Monday, November 3, 2008

dia ni keterunan apa ek?


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.
“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu. (Bernama)

------------------------------------------------------------------------------------
p/s dah puas MCA dan MIC cuba bawa isu-isu sensetive,hari ini kita dikejutkan pula dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim...Agaknya Zaid ni lupa yang dia tu orang melayu kot...

No comments:

Post a Comment

MENJULANG AGAMA MEMBELA BANGSA

"Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan komen balas atau sebarang pendapat adalah sangat-sangat dialu-alukan...terima kasih.."