Wednesday, November 19, 2008

DEMI DAP APA SAJA BOLEH.....




salam,

Kalau dulu Pas berkata : "ORANG-ORANG ISLAM YANG BERKONSI KUASA DENGAN ORANG-ORANG KAFIR UNTUK MEMERINTAH NEGARA ADALAH MENJADI KAFIR ATAU HARAM" tetapi sekarang mereka berkongsi kuasa dengan DAP tak haram pulak.

Siasah Daily melaporkan,hasrat untuk membolehkan orang bukan islam menyertai Pas, bakal menjadi kenyataan.Datuk Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan berkata "Ia patut disegerakan" manakala Presiden Pas Datuk Abdul Hadi B Awang berkata "sudah sampai masanya". Kedua-dua tokoh Pas ini sudah menghalalkan semua yang dikatakan haram..

Persoalannya: Apabila Pas dah dibuka ahlinya kepada orang bukan islam, adakah kongsi kuasa Pas ini haram? Saya berasa hairan Pas sanggup berbuat baik kepada Dap dari bangsanya sendiri...Saya harap pejuang Pas, baliklah kepangkal jalan, kerana apa yang saya lihat Pas dah lari dari perjuangan sebenar.

Kenapa hudud tak diperjuangkan lagi, hari ini 3 buah negeri dibawah pemerintahan Pas, tak nampak pun hukum hudud di perjuangkan lagi.Saya rasa mereka ni semua takut dengan Dap kot atau mereka takut undi cina lari..

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."