Tuesday, November 11, 2008

UNTUK PERKUKUHKAN UMNO.....

Salam ,

Dengan kajian yang saya lihat pada hari ini, rata-rata masyarakat melayu masih sayangkan UMNO ..mereka juga tahu bahawa selama ini mereka dibesarkan dibawah hasil perjuangan nenek moyang mereka yang telah memperjuangkan UMNO..Oleh itu, ini merupakan cadangan yang saya fikir UMNO perlu laksanakan demi untuk memastikan bahawa UMNO masih relevan:

1) PUTERA UMNO

Apabila kita lihat PRU 12 yang lalu, rata-rata orang mengatakan golongan muda (18 tahun-25 tahun) telah benci pada kerajaan.Tetapi di atas penghayatan saya, bahawa golongan ini tidak membenci kerajaan , mereka juga ingin berkhidmat untuk UMNO cuma mereka tidak diberi peluang untuk memimpin UMNO.Sekiranya mereka ini diberi sesuatu tanggung jawab, saya yakin dan percaya bahawa golongan muda (18 thn-25thn) ini akan membantu UMNO dan sekaligus Barisan Nasional.

Cadangan: Putera UMNO hendaklah dijadikan sebagai sayap bukan lagi Biro seperti mana yang kita sedang jalankan sekarang.Sekiranya Putera UMNO ini dapat ditubuhkan saya yakin golongan muda (18thn-25thn)ini akan membantu memastikan UMNO tetap utoh.Dan juga apabila peluang seperti ini berlaku saya yakin bahawa student IPTA/S juga akan terlibat didalam Putera Umno ini.Mereka yang berada di dalam golongan inilah, apabila tamat pengajian, mereka akan menabur bakti pada masyarakat.

2) PUTERI UMNO

Saya juga dapati wanita yang berumur melebihi 35 tahun ke 40 tahun mereka tidak dapat lagi menceburi diri dalam politik, sedangkan ada diantara mereka merupakan mantan Ketua Puteri Cawangan atau J/Kuasa Puteri Bahagian, selalunya mereka akan kalah di dalam pertandinagan di peringkat cawangan ataupun bahagian. Golongan wanita seperti ini juga mempunyai kesan kepada Pilinraya.Kita juga tidak boleh menafikan golongan wanita yang telah berusia melebihi 40 tahun ini juga mempunyai pengaruh yang amat kuat dikampung-kampung.Kedua-dua golongan ini amat diperlukan untuk setiap pilihanraya.

Cadangan:had umur puteri hendaklah dilanjutkan lg seperti pemuda UMNO yang umurnya tidak melelbihi 40 tahun.Sekiranya golongan ini di beri tempat sebegini saya yakin bahawa UMNO akan bertambah kuat dari masa ke semasa.

3) POLITIK WANG

Apabila saya duduk di kedai kopi, yang paling tak sedap saya dengar, apabila masyarakat biasa menceritakan sipolan bin sipolan telah habis puluh ribu untuk mendapatkan undi.Masyarakat biasa akan memandang jijik kepada pemimpin umno apabila wang yang dijadikan pertaruhan untuk memenangi sesuatu jawatan di dalam umno. Mereka akan mula menuduh bahawa Ketua UMNO/KP/KW/K.Puteri Cawangan ini semua menerima imbuhan dari seseorang.Umno akan bertambah lemah sekiranya unsur imbuhan ini diterapkan pada setiap musim pertandingan dan mereka akan mula pandang jijik pada UMNO.Bagi mereka, UMNO ini hanya untuk golongan elit sahaja.

Cadangan: Saya mencadangkan agar Pertandingan di Peringakat Bahagian/Pusat tidak perlu dilaksanakan.cukup dengan pencalonan yang telah dicalonkan di perinkat akar umbi.Setiap kali persidangan bahagian/pusat kita hanya membincangkan halatuju bangsa melayu itu sendiri. Setiap calon yang mempunyai pencalonan akar umbi terbanyak akan memegang jawatan tersebut, kalau tidak walaupun pencalonan tinggi tetapi boleh kalah disebabkan ada unsur-unsur imbuhan pada setiap KP,NKP dan G2.Sekiranya perkara ini berlaku, saya yakin bahawa unsur imbuhan tidak akan ada kerana ini merupakan suara akar umbi.

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."