Sunday, February 8, 2009

RAKYAT MELAKA MENDESAK AGAR TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP PENDERHAKA.....





Salam,
Gambar-gambar semasa perhimpunan Aman membantah kenyataan Karpal Singh terhadap Raja Melayu....
Kalau dulu mereka (Pakatan Rakyat) telah berjaya menghasut rakyat supaya membenci Pemimpin Barisan Nasional dan kini mereka sedang berusaha untuk menghasut rakyat membenci kepada Sultan....Mereka memang berhajat ingin menghapuskan Raja-Raja Di Malaysia ini dan cita-cita mereka akan tercapai untuk dijadikan Republik seperti di S'pore.....
SALAM PERJUANGAN!


9 comments:

  1. tahniah bro... semoga perjuangan pemuda belia terus dirahmati oleh Allah swt... en topik dah keluar parti ker??? :)

    ReplyDelete
  2. we should always stand united. the problem with us is that we have so much need to be in power, everything that we do is governed by our own self interest.
    mentaliti kita perlu diubah...

    ReplyDelete
  3. Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
    Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
    Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
    Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.

    ReplyDelete
  4. salam gullit,
    terima kasih atas sokongan, siapa en topik?

    ReplyDelete
  5. Apa jua alasanya .... pasa DAP dan Keadilan telah kehilangan kuasa diperak itu yang jelas ... tak perlu nak pelbagaikan alasan....terimalah balasan darai keangkuhan sebagai hukuman.....UMNO dan BN akan tetap menang dengan hebat dan cemarlang dimasa akan datang .... tak percaya lihatlah nanti kerana sejarah telah membuktikan ...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Umat Melayu Melaka kerana memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Sultan Perak dan Rakyat Negeri Perak.
    Kesultanan Perak juga adalah kesambungan kesultanan Melayu Melaka.
    Berjuanglah demi Agama ,Bangsa dan Negara.
    Jangan biarkan Bangsa pendatang menjajah pemikiran dan kedaulatan Bumi bertuah ini TANAH MELAYU.

    ReplyDelete
  7. Tahniah abg. Semoga abg terus berjuang ke jalan yang benar. Saya akan bersama-sama abg selagi abg berada pada landasan perjuangan yang benar. Tahniah..

    ReplyDelete
  8. Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

    Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

    Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

    Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

    Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

    Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

    ReplyDelete
  9. daulat Tuanku.
    Junjung perintah!!

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."