Wednesday, November 12, 2008

POLITIK WANG..

Salam,

Hari-hari tersiar di dada akhbar masalah politik wang yang melanda dikalangan calon-calon yang ingin tempat atau mengekalkan jawatan dalam umno malaysia.Saya berasa menyampah dan malas hendak baca kononnya masalah politik wang yang melanda umno...

Persoalannya adakah politik wang ini melanda pada ahli umno sahaja? atau isu politik wang ini sahaja digembar-gemburkan oleh akhbar tempatan?...saya yakin dan percaya masalah politik wang yang digembar-gemburkan oleh akhbar tempatan adalah tidak seteruk mana pun dan mereka cuma nak mencari publisiti.

Setelah bosan membaca masalah politik wang di dada akhbar tempatan yang seolah-olah akhbar pembangkang setiap hari, saya menyelar kepada media masa yang cuba nak mencari publisiti dan tidak mustahil diantara mereka ingin menghancurkan umno itu sendiri.Saya menyeru kepada Majlis Kerja Tertinggi, agar dapat bersuara dan meminta agar akhbar tempatan dapat menghentikan isu-isu politik wang kerana isu-isu yang akan dibaca oleh setiap orang di dunia dan dengan sendirinya mereka memandang umno itu jijik. Presiden/Timbalan Presiden Umno harap dapat menghalang isu-isu politik wang dikeluarkan di akhbar setiap hari.

Saya juga yakin bahawa politik wang ini bukan sahaja melanda di UMNO, malahan politik wang ini juga berlaku pada PAS, PKR, DAP dan lain-lain.Janganlah kita duk asyik kononnya nak bersihkan umno tetapi kita membuat masyarakat kampung menyampah pada umno dan menganggap orang UMNO ini perasuah.

Bagi saya setiap calon yang ingin menawarkan diri untuk bertanding apa jua jawatan tidak salah membawa perwakilan untuk berjumpa dan belanja makan, kerana dengan perjumpaan itu kita dapat menilai calon.Dengan perjumpaan ini barulah kita boleh mengenali calon dengan lebih dekat lagi.

Sekali lagi saya menyeru kepada Majlis Kerja Tertinggi Dan Lembaga Displin agar tidak mudah mengeluarkan isu politik wang di akhbar tempatan.Sekiranya perkara ini diteruskan saya percaya umno akan hancur dengan sendirinya...SALAM PERJUANGAN

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."