Salam,
Masalah kegawatan ekonomi pada tahun ini adalah lebih teruk dibandingkan pada tahun 1998. Masalah ekonomi ini bukanlah sahaja di Malaysia tetapi ini merupakan masalah global...oleh itu pekerja-pekerja yang telah diberhentikan pekerjaannya, janganlah menyalahkan kerajaan...usaha untuk mendapatkan pekerjaan semula oleh pihak kerajaan juga telah dibuat, namun pastinya tidak semua yang akan mendapat pekerjaan yang baru...
Jesteru, sebagai rakyat yang memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan, kita tidak sepatutnya berharap kepada kerajaan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah kita. Kita juga boleh berusaha sendiri untuk membiayai diri dan keluarga kita. Bila kita memperkatakan berusaha sendiri, perniagaan merupakan satu sumber pendapatan., usahlah kita impikan perniagaan bernilai jutaan ribu ringgit, tetapi perniagaan kecilan juga mampu menampung keluarga kita. Perniagaan seperti pondok burger atau perniagaan perkhidmatan seperti pembersihan pejabat-pejabat juga boleh mendapatkan hasil yang lumayan.
Untuk makluman pembaca, pihak kerajaan Melaka juga telah meminta agar pihak Kerajaan Tempatan mempermudahkan permohonan lesen perniagaan kepada pengangur...oleh itu, berniaga kecil-kecilan juga digalakkan oleh pihak kerajaan untuk menampung hidup kita...
Jelas, rezeki halal berada dimana-mana dan bukannya hanya di pejabat berhawa dingin semata-mata.Soalnya, apakah kita mahu mencari rezeki dengan apa cara sekalipun atau dengan menunggu rezeki datang bergolek?
Ia juga banyak bergantung kepada macam mana kita melihat peluang-peluang yang terbuka luas itu. Sekiranya kita melihat sebagai satu cara mencari rezeki yang halal, kita akan melihatnya sebagai satu peluang. Sebaliknya, sekiranya kita melihat pekerjaan tadi memenatkan, tidak menjana banyak wang atau memalukan, maka ia bukanlah pilihan sesuai untuk kita. Tepuk dada, tanyalah selera.....
Friday, February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA
"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."
Saya rasa sedih, geram dan kecewa dengan nukilan yang terdapat di Buku pelawat DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. Semacam saya berada di zaman puak Gasar, puak kanibal yang tidak tahu adab sopan, tidak tahu tata susila serta tidak langsung menghormati Sultan / Raja sendiri.
ReplyDeleteKomen-komen yang tidak beradab ini akan pula dibaca serta diterjemahkan oleh bangsa-bangsa lain diseluruh pelusuk dunia. Adakah kita akan rasa bangga menjadi bangsa yang berjaya memalukan dan mencaci maki rajanya sendiri?
Jika kita berani berkelakuan serta mengeluarkan kata-kata kesat begitu kepada raja sendiri, jangan fikir bangsa lain akan menghormati raja kita malah mereka akan buat yang lebih hina dari itu kepada kita dan raja kita.
Bangsa kita ni kecil sahaja, tiada apa-apa keistimewaan pun di mata bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka cuma kenali kita dengan perkataan 'AMUK'. Mungkin hanya itu sahaja kelebihan yang bangsa kita ada.
Perkara ini jika dibiarkan akan mewujudkan satu masyarakat yang tidak lagi menghormati institiusi beraja. Keadaan ini sangat berbahaya untuk negara majmuk yang mana bangsa asalnya masih belum sedia berdikari dan masih ramai dibelenggu kemiskinan serta mengharap raja sebagai payung mereka.
-Kontraktorwibawa.blogspot.com
salam kontraktorwibawa,
ReplyDeleteamat sokong, ini merupakan satu permainan politik pihak pembangkang yg cuba ingin menjatuhkan institusi raja-raja agar cita-cita mereka utk menjadikan republik malaysia akan tercapai.
Salam Bro,
ReplyDelete1. Hidup Pemuda...Hidup Pemuda...Hidup Pemuda.
2. TQ kerana sudi datang blog saya.
3. Selamat Maju Jaya