Wednesday, February 18, 2009

DEBAT....AKHIRNYA MAKAN DIRI SENDIRI...


Salam,
Kerana ingin menunjukkan kehebatannya bercakap kononnya, hasil dari debat yang dianjurkan didalam program hujah TV9 malam tadi memakan diri Y.B Sdr Khairy. Setelah selesai saya menonton program tersebut saya bertanyakan kepada kawan-kawan perwakilan dan juga kawan-kawan politik di kedai-kedai kopi. Rata-rata memaklumkan bahawa perwatakan dan memek muka Sdr Khairy telah memberi kesan negative kepada rakyat...Pagi tadi semasa saya minum pagi di sebuah kedai kopi, saya terdengar salah seorang pengunjung kedai tersebut bercerita tentang program tersebut sambil berkata "aku meluat ar tengok memek muka KJ tu..." aku cuma diam sahaja kerana saya tidak mengenali sipolan tersebut...mungkin mereka ini dari pembangkang atau penyokong umno di peringkat akar umbi.....
Oleh itu, kalau itulah kehendak akar umbi, saya ingin bertanya kepada saudara/ri , sekiranya sdr/sdri merupakan perwakilan...sipakah yang sdr/sdri pilih....?
Salam perjuangan............

21 comments:

  1. salam mesra..jgn dok asyik berpolitik sangat ya bang..so sila lawati laman web kami di http://b4bsrinawar.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Auuum !

    Debat adalah suatu yang berbentuk sihat

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya melihat ketokohan ketiga-tiga mereka yang begitu unik dan berbakat besar. Alangkah baiknya jika mereka sering duduk berbincang dan bekerja untuk mengembalikan perjuangan UMNO pada landasannya. Saya percaya, jika mereka mahu berpakat, insya-Allah wawasan 2020 akan kita capai dengan cemerlang dan para pembangkang tidak akan berani menyanggah kerajaan lagi.

    Program malam tadi memang menarik. Prof Agus yang selama ini pintar melontarkan soalan provokasi juga 'gagal' menjerat ketiga-tiga mereka. Saya melihat masing-masing saling mempertahankan, bukan sahaja diri sendiri malah juga rakan-rakan.

    ReplyDelete
  4. Aslkm... sudah terlanjur pendapat diminta, maka saya ingin memberi pandangan. Ciri-ciri calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah seperti berikut:

    1.)Tidak terlibat dengan politik wang
    Janganlah kita memilih mereka yang terlibat dengan politik wang. Di sini saya ingin membezakan antara wang politik dengan politik wang. Bagi saya, untuk pertandingan Pemuda UMNO peringkat pusat, wang RM100-RM200 adalah amount yang wajar. Ini kerana, sekurang2nya dapat melepaskan kos-kos pengangkutan,makanan dsb. Tetapi bagi mereka yang membeli pencalonan sehingga RM 50,000-RM200,000 satu bahagian,KITA HARUS MENOLAK CALON INI. Apabila kita memilih perasuah menjadi pemimpin negara, rakyat/pengundi yang bukan ahli UMNO akan menolak mereka dan kesannya ya,memang kita akan menang dalam UMNO, tetapi kita akan hancur dan kecundang dalam PRU 13...

    2.) Jangan pilih pemimpin kerana personal touch/tiba-tiba caring yang bermusim.

    Beberapa bulan sebelum pemilihan, tiba-tiba datang makhluk Allah ini tiba2 mengambil berat,menghantar SMS, bertanya khabar,menelefon berulang kali, menghantar agen melayan perwakilan keluar minum dsb..Ini adalah sikap yang TIDAK TULEN dan BERBUAT-BUAT...

    Sejarah telah membuktikan bahawa BN sudah mula ditolak dengan sikap kerja/mengambil berat bermusim. Hantarlah berduyun2 jentera RISDA, UDA, PELADANG dsb semasa pilihanraya umum dan kecil memberi bantuan itu dan ini, tetapi akhirnya RAKYAT MENOLAK BANTUAN/PERTOLONGAN BERMUSIM...

    Tanya diri kita mana dia makhluk "caring" ini semasa menjawat jawatan tinggi/mempunyai jawatan dalam kerajaan/disandangnya?

    Dan mereka yang lalai dengan "caring bermusim" ini akhirnya akan sedar satu hari sebaik habis menyuarat pemuda pusat...

    Sebaik shj selesai myrt agung, tiada lagi panggilan telefon, tiada SMS, tiada lagi ajak minum, tiada lagi wang, tiada lagi ambil berat, tiada lagi tanya khbar, tiada lagi semuanya...

    Nasi dah jadi bubur, semuanya terlambat...

    3.) Jangan hanya pilih calon disebabkan pandai berdebat/berpidato semata2.

    Jangan kita pilih calon yang hanya pandai bercakap tetapi "cakap tak serupa bikin"kata orang. Jangan cerita mengenai Rasullullah saw kalau sanggup membayar berpuluh, bahkan beratus ribu ringgit untuk satu pencalonan. Berhati2, Rasullullah saw berpesan, di akhir2 zaman ini, begitu ramai kaum munafik... Lihat kualiti kerja sesorg...

    Kalau kita lihat sejarah. Tun Razak, Tun Hussien dan Tun Dr Mahathir tidaklah hebat berdebat dengan intonasi yang hebat seperti Anwar Ibrahim dsb,tetapi kualiti kepimpinan,keikhlasan,kejujuran dan daya juang yang tinggi telah membawa Malaysia ke mercu jaya.

    Tun Razak dengan Petronas dan Gagasan DEB nya

    Tun Hussien dengan bapa perpaduannya

    Tun Mahathir dengan Wawasan 2020 dan pembangunan pesat sehingga Malaysia terkenal di seantero dunia...

    Itulah ciri-ciri yang perlu ada bagi saya dalam usaha memulihkan UMNO semula. Harus diingat, tersilap langkah kita memilih. UMNO akan terkubur buat selamanya..

    Akhir kata, jika ditanya pada saya, Saya mahukan pemimpin yang simple,ikhlas,berani berjuang menggadai nyawa menyertai misi kemnusian bersama mercy Malaysia di Iraq, Afghanistan dan Palestin mengetepikan perasaan takut pada kematian diserang tentera zionis, berani menanggung risiko dipecat dari UMNO/tidak dilantik menteri kabinet akibat kelantangan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang lain semua tiada telur dan yes man ketika itu),bertanggungjawab, berani mengkritik kepimpinan MCA, Gerakan dan DAP yang menyentuh hak Melayu, digemari/disukai bukan shj oleh kaum Melayu malahan Cina dan India (kagum melihat berduyun2 bangsa Cina dan India mahu bersalam dan mengambil gambar dgn beliau di KLIA),TIDAK RASUAH (Membeli pencalonan sehingga RM 50k -RM 200k) dan yang paling penting, PILIHAN AKAR UMBI...

    Beliau tidak lain dan tidak bukan YB DATUK MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR

    Sekian, terima kasih

    Berani berubah!!!

    MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

    ( www.mohd-rafiq.blogspot.com )

    ReplyDelete
  5. "Lebih baik kita pilih anak bangsawan yang berintegriti daripada pilih orang kampung yang perasuah..." Itu pandangan saya...

    ReplyDelete
  6. Semua ada kekuatan, kelemahan dan kewibaan sendiri. Tapi saya memang tak nafikan memek muka KJ dalam TV semalam kurang menyenangkan banyak pihak, khususnya 'org2 dewasa'.

    Ramai juga yg komen pasal muka KJ tu, cakap yg bukan-bukan pasal muka KJ.

    Apapun, dia masih NKP kita, kenalah hormati dia. Dari segi idea, memang semua ada cara sendiri.

    Saya tak boleh memilih Mac nanti, saya harap saudara dan rakan-rakan perwakilan Pemuda dapatlah memilih yg terbaik antara yang terbaik untuk meletakkan semula Pemuda di atas landasan yang sebenar.

    Pada hari esok, kita kena jadi Pemuda Berani, kita perlu Berani Berubah dan semangat setiakawan kita haruslah dikekalkan selepas musim pemilihan nanti.

    Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  7. SALAM

    PASAL KJ TU MUNGKIN DIA MASIH BARU LAGI DLM DUNIA POLITIK NI...JADI KITA BIARKANLAH DIA MENIMBA SEBERAPA BANYAK PENGALAMAN DULU.
    DAN EDEN PERCAYA DIA BOLIH PERGI LEBIH JAUH LAGI.

    TETAPI BUAT POLITIK MASA KINI EDEN LEBIH CONDONG MEMIHAK PADA DR KHIR TOYO.
    PENGALAMAN DAN PRINSIP BELIAU EDEN RASA PERLU KITA PERTENGAHKAN UNTUK MASA DEPAN UMNO. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  8. salam,

    semua pandangan sdr/sdri saya akan mengambil kira semasa proses pengundian...insyaallah bulan mac yang pastinya bukan kj untuk kali ini...

    ReplyDelete
  9. pada pendapat sayalah, KJ biarlah diberi peluang pada penggal akan datang. Dia kena banyak belajar. Bukanlah bermaksud taknak hargai bakat pemuda sepertinya, tapi, dia harus belajar. Belajar dan masak dulu. Lepas tu, bila dah ada pengalaman, baru bertanding.

    ReplyDelete
  10. Salam Saudara SHADAN HJ OTHMAN...

    Itu pendapat saudara.. dan terpulanglah kepada saudara untuk menentukan yang mana patut saudara pilih sebagai KP bulan Mac nanti...

    Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu…

    Fikir-fikirkanlah saudara...

    ReplyDelete
  11. salam,
    sdr senapang patah, kesemua calon ketua pemuda memang berani dan lantang tetapi buat masa kini kj belum sesuai lagi utk memegang jawatan tersebut...kj masih lagi tidak boleh diterima masyarakat...

    ReplyDelete
  12. Betul tu senapang gajah. KJ masih muda lagi. Dia harus belajar banyak lagi. Situasi sekarang, orang marah kat dia. So sekarang adalah masa untuk dia membersihkan nama dan reputasinya dari segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan padanya.

    ReplyDelete
  13. tkasih sahabat kerana menolak KJ.. walaupun pemuda bahagian saya mencalonkan KJ. Undilah demi bangsa Melayu... keputusan di tangan anda.

    Berani Berubah !!!

    ReplyDelete
  14. VOTE MUKHRIZ MAHATHIR FOR UMNO YOUTH CHIEF!!!


    p/s: boleh tak sesiapa ceritakan bagaimana Khairy dapat menjawat Naib Ketua Pemuda buan saja pada usa yg terlal muda, malah baru sangat dalam arena politik kebangsaan.. sacara tiba2 berada di no 2 sayap pemuda... saya rasa macam agak pelik kerana sudah pasti pemuda ada banyak lagi tokoh2 yg lebih lama berbanding dgn KJ, tapi kenapa tidak diberi peluang?? adakah ada tangan2 ajaib yg menolong KJ naik ke takhta??

    ReplyDelete
  15. Pemuda Berani!

    Jatuh bangun dan kegagalan adalah merupakan pelajaran dan pengajaran yang terbaik.

    Pemuda Berani terus tabah mengharungi gelombang pemilihan walaupun dihina, dicerca dan didusta.

    Semoga Allah S.W.T membantu Pemuda Berani merealisasikan hasratnya untuk memimpin Pemuda Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Salam mencelah ... Kalau kita nak dengar akar umbi ni pun tak boleh juga .. sebabnya dah pun itulah adatnya akar umbi ... mani telan aja tak da filta nak tapis baik dan buruk ... sekarang ni sebab UMNO dikatakan bercelarau sebab akr umbi lah ... tu ... tak semua akar umbi begitu ... bab kita akar umbi juga, Yang pasti ketiga calun Boleh pakai cuma lagi terpaksa buat pilihan kalau lah dibrikan pilihan tentu yang boleh dan fasih becakap jadi pilihan ....itu aja sebab penting ketika ini UMNO akan dijaja kepada akar umbi . cerita kena betul , tindakan kena tepat , pandangan kena jauh , segak .... apa pun kita hormat siapa oun yang dipilih jadi KP ....

    ReplyDelete
  17. salam sdr mohd asnawi dan junaidi,

    terima kasih diatas pandangan.segala pandangan sdr akan saya ambil kira...salam perjuangan

    ReplyDelete
  18. makcik nak pemimpin yang ikut segala suruhan Islam dan tinggalkan segala laranganNya... kalau benda paling asas yang nak dilihat atas seorang suami itu ialah isterinya menutup aurat...kerana menutup aurat ini adalah wajib untuk setiap individu Islam....ini kalau isteri tak menutup aurat...hai..kamu sebagai suami sah2 nampak tak boleh memimpin kerana isteri sendiri pun tak terpimpin...

    ReplyDelete

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."