Tuesday, November 4, 2008

kp,nkp & g2 kena amanah...



Alhamdulillah, pada 9 nov ini hampir semua pergerakan pemuda umno bahagian telah selesai persidangan masing-masing.Tahniah saya ucapkan kepada ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Malaysia yang telah layak untuk bertanding.Pemilihan KP,NKP dan AJK di peringkat cawangan dan bahagian kali ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak muda yang ada di Malaysia ini masih sayangkan umno kerana mereka berlumba-lumba menawarkan diri untuk memperjuangkan agama,bangsa dan negara.

Pada bulan Mac 2009 pula kita kan menyaksikan pula pemilihan untuk KP Malaysia,NKP dan Exco.Pelbagai cara dan teknik akan kita saksikan untuk memenangi tempat tersebut.Oleh itu, kepada KP,NKP dan G2 merupakan perwakilan yang telah dipilih di peringkat bahagian masing-masing dan mereka ini memikul amanah yang diberikan oleh perwakilan cawangan untuk dibawa ke peringkat pusat.
Para perwakilan bahagian, kehadiran saudara semua adalah amanah yang diberi oleh perwakilan cawangan.Kita kena sedar bahawa kerana merekalah yang melayakkan kita untuk menjadi perwakilan.Tetapi malangnya KP,NKP dan G2 akhir-akhir ini mengikut selera masing-masing dan kebanyakan mereka ini tidak akur dengan kehendak perwakilan bahagian masing-masing.
Oleh itu, saudara KP,NKP dan G2 kena ingat, sekiranya kali ini saudara tidak mengikuti kehendak akar umbi, tak mustahil segala pergerakan dan perwatakan saudara, akan diketahui oleh perwakilan di peringkat cawangan..."SELAMAT BERJUANG"








No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."