aku menunggu yang si Anwar tu kata nak ambil tampok pemerintahan negara....seram sejuk juga bila kita tengok diaorang pergi melobi ahli parlimen agar masuk PKR, hinggakan BBC pergi luar negara pun depa duk hantar orang untuk lobi masuk PKR...Rupa-rupanya apa yang mereka kejar tak dapat tetapi yang dikendung pulak terlepas..

Alhamdulillah, akhirnya mereka sendiri bencikan pemerintahan Pakatan Rakyat. Yang lompat parti ke Bebas dan BN tu semua bukan kecik anak lak tu..semuanya bukan ADUN biasa..exco-exco dan Timbalan Speaker lagi, jelas kita dapat lihat orang-orang kanan mereka sendiri tak percaya dengan mereka.

Setelah perkara seperti ini berlaku puak-puak pembangkang duk kata BN bagi rasuah agar mereka lompat parti...dari segi logiknya tak masuk akal pun kalau BN nak bagi rasuah kat mereka..Masa Adun mereka kena tangkap kes rasuah dan perempuan cina, perkataan pertama yang dilontarkan pada BN dia kata, "ini semua adalah rancangan yang diaturkan oleh BN". Kalaulah aku yang kena tangkap tu, sudah pasti aku langsung tidak percayakan BN dan sudah pasti aku akan lawan habis-habisan kerana ini merupakan maruah aku. tetapi terbalik pulak...

Yang pastinya mereka lompat parti bukanlah kerana mereka diberi rasuah cuma mereka dah sedar yang mereka telah ditipu oleh Pakatan Rakyat...Next negeri mana lak yer......?

3 comments:

  1. salam ziarah

    Semoga Melaka terus mencipta sejarah.

    ReplyDelete
  2. salam sdr fital dan lawyer garang, terima kasih atas feedback teruskan perjuangan!

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."