Wednesday, November 19, 2008

MELAYU DIHINA LAGI

Salam,

Hari ini kita dikejutkan sekali lagi apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang memperlekehkan pasukan keselamatan. Umum semuanya tahu bahawa pasukan keselamatan PDRM dan ATM adalah 95% dari orang melayu. Saya terasa apabila melihat statement yang dikeluarkan oleh Penasihat DAP itu, kerana saya ini dibesarkan oleh hasil dari titik peluh anggota keselamatan dan saya tahu betapa susahnya hidup sebagai anak anggota keselamatan yang sering di tinggal bapa kerana bertugas di perantauan. Sebagi anak anggota keselamatan, saya tahu betapa rungsingnya hati ibu saya apabila bapa saya bertugas di perbatasan. Orang DAP hanya memikirkan kemewahan semata-mata manakala anggota keselamatan asyik dihina sahaja.

Ramasamy pun cuba menghina orang melayu, tetapi dia tak berani cakap berterus terang kerana dia mengatakan orang UMNO yang mengoyakkan permohonan orang-orang bangsa lain untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Ungkapan Ramasamy ini boleh membuatkan orang benci pada UMNO dan orang PAS dan PKR pulak tepuk tangan kerana UMNO dituduh oleh Ramasamy ini. Dia tahu kalau di gunakan perkataan "Melayu yang mengoyakkan permohonan bangsa lain" akan mencetuskan perpecahan antara pakatan rakyat oleh itu dia jadikan UMNO sebagai tempat dituduh. Melayu PAS dan PKR tak perasan agaknya yang Ramasamy cuba menghina melayu kot...

Percubaan untuk menghina melayu ini ditambah lagi apabila kepala babi diletakkan dihadapan rumah orang melayu di Melaka. Sedangkan mereka tahu bahawa melayu memang sensetive tentang masalah babi. Itu pun saya menerima balasan email dari kawan-kawan melayu pembangkang menyokong pulak perbuatan mereka. Hairanlah kenapa hati mereka tertutup sehinggakan masalah babi diletakkan didepan rumah disokong oleh melayu pembangkang...

Masalah pengkid juga yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa pun telah diperkotak-katikkan oleh mereka. Mereka mengadakan demonstrasi dan membantah keputusan majlis fatwa.

Cis...kurang ajar, baru memerintah 5 negeri dia dah sanggup menghina kita...kalau menerajui Malaysia, saya rasa habislah melayu semua..PAS dan PKR pun dah tak boleh nak buat apa-apa ikut jer telunjuk DAP, itu sebab PKNS yang ditubuhkan dalam DEB untuk orang Melayu tetapi hari ini dia serahkan pada bangsa lain...bodohlah diorang ni...Sedarlah wahai sahabat ku sekelian, bangsa lain dah cuba menghina kita MELAYU, satu persatu mereka cuba pertikaikan kita. Kalau Melayu pembangkang tak sedar jugak, aku pun tak tahulah...

Salam Perjuangan.....................

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."